Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 6, 2012

CABARAN IBU BAPA DALAM MEMAHAMI KEHIDUPAN REMAJA

Meniti kehidupan remaja tidaklah mudah, kerana ada banyak cabaran yang harus dihadapi terutama cabaran emosi. Diperingkat ini, emosi remaja mudah tersentuh, sangat sensitif dan mudah dipengaruhi. Ramaja juga adakala sukar untuk difahami. Mereka seringkali akan memberontak bila keinginnan tidak dipenuhi. Selain itu mereka juga tercari-cari identiti diri. Maka sebab itu ramai yang terpengaruh dengan pelbagai gaya hidup baik dari segi pakaian mahupun tingkahlaku. Disebabkan itu juga mereka amat perlukan kepada idola atau ikon. Kebiasaanya mereka memilih ikon yang dekat dengan minat dan jiwa mereka. 

Membesarkan anak remaja bukan satu perkara mudah buat ibu bapa. Sebagai ibu atau ayah mereka seperti perlu menarik rambut di dalam tepung apabila berdepan anak-anak remaja. Ia seperti menarik tali yang tersimpul. Agar tidak tersimpul mata maka simpulannya perlu dibuka berhati-hati. Hari ini kita sering dihadapkan dengan pelbagai tingkahkalu remaja yang dilihat sebagai menentang arus budaya dan kehendak agama. Maka seringkali ibu bapa dipersalahkan kerana tidak pandai membentuk anak-anak menjadi terbaik.
Menjadi ibu bapa hari ini tidak sesukar menjadi ibu bapa pada zaman nenek moyang kita dulul. Hari ini tidak kita nafikan betapa media massa tidak mampu untuk dikawal oleh ibu bapa. Dunia internet seperti facebook, twitter dan pelbagai lagi saluran banyak mendedahkan remaja kepada cara hidup yang songsang. Walhal pada peringkat awal mereka dididik dan di asuh dengan baik oleh kedua ibubapa. Namun kerana mudah terpengaruh maka apabila meningkat remaja mereka mula berubah. Perubahan ini seiring dengan berubahnya persekitaran dan cara hidup yang sekatang ini lebih menilai material dibanding yang lainnnya.

Bagi yang bergelar remaja. gunalah saat dan masa ini untuk sesuatu yang manfaat. Carilah diri dengan berbekalkan ilmu agam. Kukuhkan aqidah yang sebenar sebagai senjata menangkis pengaruh yang tidak baik disekeliling anda. Manakala unutk ibu bapa, sempurnakan diri agar kita mampu menjadi model dan ikon kepada anak-anak kita. Agar satu masa kita tidak dikata "umpama ketam mengajar anaknya berjalan"
Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment