Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 11, 2013

Bagaimana Memilih Pemimpin Berpandukan Al Quran



http://saifulislam.com/?p=983&preview=true

Semenjak-duamenjak ni komen-komen di FB ada pelbagai warna dan watak ditonjolkan untuk mempertahankan siapa yang dipilih, parti mana yang disokong serta prinsip yang dipegang. Biar apa pun hujjah, maka berpadalah dalam berdebat. Jangan terpengaruh oleh emosi. Saya sendiri tidak mahu bercakap banyak. Adakala undi tidak lagi rahsia dengan apa yang dipaparkan. Oleh itu hujjah dengan bernas, berhemah dan berhikmah. Adakala perlu menelaah sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk kita menilai pemimpin atau parti mana yang mahu kita pilih. Link di atas mungkin boleh membantu pembaca untuk menilai bagaimana memilih permata didalam kaca. Bila menilai maka mohon Allah memberi taufiq, selebihnya tepuk dada tanya iman. Moga Allah memasukkan kita semua dalam golongan orang yang beriman. Ameen
Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment