Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, March 19, 2013

Bakal Guru.. Ke mana destinasi anda?

Bezanya bergelar guru dulu dibanding guru sekarang. Patut la ada ketika murid menjadi confuse. Jati diri guru jika dilihat dari segi imej berpakaian pun sudah berbeza. Saya memberi pandangan berdasarkan pengamatan dan penilaian peribadi. Dala keluarga saya ramai yang bergelar guru. Arwah Pak Cik saya sendiri merupakan Tokoh   Guru negeri Kelantan. Saya melihat bagaimana beliau amat dikagumi dan disegani. bahkan bila sebut nama ramai yang mengenali. Maka saya terdidik dan terasuh dengan cara beliau. Beliau merupakan guru matematik. Cara mengajarnya mudah difahami dan lekat di minda.Perkara yang paling saya ingati bila saya silap melakukan pengiraan dan ia merupakan satu kesilapan bodoh maka kepala saya diluku. tersentak, tetapi sejak dari hari itu saya ingat sampai bila-bila. Perkara yang juga menjadi satu ingatan buat saya apabila dipanggil mengadap secara prsonal dan saya disoal pelbagai perkara bila saya memohon ke Diploma Education selepas mendapat Ijazah. Segala pesanan tersemat kukuh disanubari. Hinggalah saya melangkah ke Universiti melatih para guru menjadi pendidik, maka saya memberi petua yang sama. 
Apapun zaman berubah dan manusia jugab erubah seiring dengan perubahan masa. Ramai anak-anak buah juga bergelar guru. Namun saya melihat mereka ini segelintir seperti terpaksa menjadi guru kerana mahukan pekerjaan yang tetap. Bila tengok perawakan setengahnya seperti pelakon Korea. Rambut dan cara berpakaian tidak ada imej untuk bergelar guru. Wanita pula seperti mahu masuk pertandingan ratu cantik bila melihat cara berpakaian dan bermekap. Mungkin tidak semua begitu, ada pelatih yang betul-betul berminat mahu menjadi guru hingga sanggup meninggalkan gaji yang lumayan semata-mata mendapatkan kepuasan. Disaat mengajar bukan lagi tugas utama guru kerana guru perlu melakukan pelbagai tugas sanpingan maka kriteria seseorang guru perlu dilihat semula. Dulu guru tidak perlu belajar muzik, tetapi sekarang ada guru yang perlu belajar muzik, walaupun ia sekadar option.Tidak dapat dibayangkan waktu disekolah dulu belajar menghafal ayat-ayat al Quran, bila mengambil TESL sekarang memikul gitar mengalunkan muzik... Detik hati saya bukan salah ibu mengandung.. Ia sekadar keluhan yang seperti tiada penyelesaian. 
Wallahuaalam.  

No comments:

Post a Comment