Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, October 31, 2012

Menjaga Kebersihan dan Kekemasan Rumah Peranan Siapa?

Sebelum ini saya banyak membaca tentang konsep aura, feng shui dan pelbagai lagi yang berkait. Sekadar membaca namun ia bukan konsep yang mengikut jalan Aqidah yang sebenar. Cuma salah satu yang boleh kita ambil nilai yang baik iaitu menjaga kebersihan. Jika mengikut kepercayaan itu maka bersih itu penting, malah ini sudah lama di pesan oleh Rasulullah yang menyatakan bahawa kebersihan separuh dari iman. 

Sejak anak-anak bersekolah renda, dan masuk asrama saya tidak lagi menggunakan perkhidmatan pembantu rumah. Semuanya diselesaikan semampu yang mungkin, bagusnya En Suami dan anak-anak banyak membantu. Secara fitrahnya memang kita perlu memastikan keadaan rumah sentiasa teratur bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan segar. Bayangkan bila kita balik ke rumah dan rumah bersepah, rasanya kepala yang sakit dan penat dek kerja yang bertimbun melihat rumah pula tunggang langgang maka ada baiknya kita memastikan rumah teratur dan mendamaikan. Mungkin ada yang berkata, rumah baru je dikemas maka anak-anak mula membuat sepah. Sebenarnya pada saya anak-anak boleh dididik untuk sama-sama menjaga kebersihan rumah. 

Sebagai ibu yang bekerja kadang-kadang kita tidak cukup masa, apa lagi unutk berehat pasti jauh sekali, tapi satu cara yang boleh kita buat adalah membuatnya setiap hari sedikit-demi sedikit atau bahagian demi bahagian. Bayangkan bila balik kerja kita akan terus masuk dapur untuk menyediakan makan malam, selesai makan kita mungkin mahu mengambil masa berehat/beribadat, wakti sebegini badan juga sudah letih, maka kerja yang mahu di buat akan tertangguh. Namun ada juga yang memberi alasan malas unutk mengemas. Saya percaya tidak semua orang rajin, tetapi dalam bab kebersihan kita tiada alasan untuk mengatakan malas. Sebagai ibu kita memang terlebih rajin, cuma daya dan tenaga yang kurang. Ada juga yang mengatakan tiada masa, tapi boleh pula berFB berjam-jam, masa terbuang begitu sahaja, dan kerja tidak juga dapat di siapkan. Oleh itu pastikan untuk mejaga kebersihan rumah, agar suasana yang baik dapat dikekalkan dalam rumahtangga maka perkara yang menyebabkan kita tertangguh melakukan hal-hal yang sepatutnya perlu diberi keutamaan. FB/Internet dan sebaginya perlu ada had. 

Mungkin apabila mahu mengemas rumah perlu ada masa dan mood. Apapun ia bergantung kepada kita, apakah kita memang mahu rumah kita bersih dan kemas atau kita lebih rela berada dalam keadaan tidak terurus, maka tepuk dada tanya selera....

Monday, October 29, 2012

Kisah Anak-anak dan Keputusan Peperiksaan


Memetik kata-kata yang saya tulis di WallFB untuk rakan-rakan, secara khususnya saya dedikasikan kata-kata ini untuk memberi motivasi pada anak-anak saya yang berjuang dalam peperiksaan.
"Kejayaan bermula dari diri kita sendiri namun ia juga sedikit sebanyak dipengaruhi faktor sekeliling serta persepsi kita terhadap halangan dan cabaran yang datang.Maka banyaklah berserah kepada Allah yg menjadi penentu segala "

Berkonsi sedikit cerita anak saya Iman, sejak lepas periksan akhir tahun baru ni dia sedikit kecewa,tiap kali balik sekolah setelah dapat ke semua result exam dia banyak termenung. Rupanya dia bersedih kerana satu mata pelajaran tidak mendapat A. Dengan kata lain dia kecewa kerana harapan untuk mendapat 5A tidak kesampaian. Alhamdulillah sebagai ibu saya berpuas hati dengan pencapaian Iman kali ini wlpn dia tidak berjaya mendapat tempat yang diinginkan. Saya faham perasaannya yang seboleh mungkin mahu menduduki tangga 10 terbaik keseluruhan. Dia memegang kemas kata-kata saya yang sering diungkap... "Jika seratus yang berjaya kitalah antaranya..jika sepuluh yang berjaya kitalah antaranya dan jika hanya seorang yang berjaya kitalah orangnya"

Realitinya sebagai seorang yang pernah berpengalaman menjadi guru saya melihat cara guru tersebut menanda kertas, mengambil mudah dengan memberi markah secara keselurhan tanpa detail menanda. 4 tahun saya berpengalaman menanda kertas SPM memang pasti ramai yang akan gagal dalam periksa jika itu cara guru yang menanda. Tapi saya bukan membela Iman, cuma sekadar menyatakan sikap guru yang mahu menggunakan jalan mudah apabila menanda kertas. Banyak kali bila melihat kertas peperiksaan, kita perhatikan soalan juga tidak menepati standard.Namun sebagai ibu bapa saya sebolehnya tidak mahu memberi kome kepada guru, cukuplah luahan saya diblog ini sahaja. Saya percaya tidak semua guru tidak bagus, adakala mungkin dia menanda dalam keadaan stress. 

