Sebut perkataan 'bias' iaitu perkataan yang berasal dari Bahasa Inggeris iaitu bermaksud berat sebelah atau berprasangka terhadap seseorang . Bias lebih kepada perbuatan pilih kasih serta membawa kepada berlakunya ketidakadilan dalam sesuatu hal. Perkara ini sering terjadi sekelilig kita baik dalam suasan pekerjaan, keluarga, perhubungan serta pelbagai situasi.
Persoalanya mengapa seseorang itu perlu meletakkan sesuatu perkara itu dengan cara yang tidak adil? Adakah orang yang bersifat bias ini kerana dipengaruhi oleh inidividu lain atau kerana memang dia sendiri tidak boleh menilai dengan baik sesuatu perkara itu kerana ada kepentingan. Seringkali unsur bias ini membawa kepada kesan atau impak yang amat besar kepada inidividu lain. Sebagai contoh seseorang guru bias kepada pelajarnya hanya kerana dia tidak suka pelajar tersebut. Ada juga ibubapa yang bias dalam memberi kasih sayang kepada anak-anaknya. Begitu juga bias berlaku di kalangan majikan dan juga sesama pekerja.
Sebagai inidividu Muslim kita sepatutnya mengelakkan diri dari bersikpa bias ini kerana adil itu dituntut dalam Islam. Seseorang yang tidak berlaku adil pasti akan dipersoal di akhirat nanti. Bagi yang menjadi mangsa kepada sifat ini, bersabarlah, ada hikmah disebaliknya. Orang yang bersikap bias itu sebenarnya menipu diri sendiri dan tidak mampu melihat secara telus mana yang baik dan buruk ,mana yang betul mana yang salah, mana kaca mana intan. Lambat laun Allah akan memperlihatkan... memetik kata-kata.. "the truth is prevail"..
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment