Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 16, 2013

Bagaimana memanfaatkan masa?


Setiap hari kita membilang waktu, ia berlalu pantas tanpa kita sedar. Jika kita sedari sekalipun kita merasakan betapa banyak perkara yang belum selesai. Sungguh waktu menghambat kita. Jika kita terleka maka kita termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ada juga yang konon mengisi masa dengan bijak pada hemat mereka, tetapi malangnya mereka hanya mengisi masa dengan hal-hal dunia semata-mata. Tiada ruang untuk bekalan akhirat. Solat ditinggallan begitu sahaja dengan tanpa rasa bersalah dengan alasan masa singkat kerja pula bertimbun. Peliknya kita ada masa untuk membeli belah, bersembang di cafe atau kedai kopi tetapi kita tiada masa untuk membaca al Quran. Sungguh jika begini keadaannya maka kita tergolong dalam golongan orang yang rugi. 

Masa untuk kita isi dengan ibadat sentiasa ada, cuma kita tidak melakukan ia dengan niat kerana Allah. Adakala saat membuka pintu kereta atau keluar rumah untuk pergi bekerja kita lupa membaca bismillah. Saat nasi di suap ke mulut kita lupa kepada yang Maha Memberi Rezeki, saat mendapat berita gembira kita lupa bersyukur pada yang Esa, saat ditimpa musibah kita suka menyalahkan Dia tanpa rasa insaf dengan apa yang berlaku. lalu mari sama kita muhasabah, di mana masa kita?apa pengisiannya? Moga Allah mapunkan dosa kita dan menerima semua ibadat kita. Ameen

No comments:

Post a Comment