Salam Jumaat, moga hari ini memberi barakah dan rahmat dariNya.
Hari ini telah pun menutup tirai, biar diuji tetapi hati tetap rasa tenang dan bahagia. Setiapkali menempuh perkara yang tidak baik setiap kali itu saya bersangka baik dengan Allah. Mana tidaknya, sudah dua hari kereta rosak, maka ia ibarat patah kaki apalagi dengan banyak urusan yang perlu dibereskan. Sementelah terpaksa mengurus anak-anak.
Alhamdulillah setiap kesulitan pasti ada solusinya, seorang kawan sudi meminjamkan kereta bila suami tidak smepat mengurus kerana ada Conference yang perlu dhadiri. Sekali lagi saya panjatkan syukur. Sewaktu pulang tiba-tiba kereta tersebut menunjukkan signal, maka saya terpaska berhenti ditepi jalan. Menunggu panasnya turun barulah bonet kereta boeh dibuka, hemm,, rupanya airnya kering,maklum sahabat saya ini punyai beberapa buah kereta, kereta yang diberi pinjam ini memanga jarang sekali digunapakai maka sudah pasti airnya kekeringan.
Hampir setengah jam berada ditepi lebuhraya, kesian saya terhadap anak dan sahabatnya yang seperti mahu pulang awal ke rumah, tetapi apakan daya.. inilah ujian.. Tiba-tiba ada sebuah motor peronda datang, maka saya maklumkan keadaan sebenar dan memaklumkan yang kami ketiadaan air kerana susah mendapatkan kerana kejadian betul ditengah-tengah lebuhraya. Saya juga menelfon sepupu yang berada berdekatan untuk membawakan air.
Ternyata peronada lebuh raya cuba mendapatkan bantuan dari sahabatnya. Katanya bahaya berada dilebuhraya kerana kereta semuanya laju. Mulanya saya agak waswas, maklumlah ramai yabg menyamar konon memberi pertolongan tetapi mereka sebenarnya merompak. Beliau yang tahu saya sangsi menunjukkan logo syarikat beliau. Akhirnya pertolongan tiba jua... selesai memberikan pertolongan, saya menghulurkan sedikit duit atas rasa terima kasih.
Dalam perjalanan saya berfikir, setiap ujian jika kita pasrah dengan apa yang berlaku, pasti akan ada pertolongan dari Allah. Saya percaya ini hanya ujian kecil.. tetapi banyak perkara saya belajar hari ini. Jika sebelum ini berkenaan kereta semuanya urusan suami, maka saya bleh bayangkan apa yang pernah dikongsi mereka yang menjadi ibu tunggal betapa mereka terpaksa melakukan sendirian banyak perkara... Sungguh nikmat Allah itu sangat besar untuk hambanya, jika satu tiada, ada banyak lagi yang diberi olehnya yang adakala kita tidak nampak.. atau tidak sedari.
Ya Allah ampunkan kami...
No comments:
Post a Comment