Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, October 22, 2012

Doa seorang hamba



Doa Seorang Hamba.

Seorang lelaki berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah S.W.T memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah S.W.T mempunyai terlalu ramai hamba untuk diuruskan

 dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah S.W.T sentiasa melakukan semua perkara dengan betul !
Cara Allah S.W.T sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah S.W.T, percayalah! Pasti ada hikmah disebaliknya, Allah S.W.T sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan. Allah S.W.T tidak akan gagal memenuhi permintaan hamba-Nya, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah S.W.T mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA.

Allah S.W.T tak beri apa yang kita MAHU, TETAPI Allah S.W.T beri apa yang kita PERLU
.


No comments:

Post a Comment