Bila berjauhan tiada terdetik rasa rindu
Bila perasaan sudah hambar,maka tiada lagi pertanyaan khabar,
Bila rasa cinta pudar akan terhakis perasaan mengambil berat,
Bila kasih seperti sudah beralih arah maka banyak perkara sering terlupa,
Bila kasih dan sayang sudah berkurang pasangan mula memberikan alasan. Maka itu tanda bahawa hubungan semakin terlerai, komunikasi semakin hambar, keinginan juga sudah tiada
Waktu itu sudah masanya untuk mencari di mana kesilapan kita. Jangan gucapkan selamat tinggal, tetapi selidiki apa yang kurang.Pasti ada yang boleh diperbaiki agar rumahtangga berseri kembali...
No comments:
Post a Comment