Apapun saya ada banyak pengalaman menanda kertasa pelajar, di mana jika satu atau dua markah boleh meberi kelainan kepada keputrusan mereka maka saya akan membantu. Bahkan kita akan sedaya upaya mencari fakta yang ada bagi menyelamatkan mereka. Saya selalu katakan kepada diri saya agar tidak menganiya pelajar. Tempiasnya akan pergi kepada anak-anak saya. Pernah satu ketika saya mendapat keputusan kertas pendidikan Islam Iman 56/100. Sewaktu mendapat buku rekod itu adalah masa majlis anugerah cemerlang Iman,sewaktu itu saya terkejut yang amat, bukan kerana merasakan anak saya bagus tapi saya ibunya yang mengajar di rumah, apalagi Iman sendiri merupakan antara pelajar yang sentiasa mendapat markah 90 ke atas baik di sekolah harian mahunpun di sekolah Kafa.Kata guru kelasnya, memang markah Iman merosot untuk PI. Saya diam tidak berkata apa-apa. Tetapi kerana tidak percaya dengan guru tersebut, dan Iman sendiri memaklumkan markahnya yang sebenar lalu saya meminta ipar yang mengajar di sekolah yang sama saya bertanyakan sendiri guru yang mengajar,memang dalam rekod Ustazahnya markah Iman 90 ke atas, cuma guru kelas yang tersilap salin markah. Perkara itu saya diamkan sahaja kerana tidak mahu guru tersebut malu dengam kesilapannya.


Kesimpulannya, dalam hal anak-anak kita perlu membuat pertimbangan yang adil, biarpun tahu ada masa anak kita betul tatepi ada juga saatnya kita perlu mengajar anak-anak unutk menerima harga kesilapan mereka. Seperti Iman sebelum ini amat  susah bila di suruh tusyen, tetapi bila semua ini berlaku dia mula ada keinginan untuk belajar. Adakalanya penting untuk anak-anak menerima pengajaran dari yang berlaku... Contohnya apabila Iman mengatakan dia redha atas kesilapan tidak belajar dengan lebih bersungguh-sungguh, bahkan berazam selepas ini untuk lebih cemerlang. 


Berdoa Saat Diuji...


Bila Allah menguji... DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.... 
Apa yang penting berdoa agar kita diberi kekuatan unutk menghadapinya... kita diberi kesabaran untuk berdepan dengannya.. Moga dengan segala ujian itu dapat menghapus segala dosa yang ada, dapat melembut jiwa yang kusut, dapat menenangkan emosi yang serabut.. Moga Barakah dan Rahmahnya melimpahi kita, biar apa jua rintangan dan halangan.
Ameen.

Sunday, October 28, 2012

Hadiah Istimewa sempena Aidil Adha

Tiga hari bercuti sempenan Eidil Adha, memang hari-hari yang memenatkan kerana terpaksa bertungkus lumus di dapur memasak untuk tetamu yang datang. hari raya memang sentiasa meriah, apalagi jika berhari raya bersama keluarga di kampung. Apa yang paling seronok dengan hari raya kali ini biarpun berhari raya di rumah mertua namun kerana mendapat anugerah menerima kehadiran dua pasang anak kucing yang comel. Kucing in sebenarnya kucing yang lahir dari kucing yang tidak dibela yang datang ke rumah mertua. Anak-anaknya sedikit liar dan susah untuk ditangkap. Menjinakkanya bukan mudah, tapi saya yakin dengan sentuhan dan belaian kucing yang liar dan ganas akan mejadi binatang yang manja.
Sekarang ini kami sekeluarga meriah semula dengan adanya kucing-kucing yang manja sebagai hiburan seisi keluarga. Setelah sekian lama terpaksa menjeruk rasa kerana terpaksa melupakan seketika hobi yang paling di minati ini. namun bilah hendak pasti ada ikhitar dan caranya. Sesungguhnya mengasihi binatang itu adalah digalakkan dalam Islam. Moga Allah mempermudahkan kami unutu kali ini... 

