Bila lambat mendapat cahaya mata, maka pasangan mana tidak gundah. Pasti kelewatan itu mendatangkan resah, mencemaskan perasaan. Setahun dua tahun tidak mengapa, tetapi bila mencecah lima tahun maka tentunya kesabran menunggu akan teruji. Maka ia membawa kepada perancagan mahu mengambil anak angkat sebagai tempat untuk menumpahkan kasih sayang, berkongsi perasaan sebagai ibu dan ayah. Sewaktu kecil anak itu ditimang, dipeluk dicium.
Saat kehadiran orang baru seperti satu mimpi, namun di dalam kegembiraan ada satu lagi kegembiraan bila mendapat berita si isteri yang baru bergelar ibu bakal menjadi ibu kepada darah daging sendiri. Terdetik hati si ibu menyesal mengambil anak angkat jika tahu Allah akan memberi rezeki mendapat cahaya mata sendiri. Apabila ada anak sendiri maka tidak mudah membahagikan kasih sayang. Anak angkt yang dijanjikkan kasih sayang mula mendapat kasih sayang yang hambar. Segala kemarahan akan dilampis kepada si anak angkat.
Lalu membesar si anak angkat dalam keadaan 'confius' kenapa ibu dan ayah sering memarahi dirinya, walhal kesilapan tidak seberapa. Si anak mula menjadi murung. membesar dalam keaadaan kurang kasih sayang. Diri tidak mengerti bahawa beliau sekadar anak angkat. Hidup seperti kurang segala, biar hidup dalam material namun ia seperti tidak bermakna kerana ibu dan ayah ketara memilih kasih... Maka dilema si anak siapakah yang dapat membantu? Kekurangan kasih sayang salah siapa sebenarnya...
Wahai ayah dan ibu.. anak itu anugerah.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Si anak yang hadir biarpun bukan darah daging sendiri adalah rahmat dari Allah. Anak ini saluran dan jalan Allah membukakan pintu rezeki untuk kalian. Maka janganlah berlaku zalim kepadanya. Kasihi dia sebagaimana anakmu sendiri... ingatlah..mungkin di hari tua dia yang bakal menjaga mu.. disaat dirimu diusung ke alam barzakh mungkin dia yang menguruskan kematian mu... dan mungkin dia yang sentiasa ingat menyedekahkan mu al Fatihah.. Maka curahkanlah kasih sayang sepenuhnya kepada dia.Terimalah segala kekurangan yang ada...
Wallhuaalam.
No comments:
Post a Comment