Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, March 9, 2013

Mendapatkan Inspirasi Kerjaya


Semangat ada naik turun. Ada masa kita sangat teruja mahu melakukan sesuatu, namun ada ketikanya bila halangan wujud semangat itu mula luntur. Buat apa sahaja kita perlu mendapatkan tenaga positif dari sekililing kita. Untuk mendapatkan inspirasi kita perlu selektif kerana ada juga yang secara tidak kita sedari mereka menjadi penarik tenaga. Ayat-ayat negatif sedikit sebanyak akan melunturkan semangat untuk terus berjuang. Apa juga kerjaya yang diceburi pastinya bila berdepan saat sukar maka ada yang terfikir untuk berhenti kerja, jika yang berniaga mereka mahu menutup pintu pada perniagaan. Untuk mendapatkan inspirasi dalam kerjaya tips yang boleh kita pastikan adalah:


  1. Mereka yang boleh memberi inspirasi adalah seorang yang berkarisma dan punya kejayaan tersendiri.
  2. Mereka sudah berjaya dan punya pengalaman dalam kerjaya yang mereka tempuhi
  3. Mereka seorang yang gigih berusaha
  4. Mereka seorang yang mahir dalam bidang yang mereka ceburi 
  5. Nasihat atau saranan  yang diberi adalah yang memberi tenaga dan bukan menarik tenaga
  6. Motivasi dan inpirasi perlu seiring dengan tindakan diri sendiri
  7. Bagaimana hebat pun orang lain dalam membina kerjaya perlu diukur keupayaan diri sendiri
  8. Betapa cepat orang lain mencipta kejayaan dalam kerjaya mereka namun indiivdu perlu memberi tempoh masa untuk diri sendiri.
  9. Strategi yang diguna pakai orang lain perlu dilihat kesesuaian dengan diri sendiri
  10. Dampingi orang positif yang kuat berusaha dan bukan yang sekadar pandai berkata-kata tetapi hasil tiada.

No comments:

Post a Comment