Wednesday, October 24, 2012

Fadilat Hari Arafah


Hari ini bagi semua yang mengerjakan haji bakal berada di Arafah untuk wukuf. Hari ini merupakan hari yang paling dinanti oleh semua, hari yang tiada bandingan dari segala hari ini kerana hari Wuquf ini merupakan suatu hari penuh barakah dan syafaat di mana Allah akan memerdekakan paling ramai hamba-hambaNya dari api neraka. 
Pada hari ini jugalah Allah akan turun ke langit dunia dan bermegah-megah di depan para malaikatNya dengan semua hambaNya yang sedang berwuquf lalu memberitahu para malakat yang Dia akan memakbulkan segala doa hamba-hambanyaNya.
Pada hari ini jugalah pepohon, batu-batan dan sebagainya akan bersama-sama jemaah bertalbiah kepada Allah. Alangkah syahdu saat berada di padang Arafah waktu ini. Walau berada dalam jutaan manusia namun kita terasa keadaan dan suasana begitu hening dan syahdu kerana semua jemaah masing-masing mahu bermonolog dengan Allah melalui doa yang mahu dipanjatkan. Maka ambillah masa yang ada ini sebaik mungkin bagi yang berada di Arafah untuk wukuf, dan bagi yang belum mengalami pengalaman berada di sana maka ia adalah peringatan agar kita tidak mensiakan peluang untuk berdoa kepada Allah memohon keampunan dariNya. 

Bagi yang tidak menunaikan haji maka hari ini kita disunatkan berpuasa. Ganjaran puasa pada hari ini amat besar pahalanya. Ambilah peluang untuk mendapatkan pahala serta melakukan ibadat yang boleh mendekatkan diri kepadaNya. Hari ini juga hati di mana kita disarankan agar mengambil masa yang ada unutk melakukan apa sahaja ibadat yang boleh dilaksanakan seperti mengaji Quran, berzikir, solat dan sebagainya. Moga kita mendapat barakah dan syafaat dari Allah sempena hari yang mulia ini. 


Kenangan Terindah Di Hari Raya



Hari raya hari paling istimewa, pastinya yang berada di perantauan akan bercuti akan pulang berhari raya ke kampung masing-masing. Pastinya setiap kali tiba raya ia mengamit memori indah bersama keluarga tercinta. Semoga segala pengorbanan kita akan mendapat ganjaran disisiNya. 
Selamat Hari Raya Eidil Adha.. 

Monday, October 22, 2012

Erti untuk Dia




Hati yang bernanah 
luka menahan pedih
Bolehkah engkau merasa
Ngilu yang terpendam itu
Sembilu yang tertusuk
menerjah kalbu 
Ampunkan andai aku berdosa
Maafkan jika aku mengguris rasa 
Biar bukan mudah melupakan
Ku pendam semua 
Moga bahagia tetap tercipta
Walau gelora membadai di pantai resah
Walau ribut menggila di muara jiwa
Biar apa jua antara kita
Tiada sempadan cinta
Tiada noktah akhir
Melainkan mencari 
Sebuah erti dan makna
Untuk Dia..
*9-9-9-9-


Doa seorang hamba



Doa Seorang Hamba.

Seorang lelaki berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah S.W.T memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah S.W.T mempunyai terlalu ramai hamba untuk diuruskan

 dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah S.W.T sentiasa melakukan semua perkara dengan betul !
Cara Allah S.W.T sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah S.W.T, percayalah! Pasti ada hikmah disebaliknya, Allah S.W.T sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan. Allah S.W.T tidak akan gagal memenuhi permintaan hamba-Nya, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah S.W.T mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA.

Allah S.W.T tak beri apa yang kita MAHU, TETAPI Allah S.W.T beri apa yang kita PERLU
.


The Meaning of Appreciation

**Story of Appreciation**

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.

The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research,
Never had a year when he did not score.

The director asked,
"Did you obtain any scholarships in school?"
The youth answered "none".

The director asked,
" Was it your father who paid for your school fees?"
The youth answered,
"My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.

The director asked,
" Where did your mother work?"
The youth answered,
"My mother worked as clothes cleaner.
The director requested the youth to show his hands.
The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

The director asked,
" Have you ever helped your mother wash the clothes before?"
The youth answered,
"Never, my mother always wanted me to study and read more books.
Furthermore, my mother can wash clothes faster than me.

The director said,
"I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.*

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.

After finishing the cleaning of his mother's hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, mother and son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked:
" Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"

The youth answered,
" I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'

The Director asked,
" please tell me your feelings."

The youth said,
Number 1,
I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today.
Number 2,
By working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done.
Number 3,
I have come to appreciate the importance and value of family relationship.

The director said,
" This is what I am looking for to be my manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality"and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts.
When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others.
For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement.
He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*

You can let your kid live in a big house, give him a Driver & Car for going around, Eat a Good Meal, learn Piano, Watch a Big Screen TV. But when you are Cutting Grass, please let them experience it. After a Meal, let them Wash their Plates and Bowls together with their Brothers and Sisters. Tell them to Travel in Public Bus, It is not because you do not have Money for Car or to Hire a Maid, but it is because you want to Love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will Grow Grey, same as the Mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done..

