Masa ibarat pedang
Ia terhunus saat tidak diguna
Membuai insan terleka
Masa tersisa tanpa manfaat
Usia mengamit sekilas masa
Amal mengiring belum sempurna
Ada yang dicari belum kesampaian
Tersesat di rimba dunia
Lalu akhirat dipandang sebelah
Merintis perjalanan masa
Antara dua agenda
Alam dunia alam fana
Masih samarkah
Kerana masa yang ada
sekelumit cuma
Tiada lagi seribu alasan
Kerana Dia yang mengagih
sama serata
Sepantas detik berlalu
ajal itu kian menghampir
Kejar masa itu
Merintis jalan hakiki
Berbekal kalam Ilahi
Untuk dunia kekal abadi
Nukilan
Ummu Eiman Ihsan
Buat anak-anakku yang berjuang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment