Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, March 24, 2013

If you fail to plan, you plan to fail


"If you fail to plan, you plan to fail" ... dengan kata lain apabila kita gagal untuk merancang maka kita sebenarnya merancang untuk gagal. Kata-kata ini ada betulnya kerana setiap perkara dalam hidup kita perlu dirancang. Semuanya tidak berlaku dengan sendiri, jika kita tidak merancang mahu berjaya maka kita pasti akan gagal mancapai apa yang dicitakan. Sebagaimana seorang pelajar yang mahu berjaya cemerlang dalam pelajaran akan merancang dengan cara belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan dapat menjawab peperikasaan dengan baik. Seorang yang berniaga mahu berjaya dalam perniagaan maka sudah pasti akan memastikan dia faham selok belok perniagaan, berusaha memahirkan diri dengan perniagaan yang diusahakan. Sama juga dengan seorang yang ibu, jika mahu anak-anaknya menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat maka sudah pasti dia akan menracang dari awal bagaimana mendidik dan mengasuh anak-anak menjadi insan yang cemerlang.


Namun ketahiilah disebalik segala usaha dan ikhtiar unutk berjaya, disebalik segala strategi yang dilakukan, disebalik segala ilmu dan maklumat yang diperoleh, disebalik segala harapan, doa dan juga tawakkal yang dipertaruh, maka sesungguhnya Allah ada Perancangan tersendiri, Dia Maha Merancang dan Perancangan Allah Yang Terbaik. Oleh itu bersabarlah jika apa yang dirancang tidak sebagaimana yang dimahukan. Yang dibuat tidak menjadi, yang diharap berkecai, yang dipinta tidak dipenuhi. Allah lebih tahu perjalalan itu. Percayalah dia menyimpan sesuatu untuk kita yang kita tidak ketahui. Maka bila kita gagal setelah merancang yang terbaik, ternyata perancangan Dia adalah yang terbaik. Dia tahu apa yang tidak kita tahu. Dia menyimpan rahsia semua perkara. Maka berdoalah agar kekecewaan setelah merancang ada hikamh yang tersendiri untuk dunia dan akhirat kita. Ameen.

No comments:

Post a Comment