Dipetik dari FB

Solat Jumaat Pada Hari Raya

Solat Jumaat Pada Hari Raya

Saturday, October 20, 2012

Setiap Hari yang Dilalui Adalah Pengalaman Baru

Perjalanan hidup memberikan banyak pengajaran dan juga pengalaman. Setiap hari kita bertemu pelbagai watak dan ragam manusia. Ini memberi rencah kepada kehidupan kita yang adakala manis, pahit, kelat dan sebagainya... Perjalanan hidup ini biar bagaimana rasanya sekali pun namun jika kita melihat ia sebagai satu bentuk pengajaran dan pengalaman maka kita akan amat menghargainya. 
Sama juga dengan diri saya. setiapkali lita menemuph sesuatu perkara baru maka ia perkara yang amat bernilai buat diri kita, kerana itu saya katakan bahawa Setiap Hari yang Dilalui Adalah Pengalaman Baru. 
Contohnya hari ini saya juga mengalaminya dan menggali pengalaman baru. Hari ini adalah kelas pertama untuk kelas Group Kaunselimg bersama pelajar-pelajar baru. Sewaktu sesi banyak perkara baru yang dikongsikan mereka dan paling saya teruja kerana untuk pertama kalinya kebanyakan pelajar saya berusia50 tahun ke atas dan rata-rata mereka menunggu masa unutk pencen, bahkan ada yang sudah bergelar Professor. 
Bertuahnya saya bukan semata dapat berkongsi ilmu kaunseling/berkongsi masalah bersama mereka tetapi lebih bertuah buat saya kerana boleh berkongsi banyak pengalaman yang mereka lalui sepanjang kehidupan.Biarpun berdepan tugas berat selaku pensyarah yang mengajar pelajar yang rata-rata lebih berusia, namun pada saya inilah yang dikatakan hidup perlu mendepani cabaran. Paling indah bila kita sentiasa melihat cabaran itu dari sudut yang positf. 
Bagi anda yang merasakan hari anda suram serta banyak kesedihan, percayalah bahawa kita yang mencorakkan hari tersbeut. Biar bagaimana situasi yang berlaku namun lihat hikmah disebaliknya pasti kita akan melihat bahawa perkara itu membeir pengajaran dan pengalaman kepada kita. 
Wallahuaalam 

Friday, October 19, 2012

Bola oh Bola.. Kelantan RW Lawan ATM



Bola oh Bola.. Malam ini Kelantan RW Lawan ATM... Ramainya yang minat bola ni.. pastinya stadium gamat malam ini dengan rakyat Kelantan dan angkatan tentera dari seluruh pelusuk Malaysia yang memang kaki bola.

Ramai yang kadang leka dalam melayan minat dan hobi. Ingat apapun yang kita buat solat perlu dijaga, sebolehnya jangan kerana mahu cepat, maka solat juga dilakukan semborono. 

Suami saya mendaapt 2 tiket percuma diberi seorang rakan, tetapi kerana kami bukanlah peminat tegar bola maka tiket itu diberikan kepada saudara terdekat yang memang gila bola. Pada saya baikla berada di rumah di hari minggu dibanding berpenat di stadium, apapun bagi peminat tegar pastinya mereka tidak kisah unutk bersusah. Bahkan mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyokong pasukan kesayangan. Minat ini menjadi dorongan untuk melakukan apa sahaja walaupun bersusuah payah.

Biar apapun jua, minat tidak jadi masalah. paling penting jaga ibadat, jaga aurat dan jaga akhlak serta elakkan kemungkaran..
Jagalah Allah, Allah menjagamu... 


Thursday, October 18, 2012

Jambatan Ke Syurga


Salam Jumaat buat semua,
Setiap kita pastinya mengimpikan agar pengakhiran hidup kita ke syurga nan abadi.Paersoalannya adakah kita mahu sendirian di sana?Sudah pasti kita mahu ke syurga bersama-sama dengan orang-orang yang kita sayangi.Kerana itu adanya ungkapan "nantikan aku di pintu syurga".

Indah ungkapan itu membayangkan harapan untuk masuk ke Jannah bersama.Lalu kita tanya diri apa persiapan untuk kita ke sana?Pasti semua pun tahu akan jawapannya,tak lain melainkan jalan iman dan amal. Jadi apabila mempersoalkan tentang iman dan amal,adakah keduanya mampu mengusung diri kita ini ke syurga,apalagi mahu mengheret bersama orang yang kita sayang seperti ibubapa,pasangan,anak-anak,saudara mara dan rakan taulan.

Iman dan amal ini dua kriteria yang jelas yan perlu kita tilik dan perhati sejauhmana ianya sempurna. Contoh mudah adalah solat.Solat yang bagaimana menjamin seseorang masuk ke syurga?Kuantiti dan kualiti yang bagaimana yang boleh menjayakan seseorang itu masuk ke syurga? Maka jawapannya juga mudah iaitu solat yg kyusuk serta tidak lain krn Allah semata,bukan kerana yang lain,bukan untuk riak dan menunjuk.

Lalu ada yang berkata saya tidak tahu solat, saya solat masa free,saya solat di akhir waktu, saya solat pada hari jumaat sahaja, bacaan solat saya berterabur, saya banyak berkhayal waktu solat serta pelbagai lagi sebab yang boleh mengurangkan pahala solat serta menambahkan murka Allah kepada kita, Iru baru memperkata tentang solat, belum lagi hal-hal yang lain.

Oleh itu sempena hari yang mulia, bulan Zulhijjah yang penuh barakah ini mari kita 'upgrade' kualiti dan kuantiti solat kita agar dengan menjaga solat amalan yang lain juga akan terjaga. Moga Allah memasukkan kita dalam golongan orang-orang Mukmin yang soleh yang bakal menjadi penghuni syurga abadi.Ameen.

Wallahuaalam

Tuesday, October 16, 2012

Kelebihan Bulan Zulhijjah


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. وبعد:
Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. 
Salah satunya ialah: 
Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْر [سورة الفجر: 1-2]
Maksudnya: {Demi fajar dan malam yang sepuluh.} [Al-Fajr: 1-2]
Kata Ibnu Kathir :: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].

4. Dari Ibnu Umar , Rasulullah bersabda:
((مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ)) 
[رواه أحمد 5446-صحيح]
Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim]. Ini umum untuk semua waktu.
2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah berkata: “Rasulullah berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei] 
Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari :: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah .
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.
Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:
الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر. 
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.
لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر. 
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.

4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah . Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya. 
((صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ)) [رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.

5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZULHIJJAH.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah. 
Kata Ibnu Al-Qayyim :: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah).
Setengah ulama' lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.
CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah . Firman Allah yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} [Al-Ankabut: 69].
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban.
Sabda Rasulullah : Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim]. 
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama' berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama' Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama'nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persedian pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sekian, wassalam.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Wanita Seperti Aku | iluvislam.com discover the beauty of islam

Wanita Seperti Aku | iluvislam.com discover the beauty of islam

Romantikkah Pasangan Anda?


Bicara tentang romantik, rata-rata wanita mengidamkan suami romantis. Seorang sahabat FB bertanya suami yang bagaimana dilihat sebagai romantis. Maka ada pelbagai jawapan yang diberikan, antaranya:


  1. Romantik ni ... cara berbeza dan layanan berbeza, mengikut kesesuaiaa pasangan... dan penerimaan pasanganjemur baju dah dikira romantik,, mungkin tidak pada pasangan lain,, jadi romantik ni subjektif atas petafsiran masing2... dgn kata lain,, memahami kehendak pasangan,,, beri layanan apa shj yg digemari samada suami atau isteri.
  2.  Romantik tu banyak cara dan atas kehendak individu..cuma masalah timbul bila apa yang " dikehendaki tidak dinyatakan.. yang dinayatakn tidak difahami..yg difahami tidak diendahkan..yang tidak diendahkan menjadi punca pergaduhan atau perselisihan... "
  3. Romantik maknanya dok diam lebih banyak dari berleter...
  4. Paling tepat nak cari makna romantik tu kena isteri sendri dia nak macam mana. Lsmileain orang lain cara...rimas juga kalau terlajak romantik! Bagi sayasaling memahami / mempercayai / saling bercerita / bergurau senda / layan kita macam sahabat baik dia pun dah cukup romantis dah tu!
  5. Romantiknya seorang suami bila selalu menghargai pengorbanan seorang isteri. Tak semestinya hadiah, menjadi pendengar setia pada masalah si isteri, membenarkan mereka memberi pendapat dan bersetuju dengan nasihat mereka yang tak menyalahi syariat tanpa mengunakan kuasa veto....isteri sangup buat apa saja asalkan suami sentiasa jadi pendorong disisinya.
  6. Romance is the expressive and pleasurable feeling from an emotional attraction towards another person associated with love.In the context of romantic love relationships, romance usually implies an expression of one's strong romantic love, or one's deep and strong emotional desires to connect with another person intimately.    
Ini antara pandangan tentang romantik, mungkin anda berbeza dengan mereka, Apapun paling penting bukan hanya romantik tetapi kesefahaman dan toleransi yang terbina dalam rumahtangga. 

Monday, October 15, 2012

Akhlak Seindah Nama

Setiap wanita atau pasangan yang menantikan cahaya mata, pastinya tidak sabar menunggu kelahiran, apalagi    pastinya ghairah juga mencari dan memilih nama anak yang sesuai. Apabila mahu memberikan nama anak-anak mereka ada yang memilih bersandarkan sesautu persitiwa yang berlaku dalam kehidupan. saya ingat kisah leluarga sahabat saya dimana bapanya seorang ustaz, tetapi bel;iau memilih nama-nama anaknya yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Contoh nama Sakinah bermaksud tenang atau tenteram, maka sahabat saya itu dinamakan Tenteram. Nama-nama yang lain seperti Cahaya Fitrah, Ana Peristiwa, Harapan, Dermawati.. itu antara nama-nama adik beradiknya yang masih saya ingat. 

