Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, April 3, 2013

Jauhi Hasad Dengki


Sesungguhnya sifat hasad dengki ibarat api memakan daun yang kering. Maka begitulah pesan Nabi Muhammad SAW agar kita mengelakkan sifat dengki terhadap saudara kita. Ini kerana dengan sifat dengki itu ia boleh menghapus segala amalan kebaikan yang ada. Sifat hasad dengki amat tercela, kerana adanya sifat ini akan menyebabkan seseorang tidak bahagia dan tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Individu yang ada sifat hasad dengki lebih melihat apa kelebihan yang ada pada orang lain dan sentiasa mencari-cari kekurangan yang ada padanya. Ia boleh membawa kepada penyakit luaran di mana individu boleh bersifat tidak rasional apabila ada perasaan dengki, cemburu dan dendam kesumatnya memuncak. 


Oleh kerana sifat dengki ini ada juga yang sanggup menggunakan bomoh dan sihir untuk menjatuhkan orang yang mereka dengki. Dek sifat dengki ini individu menempah gandaan dosa yang berganda-ganda, dari pada menanam sifat yang buruk kepada saudaranya, melakukan perbuatan terkutuk kerana mahu melihat orang lain gagal dan ketiganya syirik kepada Allah Azzawajalla.Bberdoalah agar kita dijauhkan dari sifat mazmumah seperti hasad dengki. Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment