Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, October 20, 2012

Setiap Hari yang Dilalui Adalah Pengalaman Baru

Perjalanan hidup memberikan banyak pengajaran dan juga pengalaman. Setiap hari kita bertemu pelbagai watak dan ragam manusia. Ini memberi rencah kepada kehidupan kita yang adakala manis, pahit, kelat dan sebagainya... Perjalanan hidup ini biar bagaimana rasanya sekali pun namun jika kita melihat ia sebagai satu bentuk pengajaran dan pengalaman maka kita akan amat menghargainya. 
Sama juga dengan diri saya. setiapkali lita menemuph sesuatu perkara baru maka ia perkara yang amat bernilai buat diri kita, kerana itu saya katakan bahawa Setiap Hari yang Dilalui Adalah Pengalaman Baru. 
Contohnya hari ini saya juga mengalaminya dan menggali pengalaman baru. Hari ini adalah kelas pertama untuk kelas Group Kaunselimg bersama pelajar-pelajar baru. Sewaktu sesi banyak perkara baru yang dikongsikan mereka dan paling saya teruja kerana untuk pertama kalinya kebanyakan pelajar saya berusia50 tahun ke atas dan rata-rata mereka menunggu masa unutk pencen, bahkan ada yang sudah bergelar Professor. 
Bertuahnya saya bukan semata dapat berkongsi ilmu kaunseling/berkongsi masalah bersama mereka tetapi lebih bertuah buat saya kerana boleh berkongsi banyak pengalaman yang mereka lalui sepanjang kehidupan.Biarpun berdepan tugas berat selaku pensyarah yang mengajar pelajar yang rata-rata lebih berusia, namun pada saya inilah yang dikatakan hidup perlu mendepani cabaran. Paling indah bila kita sentiasa melihat cabaran itu dari sudut yang positf. 
Bagi anda yang merasakan hari anda suram serta banyak kesedihan, percayalah bahawa kita yang mencorakkan hari tersbeut. Biar bagaimana situasi yang berlaku namun lihat hikmah disebaliknya pasti kita akan melihat bahawa perkara itu membeir pengajaran dan pengalaman kepada kita. 
Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment