Topik yang mahu saya kongsikan hari ini adalah berkenaan perbelanjaan, apakah selama ini kita berbelanja kerana keperluan atau kemahuan. rata-rata kita perhatikan setiap kali mendapat gaji maka akan penuh tempat membeli belah dengan pengnujung yang bershopping. Ada juga yang bertukar perabot serta peralatan rumah semara-mata kerana jiran sebelah sudah beli yang baru. Pernahkah anda terfikir sewaktu mahu membeli sesuatu barangan itu kerana anda betul-betul perlu atau sebenarnya kemahuan dan nafsu diri yang menguasai...
Kadang-kadang bila kita suka mengunjungi tempat membeli belah, walaupun adakala duit tidak mencukupi tetapi kita terdorong menggunakan duit plastik... (kredit kad). walhal kita tiada budget untuk semua itu, namun kerana terdorong dengan jualan murah, melihat orang lain juga berpusu-pusu membeli maka kita secara tidak sengaja ikut sama membeli biarpun ia bukan satu keperluan yang mendesak.
Terus terang saya katakan, saya antara orang yang tidak suka berkunjung ke gedung membeli belah jika tiada sebab yang tersedak.. mungkin sewaktu tiba hari raya. Sama juga ke pasar malam, jika orang suka berkunjung tetapi tidak saya... Ini bukan bermakna duit saya tidak kehabisan, cuma saya lebih melihat kepada keutamaan bila membeli. Pada saya membeli buku-buku lebih berbaloi dari membeli tudung yang pelbagai trend.. Saya perhatikan terutama wanita suka menghabiskan wang semata-mata mengikut fesyen dan trend semasa..tetapi herannya bila bercakap tentang menambah ilmu tidak berminat.. contoh jika ditawarkan membeli buku yang harga rm10 ada yang lebih memilih membeli tudung..hingga ada yang mencecah ratusan ringgit...
Mungkin tidak semua berbelanja mengikut nafsu, tapi rata-ratanya begitu.. lalu hidup akan sentiasa kesempitan.. banyak perkara tidak mampu dilaksanakan.. jika duit yang dibelanjakan membeli pakaian yang tidak berapa perlu.. (contoh setiap bulan perlu ada baju baru) maka alangkah bagus jika duit tersebut digunakan untuk menabung bagi menunaikan haji (jika masih belum melaksanakan)... saya heran melihat wanita yang bergaya dan sering berbelanja besar tetapi bila ditanya tentang persediaan menunaikan haji jawapannya duit belum mencukupi.. Terdetik dihati saya bagaimana kita mahu mencukupkan duit ringgit jika kita berbelanja mengikut kemahuan dan bukannya mengikut keperluan...
Hidup perlu bertarget.. perlu ada matlamat yang jelas... saya dari dulu berazam untuk dapat melaksanakan haji sebelum usia saya 35 tahun... ia satu perkara yang pastinya sukar jika saya tidak berusaha dan menabung duit ringgit yang ada... kerana gaji bukanlah besar sekadar cukup untuk makan pakai.. saya sendiri belajar ke tahap master dan phd tidak menggambil biasiswa tetapi menggunakan duit ringgit sendiri,.. bagaimana ini saya mampu lakukan?... ia tudak mudah jika kita ada banyak kemahuan.. saya ada banyak kemahuan tetapi saya letak kemahuan saya mengikut keutamaan.. belajar adalah satu kewajipan..menunaikan haji ke Mekah jika mampu pergi lebih awal itu lebih bagus dari pergi di usia tua... Untuk mencapai apa yang dihajati.. kita perlu kesampingkan perkara yang kurang penting.. apa yang kurang penting? Tanya diri anda sendiri.. Fikir-fikirkan adakah kita berbelanja kerana keperluan atau kerana kemahuan?
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment