Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 1, 2012

Peranan Ibu bapa Muslim


http://www.hmetro.com.my/articles/2012090103082720120901030827/Article

Bila membaca article begini yang memaparkan dahsyatnya keadaan cara hidup masyarakat kita hari ini menyebabkan kita terfikir kenapa ia berlaku? Apa yang harus kita lakukan untuk menangani segala macam kemaksiatan dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita? Apakah kerana kurangnya keimanan maka individu mudah dipengaruhi dengan keseronokan dunia. Atau mungkin juga sebahagian kita Islam hanya pada nama, tetapi realtinya ramai yang tidak tahu hakikat bergelar dan menganut Islam.

Setiapkali membaca kisah ibu bapa yang perilakunya tidak mencerminkan ibu bapa Muslim serta tidak ada cahaya keimanan pada diri mereka, maka hati ini akan merasa bersyukur tidak terhingga kepada Allah. Bukan setakat dilahirkan dalam Islam tetapi bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang ada kefahaman Islam maka kita dibesarkan dalam cara hidup Islam. Kita dididik untuk menjaga syariat serta adat budaya oleh ke dua ibu bapa. 

Da apabila diri  telah bergelar ibu bapa, maka menjadi tanggungjawab kita pula mendidik anak-anak kita sebagaimana ke dua ibu bapa kita. Alangkah besar tanggungjawab ini di saat kita berdepan dengan segala macam cabaran terutama dalam keadaan sekarang "dunia tanpa sempadan" serta teknologi menjadi matlamat bukan lagi sekadar alat. Moga Allah memelihara kita dan keluarga kita dari segala perbuatan keji dan mungkar.

No comments:

Post a Comment