Tiapkali bercerita tentang rumahtangga, seringkali terdengar ungakapan si isteri.. suami saya tak romantis..suami saya tak tahu nak hargai dengan beli hadiah..suami tak ingat tarikh perkahwinanan.. hmm ada macam-macam rungutan dari si isteri. Mungkin kerana klien saya ramai wanita maka saya tidak mendengar rungutan dari pihak suami, jadi itu bukan bermakna suami tak merungut tentang isteri.
Persoalan ini terpanggil untuk saya menulis sementelah pada hari Ahad baru ini ada forum tentang jodoh yang dianjurkan oleh PTS di MPH Alpha Angle. Maka ada banyak pertanyaan berkaitan isu-isu jodoh dan juga perkahwinan diajukan. Merungkai persoalan jodoh dan rumahtangga sudah pasti ia ada pelbagai perspektif. Ada banyak resepi mencari bahagia dalam rumahtangga. ia bukan semata-mata persoalan suami tidak romantis, isteri tidak canti kspeerti dulu.. Persoalan utama sepatutnya, adakah rumahtangga ini menuju redah Allah. Adakah ahli keluarga sempurna aqidahnya, sempurna solatnya.. sempurna akhlaknya.. ?Lalu berlaku masalah dalam rumahtangga kerana hal-hal yang remeh.. ia berkait dengan cara kita berfikir dan cara kita melihat sesuatu perkara. Maka bersyukur apa yang kita ada serta belajar menerima pasangan seadanya kerana kita mencari kesempurnaan pada orang lain, hakikatnya kita juga tidak sempurna.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment