Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, April 5, 2013

Ibu Bapa Adalah Role Model : Mengajar Anak Membaca dan Menghafal Quran


Hari ini Iman berdepan cabaran menggalas tugas mewakili sekolah untuk pertandingan hafazan peringkat sekolah-sekolah JAIS di zon Kuala Selangor. Pada mula mendapat tarikh Iman sudah meminta supaya di hantar ke tempat pertandingan. Saya katakanpadanya In sya Allah jika tiada aral. Hari berlalu dan Iman seperti biasa santai sahaja. Bila di minta memperdengarkan bacaan dia tidak mahu, bila diminta untuk saya ajarkan tajwid dan makhraj bacaanya maka dia akan berdiam diri dan masuk ke biliknya supaya saya tidak mendengar bacaanya. Iman lebih suka bersama ustaz Ustaz Zamil yang menjadi ustaz disekolah agama serta guru tahfiznya. Itulah sikap anak-anak yang adakala lebih selesa dengan guru dibanding ibu bapa.


Sebagai ibu, saya cuba tidak memaksanya, lalu apa yang saya lakukan, surah yang perlu dihafalnya dan yang akan disoal dalam pertandingan mana yang saya hafal maka saya akan baca sewaktu solat berjemaah bersama Iman. memandangkan bertujuan mengajar baccan al Quran kepada anak, maka saya membaca dengan sedikitk uat agar beliau boleh mengikuti cara bacaan dan juga gaya aluanan panjang pendek sesuatu ayat. Ternyata apa yang saya ajar secara tidak langsung telah diikuti oleh Iman. Mana tidaknya semalam adalah sesi latihan untuk semua acara, rumah saya hanya sebelah sekolah agama temapt Iman belajar. Sewaktu giliran Iman memperdengarkan bacaan ayat hafazan, ternyata dia mengikut apa yang saya ajar. Walaupun hanya mendegar dari rumah tetapi saya sungguh berbesar hati kerana contoh teladan yang ditunjuk secara tidak langusn itu sebenarnya diikuti oleh Iman secara senyap-senyap walaupun seperti luarannya dia menolak.. 

Pada saya menang atau kalah pertandingan itu bukan satu perkara yang utama, apa yang pemting adalah bagaimana mendekatkan anak-anak dengan al Quran dan menjadikan bacaa al Quran iru sebagai sesuatu yang sebati dengan diri mereka. Apabila anak-anak menghafal al Quran maka sebagai ibu saya sendiri yang bukanlah Hafizah secara tidak langsung akan terpanggil untuk sama-sama menghafal surah-surah panjang bersama anak-anak. Hari ini saya tidak dapat bersama Iman ke tempat pertandingan berkebetulan ustaz telah menyediakan satu bas unutk pelajar yang bertanding. Iman pergi dengan penuh harapan. Moga Allah memberi kekuatan, kesabaran, dan kefaqihan kepada Iemah Ihsan untuk menjadi seorang bakal Hafiz suatu masa nanti.  
Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment