Saya terbaca di wall seorang penulis terkenal memperkatakan tentang siapakah kawan kita? Adakah mereka sebenarnya sahabat atau mereka adalah musuh dalam selimut? Sesungguhnya ramai yang terkena dengan kawan sendiri. Kita menganggap mereka orang yang boleh dipercayai, mereka menjadi tempat suka dan duka.. malangnya mereka inilah yang menambah luka dan derita..
Bila memperkatakan tentang bersahabatan, sesungguhnya saya sendiri sering diuji. Lalu ia menyedarkan kita bahawa jika sebelum ini kita meletakkan sahabat, rakan taulan sebagai tempat bergantung maka kita sebenarnya silap. Tempat bergantung dan berharap hanya pada DIA.. Sahabat atau rakan sekadar menjadi penasihat bila perlu, menjadi peneman bicara dan sahabt juga adakala bolem memberi motivasi dan inspirasi. Kita manusia yang lemah mudah memberi kepercayaan kepada sahabat kerana kita ikhlas dalam membina hubungan.
Ada yang berkawan kerana mahu mengambil kesempatan, mempergunakan kita sebagai jambatan untuk memperoleh apa sahaja. Ada yang bertanam tebu dibibir mulut, ada yang sekadar berkawan mahu melepaskan dendam yang lama.. Realitinya tidak semua orang bersikap jujur. Kerana itu bila berkawan kita perlu sedikit "reserve'. Jangan terlalu mengharap kepada keikhlasan orang lain, tetapi yang penting kita diri sendiri perlu ikhlas dan jujur.
Walauapapun sekali pun tidak semua sahabat atau kawan kita menjadi lawan. Ada juga yang ikhlas berkawan. Ada juga yang berkongsi rasa yang sama. Allah biasanya akan memisahkan kita dengan sendirinya bagi yang tidak ikhlas bersahabat. Ia hadir dengan pelbagai sebab musabab.. Oleh itu hulurkan tangan kepada kawan kita dengan ukhuwwah fillah...Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment