Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, March 29, 2013

Mulakan Dengan Bismillah

Sering kita dengar pelbagai tips mengelakkan pennyakit. Rata-rata pembaca juga sudah maklum,punca penyakit juga dari perut. Dengan kata lain punca penyakit adalah dari makanan. Sebab itu ada kata-kata yang menyebut "kita adalah apa yang kita makan" ada juga yang menyebut "health is wealth". Oleh itu dalam konteks menjaga kesihatan maka pemakanan kita amat berkait dengannya. ramai yang memandang remeh penjagaan pemakanan. Ramai yang suka mengikut apa yang mulut kita mahu makan tetapi tidak mengendahkan perut. Maka datanglah pelbagai musibah.


Dalam Islam, perkara utama dalam hal pemakanan sudah pasti semuanya perlu bermula dengan Bismillah. Ia bermula dari awal penyediaan makanan sehinggalah kepada peringkat akhir iaitu menyuap ke mulut. Oleh itu sekali lagi pentimg kita memilih sama ada memasak sendiri atau memilih makanan di mana-mana restoran maka sewajarnya kita memilih resotran Islam yang mana pekerjanya juga mengamalkan cara Islam dalam memasak makanan. Bacaan Bismillah dalam memulakan apa jua dilihat remeh, maka ramai yang sering terlupa. Walhal dengan memulakan dengan Bismillah ia membantu mengelakkan risiko penyakit, membantu mengawalnya, dan memberi barakah pada makanan yang dimakan. Maka mulakanlah dengan Bismillah. ia sesautu yang mudah tetapi payah untuk diamalkan. 

No comments:

Post a Comment