Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, March 1, 2013

Makna satu kejayaan


Sebut tentang kejayaan, semua orang mahu berjaya. Sebut kaya semua orang mahu kaya, sebut bahagia semua orang mahu bahagia. Maka berjaya, kaya dan bahagia adalah perkara yang menjadi impian rata-rata individu. Untuk mencapai ini semua sekaligus sudah pasti tidak mudah namun tidak juga sukar. Allah itu amat adil, ada yang kaya tetapi tidak bahagia, ada yang bahagia tetapi kejayaan biasa-biasa, ada yang berjaya tetapi tidak bahagia dengan apa yang dicapai. Maka apa ertinya berjaya, kaya raya jika tidak bahagia. 

Untuk berjaya ada orang sanggup berbuat apa sahaja. Ia sinonim dengan apa yang pernah disebut iaitu buat apa yang kita tidak suka untuk mendapat apa yang kita suka. Bila sudah mencapai apa yang kita suka tetapi kita pula menjadi tamak dengan kejayaan yang ibarat fatamorgana. Ia tidak habis dikejar. Maka itulah kejayaan dunia yang ada ketika melekakan insan. Oleh itu mari memahami hakikat sebenar kejayaan. Ia bulan semata berjaya mencapai pangkat, harta benda, darjat, nama dijulang. Hakikat berjaya adalah berjaya dunia akhirat. Berjaya hakikatnya adalah punya jiwa yang tenang hati yang pasrah serta sabar dalam apa jua dugaan. Maka bila mengejar kejayaan fahami maknanya agar kita tidak tersasar dari jalan Allah. Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment