Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, October 4, 2012

Memahami Makna Menjadi Muslim


Semakin kita memberi makna dan berfikir tentang apa yang membezakan kita seorang Islam dengan bukan Islam, semakin kita ketahui bahawa ia adalah suatu perbezaan yang jelas. Ia tidak kabur dan samar samar. Ia bukan sekadar perbezaan pada nama sahaja, seorang nama Islam dan seorang nama kafir. Bukankah telah kita akui dan ketahui bahawa alQuran itu merupakan wahyu Allah swt akan tetapi kita melayan alQuran sepertimana orang Kafir melayannya. 
Tidakkah kita berhak mendapat hukuman yang lebih berat kerana mempermainkan wahyu Allah sedangkan kita mengaku beriman kepadaNya? Kita tahu bahawa Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya namun kita tidak mahu mengikuti contoh dan teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda saw. Kita tahu menipu, rasuah, memakan riba serta lain lain perbuatan yang menzalimi diri sendiri dan orang lain itu haram dan akan dihukum dengan hukuman yang berat, namun adakah kita mengendahkan amaran itu? Inilah puncanya kita tidak kuat, umat Islam tidak kuat dan utuh seperti mana dahulu. Kita selayaknya menerima siksaan yang berat dek kelakuan kita tidak mengendahkan perintah dan laranganNya.

No comments:

Post a Comment