Hari ini hari ke-2 berkursus, dan saya bereksperimen dengan jalan yang lain untuk hadir ke MKM. Semalan pun jem yang teruk dan rupanya walaupun memilih jalan yang lebih dekat tetapi masih juga berdepan trafic jem. Esok hari terakhir saya akan berekspermien lagi. Apa maksud saya berkongsi tentang jalan? ia supaya andan boleh memahami bahawa dalam kehidupan kita bila kita berdepan masalah atau kita sedang berusaha mencapai sesuatu perkara dalam hidup, kita memerlukan keberanian dan ada sifat mahu mencuba.

Ada keberangkalian percubaan kita gagal, namun itu tidak mengapa jika kita boleh belajar dari pengalaman tersebut. Paling penting jangan kita mengulang kesilapan yang sama. Ada banyak hal dalam kehidupan menjadi satu masalah kerana kita tidak cuba melihat ia dari perspektif yang berbeza. Contohnya jika semalam saya terpaksa menempuh perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit kepada 1 setengah jam. Tetapi saya cuba bersikap positif dan proaktif dan percaya bahawa saya masih dapat sampai pada masanya, dan saya perlu mencari strategi baru supaya esok saya dapat sampai lebih awal.
Ternyata keberanian untuk mencuba perlu ada kerana kita pasti akan dapat melihat perubahan. Ternyata saya dapat menjimatkan masa selama 15 minit dari masa semalam. Dan saya juga dapat menjimatkan tol sebanyak RM5. Andainya berlaku sebaliknya maka ia tetap tidak mengapa kerana ia memberi satu maklumat baru pada kita.
Persepketif kita kepada keadaan sekeliling memberi kesan kepada diri. Maka biarpun berbeza dengan apa yangk ita jangka, bersangka baiklah, dan lihat dengan satu sudut pandang yang positif supaya kita mampu mengelakkan rasa bersalah, menyalahkan orang lain atau diri sendiri bila sesuatu yang buruk berlaku. Hayati setiap hari dengan rasa ceria biarpun ia tidak sebagaimana yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment