Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, April 20, 2013

Sedari kelemahan diri sendiri


Hari ini  saya ditanya soalan cepumas, apa hukumnya bila kita mengatakan orang itu tidak masuk syurga, apa hukum jika kita mengatakan solat insan tersebut tidak diterima.. Jawapan saya mudah amalan yang kita lakukan baik dari segi keikhlasan dan kesempurnaan ibadat tersebut hanya Allah yang lebih mengetahui untuk menilainya. Jika mata zahir kita melihat perbuatan syirik secara terangan sekalipun maka berdoalah agar dia diberi hidayah. Tegurlah setakat yang kita mampu jika tidak dengan anggota maka dengan lidah, jika tidak mampu maka berdoalah unutk mereka. Jika mengatakan orang ini begitu, orang itu begini.. maka malang buat kita bila hanya mencari kelemahan yang ada pada orang lain. Jika seklai terfikir mahu mengata tentang kelemahan orang maka 10 kali kita perlu menilai dan muhasabah kelemahan diri kita sendiri. Ingatlah, jangan rasa bangga dengan amalan yang dlakukan kerana kita tidak tahu adakah DIA menerima semuanya. Saya sendiri tidak pernah hilang rasa takut.. takut Allah tidak menerima amalan yang dilakukan, risau ia belum sempurna kerana hakikatnya ia belum sempurna.  



Masih saya ingat seorang hamba Allah amat tidak bersetuju dengan ulama hebat iaitu Imam Al Ghazali kerana kata beliau dalam tulisan Al Ghazali iaitu buku beliau Ihya Ulum al Din terdapat hujjah yang mengambil hadis-hadis dhaif. Apalagi tesis saya juga banyak merujuk buku-buku Imam Al Ghazali. Saya sekadar diam kerana tidak mahu berhujjah panjang, tetapi jauh di sudut hati jika dibanding Al Gahzali dengan diri beliau atau saya...maka sudah pasti jauh lagit dengan bumi. Imam Al Ghazali begitu besar jasanya pada Islam. Saya sekadari nsan kerdil.. bukan tidak boleh mengkritik bila ada silap.. tetapi takut untuk memperkatakan kelemahan orang lain walhal diri sendiri lebih-lebih lagi banyak kelemahannya.

Lalu jika terdetik menghina orang lain, mengata dan mengadu domba kelemahan sahabat-sahabat kita, beristhgfarlah.. berdoa agar Allah menjaga kita dan mengekalkan kita dalam kebaikan.. dan menjauhkan kita dari kemungkaran. Kelemahan yang ada perlu diraikan dengan menambah nilai padanya. Kelemahan itu bukan untuk diberi alasan untuk tidak berubah kerana kita perlu berubah ke araj yang lebih baik . Mari sama-sama kita muhasabah diri.. satu jari menunding kesilapan orang lain..3 jari menghala kepada diri sendiri.. 

Sesungguhnya kita sering menzalimi diri sendiri. Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment