Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, April 12, 2013

Didik anak-anak dengan cara hidup Islam


Ramainya ibu bapa merungut anak-anak tidak mendengar kata, tidak mahu ikut cakap, ditegur tidak boleh, tidak ditegur serba salah. Ini bukan hanya semata mereka yang mempunyai anak yang masih kecil tetapi anak-anak yang sudah diusia remaja. Jika anak-anak masih kecil kita masih mampu memperbaikinya dan mentarbiyyah mereka, tetapi bila anak-anak sudah remaja dan meningkat dewasa maka ia akan menjadi lebih rumit. Anak-anak sudah ada pemikiran sendiri. Sebab itulah pepatah menyebut "melentur buluh biarlah dari rebungnya".



Bila anak-anak tidak dididik dan diasuh dengan cara Islam maka jangan marah bila dewasa mereka memilih cara mereka. Salah siapa sebenarnaya? Maka sudah pasti ibu bapa yang pertama perlu bertanggunjawab. Saya perhatikan ada ibu bapa yang tidak mendisiplinkan anak mereka dari kecil seperti cara bergaul, cara berpakaian dan sebagainya, maka anak-anak bila remaja dan dewasa mereka tidak mahu mengikut cara Islam walaupun di suruh oleh ibu bapa. Ada juga segelintir ibu bapa yang mereka sendiri tidak mengikut cara Islam sewaktu muda maka bila umur meningkat barulah mereka insaf. Dan terasa mahu mengajak anak-anak juga turut berhijrah, namun bertemu dengan kesukaran apabila anak-anak sudah dewasa. Ini termasuk juga dalam hal-hal ibadat seperti solat dan puasa. Ibu bapa yang begini sudah pasti tidak boleh disalahkan seratus peratus kerana mereka lambat menerima hidayah, lenih-lebih lagi jika mereka sendiri sebelum dididik dengan bukan cara hidup Islam oleh ibu bapa mereka. 
Namun saya secara peribadi agak hairan dan terfikir kenapa ada dikalangan ibu bapa yang sudah ada didikan agama, tetpai anak-anak tidak diberi didikan agama yang sepatutnya. Ibu bapa yang sudah faham hukum hakam tetapi seperti tidak kisah anak-anak melanggar batas agama. Maka pada siapa harus dipersalah? Adakah kerana ibu bapa sudah terhakis ilmu agama di dada... atau diri sudah alpa..maka cara hidup Islam sudah tidak sinonim lagi dengan diri dan keluarga... Alangkah malangnya diri kita jika begitu keadaannya. Pembaca budiman, saya juga tidak sempurna. Masih dan sentiasa perlu mencari resepi pelbagai untuk mendidik anak-anak dan mentarbiyyah diri sendiri terutamanya, ahli keluarga serta masyarakat agar kita semua sama-sama menjaga dan menghayati cara hidup Islam yang sebenar. Moga Allah menjauhkan kita dari apa neraka dan menempatkan kita semua di Jannah. Ameen

No comments:

Post a Comment