Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, March 8, 2013

Apabila Jodoh Menyapa


Kata sahabat saya dala wall FB beliau "Menguruskan rumahtangga seperti bermain layang-layang...kena tahu dan bijak bila masa untuk menghulurkan tali, bila masa untuk menarik, mesti tahu jenis layang-layang dan bijak mempergunakan angin untuk kekalkan layang-layang sentiasa terbang dengan tenang!"   . 

Maka saya amat bersetuju dengan pandangan beliau. Rumahtangga jika pandai nakhoda menetukan arah maka sudah pasti ia akan dapat sampai ke destinasi dengan selamat, sebaliknya jika nakhoda silap melihat arah maka hancurlah bahtera, saat ribut datang menbadai jika tidak kuat maka semuanya akan tumbang. 


Kehidupan rumahtangga adalah satu perjalanan antara dua insan. Maka bak kata bijak pandai untuk negenal sahabat maka mengembaralah dengan mereka. Begitulah juga ibaratnya dengan rumahtangga. Sewaktu bercinta indah dan bahagia semuanya. Bila menempuh alam rumahtangga maka dua insan ini memulakan satu perjalanan baru menuju satu destinasi yang jika mereka tahu matlamat sebenarnya akan membawa ke syurga. Sayangnya ramai dikalangan kita biarpun bertahun bercinta namun bila berkahiwn mereka seperti tidak mengenal pasangan masing-masing. Kenapa perkara ini berlaku?


Jawapannya mudah sahaja, setiap satu jalinan kasih sayang yang bina atas rasa kasih kepada Allah dan mencari redhanya maka kedua insan ini bakal menemukan tujuan yang sama. Ia bukan berdiri atas dasar nafsu dan juga material. Lihatlah senario yang berlaku jika rumahtangga dibina dengan tidak kerana Allah tetapi lebih kepada nafsu maka ruahtangga itu akan cepat goyah. Maka apabila menyintai seseorang biarlah cinta itu dari Allah dan kerana Allah. Bila membina rumahtangga, biarlah kerana mahu menyahut seruan Allah  bukan berdiri atas dasar nafsu semata-mata, tetapi ia atas dasar tanggungjawab.

*InsyaAllah bakal berforum bersama Hilal Ashraf dengan tajuk Apabila Jodoh Menyapa.


No comments:

Post a Comment