Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 9, 2013

Motivasi diri


Bila hadirnya masalah seringkali kita menyalahkan kepada takdir dan keadaan yang selalu tidak menyebelahi kita. Kita mencari -cari alasan atau sebab untuk menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah bukan kerana kita. Bahan kita menjadi orang yang teraniya. Lalu kita seperti memohon simpati agar orang sekeliling menyokong kita dan membenarkan bahawa kita adalah mangsa kepada keadaan. Biar bagaimana benar sekalipun hujjah di atas tetapi sebagai individu yang berada dalam masalah, kita tidak boleh menjeruk rasa,  bersimpati dengan diri hingga kita menjadi hilang punca serta lebih banyak menyalahkan keadaan dari memperbetulkan apa yang telah berlaku.

Sememangnya bila ditimpa musibah atau diuij dengan pelbagai perkara kita merasa 'down', kita hilang semangat, kita mahu menangis selama yang boleh menyesali nasib diri, jika keluar air mata darah sekali pun kita mahu membuktikan bahawa kita adalah orang-orang yang disingkir, teraniya... Lalu kita membenarkan diri kita untuk sentiasa hidup dalam berduka dan bersedih. Kita membenarkan diri kita tersisih. Kita juga membenarkan supaya kehidupan kita tenggelam dalam arus hidup tanpa matlamat dan impian.

PERSOALAN! Sampai bila kita mahu berada dalam keadaan tersebut? Tidakkah sekeliling kita akan melihat bagaimana rapuhnya diri kita? Mana perginya seorang yang begitu kuat, begitu yakin dengan dirinya dan percaya masalah yang ada hanya sekadar menyedarkan diri yang alpa. Ujian yang hadir kerana dengannya tercungkil potensi diri. Musibah yang datang untuk melahirkan kreativiti dan mencanakkan idea yang baru. Masalah tiba kerana mahu kita membuka mata hati melihat kebenaran dari sudut yang lebih positif.

Lalu tidak perlu lagi bermimpi cerita duka, tidak perlu berkongsi cerita lara. Hilangkan kesedihan. Sudah masanya kita perlu bangkit. Jangan lagi fikirkan masalah.Fikirkan strategi. Fikirkan mahu menjadi insan yang lebih dewasa dari semalam, yang lebih banyak mencipta kehebatan yang ada dalam diri serta INSAN yang mahu menggunakan kelebihan untuk dimanfaatkan kepada diri dan orang lain.

PERKARA YANG LEPAS JANGAN DIKENANG, MASA YANG AKAN DATANG KITA RENUNGI BERSAMA.

Wallahuaalam


No comments:

Post a Comment