Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, April 26, 2013

Bila fikrah berbeza


Membaca posting diFB sungguh menjadi sesuatu yang mengasyikkan terutama bila membaca komen-komen yang diberi. Apalagi bila musim pilihanraya semakin dekat maka banyak komen-komen yabg berunsur negati dan positif diberi. Di sini dapat kita menilai sesoerang indiviu, apakah fikrah mereka dan apa yang mereka faham serta fikir. Saya diri sendiri hanya memberi komen bila betul-betul dirasakan perlu, selebihnya saya lebih banyak membaca sambil lalu.

Apa yang mahu saya nyatakan disini, bila kita berlainan fikrah maka kita akan cenderung untuk tidak bersetuju dan tidak mahu memahami fakta yang diberi, bahkan kita mudah mahu menyalahkan fahaman dan prinsip yang didokong oleh orang lain. Lalu terbit rasa tidak puas hati dan membawa kepada masam muka. Walhal, dalam satu-satu hal ada perkara kita boleh berlapang dada dan menghormati pendirian orang lain.. Maka bila berlainan fikrah cubalah cari titk temu yang sama dipersetujui, elakkan sengekta..Saling meraikan antara satu sama lain. Selebihnya doa kepada Allah agar kita dan mereka yang berlainan fikrah diberi hidayah oleh Allah untuk berada pada jalan yang benar.  

No comments:

Post a Comment