Bagi ibu bapa pilihlah nama anak yang besesuai kerana ia mempengaruhi jiwa dan akhlak mereka. Ada yang memberi nama anak panjang berjela dan sedap didengar tetapi dipanggil dengan singkatan pula hingga tidak lagi dipastikan maknanya.Contoh yang biasa Khatijah menjadi Khaty. Ada segelnitir mahu dilihat moden, maka nama-nama yang indah yang diambil dari Al Quran bertukar menjadi nama yang tiada makna.. 
Semoga kita prihatin dengan hal sebegini agar anak-anak  kita menjadi sebagaimana terpuji, indahnya akhlak seindah nama mereka.

Wallhuaalam

ISTIQAMAH DALAM AMALAN

Bagaimana Mengukur Kasih Sayang Pasangan Anda?


Bila berjauhan tiada terdetik rasa rindu
Bila perasaan sudah hambar,maka tiada lagi pertanyaan khabar,
Bila rasa cinta pudar akan terhakis perasaan mengambil berat,
Bila kasih seperti sudah beralih arah maka banyak perkara sering terlupa,
Bila kasih dan sayang sudah berkurang pasangan mula memberikan alasan. Maka itu tanda bahawa hubungan semakin terlerai, komunikasi semakin hambar, keinginan juga sudah tiada
Waktu itu sudah masanya untuk mencari di mana kesilapan kita. J
angan gucapkan selamat tinggal, tetapi selidiki apa yang kurang.Pasti ada yang boleh diperbaiki agar rumahtangga berseri kembali... 

Friday, October 12, 2012

Antara Kita dan Dia



Kita BERKENALAN , adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN dalam diam begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.


Cermin Diri untuk Membina Taqwa



Apa yang kita perkatakan sehari-hari? Adakah kita banyak mencari berita sensasi, mengumpat, melihat fesyen  atau apa sahaja yang sia-sia. Jika itu yang seirng kita lakukan maka adalah elok sekiranya kita berusaha kearah mencari ilmu. Dengan ilmu kita akan memperoleh banyak perkara, bukan hanya untuk dunia tetapi akhirat.

Ilmu dan amal yang berasaskan taqwa sudah pasti akan membawa empunya diri ke syurga. Perhatikan kehidupan kita adakah kita sering mencari kesilapan orang lain atau kita sentiasa mencari kelemahan diri bukan untuk ditangisi tetapi untuk diperhebat dan dimantapkan lagi supaya menjadi mukmin yang sebenar di sisi Allah.

Kehidupan sydah pasti teruji, namun perhatikan adakah ujian itu menjadikan smeangat kita lemah atau ia menjadikan kita lebih tabah dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Mari sama-sama menilik cermin diri kita, apa yang perlu kita perbaiki? Apa yang kurang mari mencukupkan? Mana yang lompong mari penuhkan? 

Thursday, October 11, 2012

Mengisi kelompongan Mencari Ketenangan


Apabila seseorang mengatakan rasanya hatinya dengan persoalan kenapa dia merasa jiwanya kosong dan lompong padahal dia sudah miliki segala. Pertanyaan ini mengingatkan saya pada satu posting rakan FB yang mana katanya.. 

 " Rasanya jika tanya pada diri sendiri:Apa lagi yang kita tak cukup atas dunia ni? Kerja dah ada. Isteri tempat lepas     kesunyian & peneman hidup dah ada. Anak2 tempat kita bermain2 & penyambung generasi dah ada. Rumah tempat berteduh dah ada. Kenderaan untuk ke sana ke mari pun dah ada. Makan,minum pakai pun semuanya cukup. Semuanya Allah dah bagi pada kita. Cuma yang tak pasti cukup ialah adakah kita dah syukuri nikmat nikmat Allah ini? "

Pernyataan dari sahabat saya ini mungkin jawapan kepada persoalan di atas tadi. apappun lompong atau kekosongan yang ada kerana rohani kita menuntut diberi makanan. Ini dikatakan makanan rohani, biarkan individu tersebut mengatakan sudah cukup solat, tetapi jawapan saya mungkin solat kita itu tidak cukup kyusuk, atau mungkin jua solat kita itu tidak mendekatkan kita kepada Allah kerana kita mungkn solat dalam keadaan tergesa-gesa.
Realitinya kokosongan inilah yang adakala membawa seseorang itu membunuh diri walhal semua sudah dimiliknya. Ini berlaku kepada ramai insan-insan terkenal. Mereka kaya raya, dikagumi dan dijadikan ikon oleh peminat, orang lain melihat mereka begitu gah dipersada, tetapi diri mereka sendiri kekosongan, mereka tercari-cari erti ketenangan. maka ada yang memilih unutk mengambil dadah, minum arak ,berhibur sepanjang masa namun ketenangan jiwa itu tidak kunjung tiba. Akhirnya mereka lemas dengan kehidupan sendiri, pencarian itu tidak dijumpai apa sebenarnya. Jika kita telah merasakan cukup segala yang ada maka itu masanya untuk meberi manfaat kepada apa yang kita miliki dengan berkongsi.. lihat orang sekeliling kita yang masih memerlukan. Walau tiada siapa di sisi, namun kita tidak rasa sunyi kerana tahu ada Dia di sisi. walau tidak memilik tetapi hati tidak gundah kerana tahu erti memiliki adalahdengan memberi... 

Ibarat pintu yang besar itu kuncinya kecil sahaja... Kunci itu adalah kembali kepada Allah, dekatkan diri kepadanya, mohonlah rahmat dan barakah dariNya.. agar kita sentiasa hampir kepada. pasti lompong di hati bakal terisi.
Wallahualam

Wednesday, October 10, 2012

Bagaimana Menyatakan Rasa Kesyukuran

Ada masa waktu kita kesusahan.. Allah menjawab permintaan kita.. Saat itu apa yang kita rasa.. MasyaAllah bahagia dan penuh rasa syukur. Pertanyaan saya buat pembaca.. Bagaimana kita menyampaikan rasa syukur itu.. Cukupkah sekadar menyatakan rasa syukur dengan sujud syukur.. 
Sesungguhnya kesyukuran itu tiada lain melainkan dengan sentiasa mengingatinya waklau saat susah dan senang.. Syukur itu meresap dalam sanubari menjadikan kita lebih tawaduk sebagai hambanya.. Syukur itu membawa kita untuk sentiasa menilai amalan yang ada dan menambahkan kuantiti dan kualiti.. 
Syukur itu memberi kesedaran bahawa kita sebenarnya kerdil dan tidak memiliki... Syukur itu sesungguhnya mendekatkan kita pada Dia dan menyebabkan hati snetiasa rindu..biarpun sebenarnya DIA amat dekat dengan kita..

Tuesday, October 9, 2012

PERSOALAN KEGAGALAN


Suara hati yang seringkali datang dalam pemikiran..


  1. Mengapa aku gagal dalam peperiksaan, agaknya aku ni tak pandai macam mereka yang berjaya...
  2. Mengapa aku miskin, agaknya Allah tidak mahu memberi ku rezeki sebagaimana mereka yang kaya raya
  3. mengapa segalayang aku perbuat semuanya silap, walhal orang lain sekali buat sudah sempurna..
  4. Mengapa aku tidak menjadi kaya dan memiliki segalanya seperti sebagaimana mereka...
  5. Mengapa pasanganku tidak seperti pasangan yang lain yang begitu ceria dan bahagia
  6. Mengapa aku tidak lahir dalam keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang?
  7. Mengapa  paras rupa ku tidak secantik mereka?



Jawapan bagaimana yang kita berikan?
Adakah jawapan yang kita beri positif atau negatif?
Adakah segala persoalan itu menyebabkan kita makin kurang bersemangat?
Atau kerana persoalan itu kita memilih untuk bangkit dan mencapai apa yang diinginkan?


INGAT!SEMUANYA BERMULA DARI DIRI KITA SENDIRI
APAPUN JANGAN PUTUS ASA
KITA BUKAN GAGAL 
TAPI BELUM BERJAYA MENCAPAI APA YANG DICITAKAN..
USAHA KITA BELUM CUKUP
IKHITAR KITA BELUM SEMPURNA
DOA KITA BELUM TERMAKBUL


Monday, October 8, 2012

Ayah Ibu Cermin Diri Anak-Anak


Memetik kata-kata DR MAZA
"...ayah ialah insan lelaki yang pertama yang dikenali oleh seorang anak..ramai anak semasa kecilnya ingin menjadi seperti ayahnya..ayah adalah lambang perlindungan dan ladang kasih sayang..namun jika ayah itu berperangai sebaliknya; sentiasa bercakap kasar dan celupar kepada anak, selalu memukul dan menyakitinya maka ayah hanya satu mimpi ngeri yang wujud tanpa diminta dalam hidup anak..kehadiran ayah akan digusari, ketiadaannya suatu yang dirai, kepulangannya dibenci..ayah sebegini hanya perosak kasih dan akhlak anak-anak..maka jangan hairan ramai ayah yang apabila tua dibiarkan tanpa cinta dan kasih..ayah yang baik ketiadaannya keluarga rasa sunyi, kepulangan disambut..semasa kesedihan hati dia dicari..apakah anda ayah yang baik?"

Agak-agak bolehkah kita menjadi ayah yang sentiasa diingati dan dirindui dalam hidup anak-anak kit/ibua? Sudah pastinya jawapannya boleh jika kita menjadi ibu dan ayah yang sentiasa mejaga Hak Allah pasti Allah akan memberikan kita hak yang sepatutnya di sisi manusia. Namun andaikata kita telah mejadi ibu dan ayah terbaik namun mendapat balasan yang sebaliknya, tidak mengapa..ingatlah janji Tuhan.. pasti di akhirat kita akan diberi sebaik-baik ganjaran...

