Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, October 24, 2012

Fadilat Hari Arafah


Hari ini bagi semua yang mengerjakan haji bakal berada di Arafah untuk wukuf. Hari ini merupakan hari yang paling dinanti oleh semua, hari yang tiada bandingan dari segala hari ini kerana hari Wuquf ini merupakan suatu hari penuh barakah dan syafaat di mana Allah akan memerdekakan paling ramai hamba-hambaNya dari api neraka. 
Pada hari ini jugalah Allah akan turun ke langit dunia dan bermegah-megah di depan para malaikatNya dengan semua hambaNya yang sedang berwuquf lalu memberitahu para malakat yang Dia akan memakbulkan segala doa hamba-hambanyaNya.
Pada hari ini jugalah pepohon, batu-batan dan sebagainya akan bersama-sama jemaah bertalbiah kepada Allah. Alangkah syahdu saat berada di padang Arafah waktu ini. Walau berada dalam jutaan manusia namun kita terasa keadaan dan suasana begitu hening dan syahdu kerana semua jemaah masing-masing mahu bermonolog dengan Allah melalui doa yang mahu dipanjatkan. Maka ambillah masa yang ada ini sebaik mungkin bagi yang berada di Arafah untuk wukuf, dan bagi yang belum mengalami pengalaman berada di sana maka ia adalah peringatan agar kita tidak mensiakan peluang untuk berdoa kepada Allah memohon keampunan dariNya. 

Bagi yang tidak menunaikan haji maka hari ini kita disunatkan berpuasa. Ganjaran puasa pada hari ini amat besar pahalanya. Ambilah peluang untuk mendapatkan pahala serta melakukan ibadat yang boleh mendekatkan diri kepadaNya. Hari ini juga hati di mana kita disarankan agar mengambil masa yang ada unutk melakukan apa sahaja ibadat yang boleh dilaksanakan seperti mengaji Quran, berzikir, solat dan sebagainya. Moga kita mendapat barakah dan syafaat dari Allah sempena hari yang mulia ini. 


No comments:

Post a Comment