Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, March 22, 2013

SPM 2013: Harapan Ibu Ayah

Semalam adalah hari pengumuman keputusan SPM 2013. Ada warna ceria melihat gambar-gambar yang terpapar menunjukkan kejayaan. Namun ada juga yang tidak gembira kerana keputusan yang diperoleh tidak sebagaimana yang diimpikan. Biar apapun keputusan yang diperoleh para pelajar maka sudah pasti insan yang paling mengharapkan kejayaan mereka adalah ke dua ibu bapa. Ibu bapa mengharapkan anak-anak boleh berjaya cemerlang. Mereka sudah pasti tidak putus berdoa agar anak-anak menjadi orang yang berguna. 

Jika setahun yang lalu saat berdepan dengan pelajaran, ia adalah skrip yang sama yang dibaca para pelajar iaitu mahu berjaya cemerlang. Lalu dalam meniti hari-hari menuju medan perjuangan adakah cukup segala kelengkapan diri bagi menghadapi peperikasaan? Adakah persediaan sewajarnya telah diberi oleh para pelajar seiring dengan impian mereka mahu mendapat yang terbaik. Jika segalanya sudah dilakukan sebaik mungkin maka jika keputusan yang diperoleh tidak sebagaimana yang diharapkan maka sudah pasti mereka ini tidak akan terkilan. Namun jika kita mendapat keputusan yang tidak baik kerana persediaan juga biasa-biasa, maka sudah pasti pelajar akan merasa terkilan dengan keputusan yang diperoleh. Untuk menyesal pasti tidak ada gunanya.
Oleh itu bagi yang sekarang ini sedang berjuang dan bakal menduduki SPM pada penghujung 2013, jadikan masa yang ada ini untuk berusaha gigih. Ingat;ah harapan ibu ayah kepada kita. Berkorbanlah sedikit masa yang ada demi kejayaan. Jangan disia-siakan masa yang ada kerana kalian perlu mengejar masa dan tidak leka dengan hiburan disekeliling. Perjalanan masih jauh untuk diteroka, maka bekalkanlah perjuangan ini dengan iman dan taqwa. Agar Allah memberi barakah kepada perjuangan ini, dan Dia sentiasa membantu dalam keadaan susah dan senang.
Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment