Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, March 3, 2013

Belajar Blog Perniagaan Siri 1

 
Pagi-pagi lagi keluar mengharung trafik jem demi untuk sampai di sini. Ini semua bertujuan untuk belajar dan mendalami ilmu tentang mengurus blog. Saya bukanlah bagus dalam IT. Setakat petik jari menaip itu rasanya perkara mudah, itupun seringkali tersilap menaip huruf, al-maklum setiap tulisan tidak sempat untuk diedit, yang penting ada isi dan info yang mahu disampaikan kepada pembaca dan ianya difahami maksudnya. 


Hampir sejam setengah baru sampai di MKM. seronok juga hadir di Maktab Koperasi Malaysia dan saya mewakili Koperasi Khalifah Jiwa sebagai ahli lembaga pengarahsaya  menawarkan diri untuk belajar. Seronok bergelar pelajar. Jika sebelum ini kita duduk di depan sekarang kita duduk di kerusi mendengar. Seronoknya belajar sesuatu yang baru. Belajar tentang blog ini seperti bulan jatuh ke riba, manakan tidak saya perlu berkongsi kepada SUP PERAMAH.

Dah masuk kelas, tiba sesi taaruf berkenalan dengan pelbagai lapisan dan latar belakang. Sejak dulu bila belajar saya suka duduk di depan. Maka saya orang pertama yang terpaksa memperkenalkan diri dan tak pasal la pula dilantik secara paksa rela menjadi penghulu, maklum tiga hari berkampung di sini. 

Tips di sesi pertama belajar hari ini adalah untuk bina blog perniagaan perlu ada akaun bank dan juga kad kredit. kad kredit adalah perkara yang saya tiada. Apapun boleh difikirkan!
Tips ke dua perniagaan menerusi blog tiada had masa, jaringan menyeluruh, maklumat tersebar dengan cepat.  

4.Mac.2013
Maktab Kerjasama Koperasi    

No comments:

Post a Comment