Sunday, October 7, 2012

Nada Cinta Berulam Nafsu

Dari semalam apabila mendengar cerita perihal seseorang untuk menasihati sahabatnya yang seperti jauh terpesong, hati saya mengatakan sungguh jika Allah mahu membalikan hati kita ia begitu cepat. Hidup ini seperti karma, apabila kita melakukan kepada orang lain maka ia akan datang kepada kita, itulah balasan tuhan yang kita peroleh di atas dunia. 
Kisahnya adalah tentang sahabatnya yang sekarang ini begitu kerap bertukar pasangan, malah pasangan itu pula adalah yang bergelar isteri orang. MasyaAllah jauhkanlah diri kita dari fitnah sebegini. Biarlah Allah menjaga diri kita dari terjebak dengan cinta tiga segi. Sudah bergelar isteri bermain cinta pula dengan suami orang, sanggup pula minta cerai kerana mengejar si dia yang konon lebih hebat dari suami yang sedia ada. Maka si jejaka sanggup pula menceraikan isteri pertama gara-gara cinta. Demi untuk berkahwin dengan si dia, cinta yang baru bersemi maka cinta lama akhirnya terlerai. Masalahnya sekarang ini si jejaka mengejar pula wanita lain yang menjadi isteri orang manakala si isteri baru ini pula mula berkongsi masalah dengan suami orang lain... Cerita ini bersimpang siur jadinya..Cuba anda tanya kenapa jadi begini? pada saya mudah sahaja sebab dan puncanya.. 
CINTA BUKAN KERANA NAFSU, IA ADALAH DARI ALLAH DAN KERANA ALLAH
Wahai.. insaflah diri.. kita bukan mengejar hiburan dan keseronokan dunia.. kita mencari kebahagiaan hakiki dan abadi.. moga diri kita dilindingo dan Allah menetapkan diri kita untuk selamanya berada dalam iman.. Ameen

hibbukkafillah
ummu ieman ihsan

Saturday, October 6, 2012

Tangisan Perang



Sendu seorang anak kecil yang kehilangan ibu
Siapa tahu nasib yang bakal ditempuhi
Sungguh malang buat si anak
masih dahagakan susu si ibu
namun si ibu terbaring kaku di tembus peluru
Apakah perang ini akan masih berterusan
Apakah si anak mampu meneruskan kehidupan..
Tiada satu jawapan yang pasti
kerana kerakusan
menjadi agenda dalam mengejar keinginan
Mangsa yang kelaparan dan kbuluran
Hilang segalanya..
Siapa peduli
Selagi kuasa digengaman!
Tunggu sahaja kamu wahai Si Zalim
Tuhan akan memberi balasan.


Tips Hidup Ceria: Realisasikan Hobi dan Minat


Hari ini saya inign berkongsi sedikit tentang pentingnya kita dalam satu-satu masa memperuntukkan waktu untuk melakukan apa yang kita suka. Contoh kalau saya sendiri akan mengambil masa yang terluang untuk menanam pokok bunga, mengemas dan menyusun atur rumah, memasak dll. Ada juga orang yang mungkin minat membaca novel, minat untuk bersukan dll maka apabila aktiviti yang menjadi minat ini tidak kita beri perhatian langsung maka ada masanya kita akan hilang mood. Mood yang baik akan kita peroleh apabila sekali-sekala kita memberi masa dan ruang untuk bebruat apa yang kita suka atau minat. Seorang sahabat saya suka panjat gunug, katanya bila berada di puncak beliau menemukan satu kepuasan dan merasa begitu hampir dengan Allah kerana kagum dengan ciptaaNya. Ada juga yang minat melancong maka mereka ini memilih untuk melancong ke mana-mana destinasi yang sesuai. 


Memeperkatakan tentang minat, tidak salah sekiranya ia tidak melalaikan kita atau kita tidak membazirkan wang atau masa. Haobi atau minat boleh memberi dan menjana semangat bagi yang berada dalam kebosanan atau tertekan .Setidaknya apabila kita menumpukan sedikit masa untuk hobi tersebut, kita boleh mengalihkan sedikit perhatian pada perkara yang serius atau permasalahan yang ada. Ini memberi ruang untuk minda kita berehat seketika baik dari tekanan kerja atau persekitaran. 

Ada juga yang memilih untuk menonton TV, namun hati-hati jangan sampai kita menjadi addicted dgn TV atau gadjet berupa games dan sebagainya. Seeloknya pilihkah haobi yang betul-betul memberi manfaat dan menambah pengalaman. Untuk merealsiasikan hobi itu tidak perlu menunggu masa yabg betul-betul ada luang kerana kita boleh mencuri masa. Jika masa tidak dicuri ia akan pergi bergitu saja dan akhrinay hobi kita akan tidak terlangsai..

Pandai membahagi masa pasti kita boleh melakukan banyak perkara. Selamat Mencuba dan Merealisasikan Impian Anda