Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, October 7, 2012

Nada Cinta Berulam Nafsu

Dari semalam apabila mendengar cerita perihal seseorang untuk menasihati sahabatnya yang seperti jauh terpesong, hati saya mengatakan sungguh jika Allah mahu membalikan hati kita ia begitu cepat. Hidup ini seperti karma, apabila kita melakukan kepada orang lain maka ia akan datang kepada kita, itulah balasan tuhan yang kita peroleh di atas dunia. 
Kisahnya adalah tentang sahabatnya yang sekarang ini begitu kerap bertukar pasangan, malah pasangan itu pula adalah yang bergelar isteri orang. MasyaAllah jauhkanlah diri kita dari fitnah sebegini. Biarlah Allah menjaga diri kita dari terjebak dengan cinta tiga segi. Sudah bergelar isteri bermain cinta pula dengan suami orang, sanggup pula minta cerai kerana mengejar si dia yang konon lebih hebat dari suami yang sedia ada. Maka si jejaka sanggup pula menceraikan isteri pertama gara-gara cinta. Demi untuk berkahwin dengan si dia, cinta yang baru bersemi maka cinta lama akhirnya terlerai. Masalahnya sekarang ini si jejaka mengejar pula wanita lain yang menjadi isteri orang manakala si isteri baru ini pula mula berkongsi masalah dengan suami orang lain... Cerita ini bersimpang siur jadinya..Cuba anda tanya kenapa jadi begini? pada saya mudah sahaja sebab dan puncanya.. 
CINTA BUKAN KERANA NAFSU, IA ADALAH DARI ALLAH DAN KERANA ALLAH
Wahai.. insaflah diri.. kita bukan mengejar hiburan dan keseronokan dunia.. kita mencari kebahagiaan hakiki dan abadi.. moga diri kita dilindingo dan Allah menetapkan diri kita untuk selamanya berada dalam iman.. Ameen

hibbukkafillah
ummu ieman ihsan

No comments:

Post a Comment