Slogan syariah compliance sering dlihat dari segi produk, cara pemasaran dan sebagainya.. hingga ada yang terlepas pandang amalan ibadat.. jika itu tidak dijaga maka ia tidak lagi syariah compliance.. Bila ibadat solat, zakat dijaga maka bila berniaga ia seperti menanti rezeki... jika kita lalai maka biar rezeki hasil perniagaan mencurah-curah tetapi ia pergi seperti air lalu..kerana tiadanya keberkatan. Pengalaman sendiri bergaul dengan ahli bisnes yang telah berada ditahap jutawan sewaktu usia muda memberi banyak pengajaran kepada diri... Ia juga banyak membantu saya menulis buku 10 Tokoh Usahawan Muslimah. Ia memberi saya nilai yang besar dalam hidup bahawa berniaga itu boleh membawa kita ke pintu syurga dan juga boleh membawa kita ke jurang neraka... Maka mari kita sama-sama muhasabah agar kita sentiasa dilindungi Allah dari perkara mungkar. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Friday, April 19, 2013
Mencari Barakah dalam Perniagaan
Slogan syariah compliance sering dlihat dari segi produk, cara pemasaran dan sebagainya.. hingga ada yang terlepas pandang amalan ibadat.. jika itu tidak dijaga maka ia tidak lagi syariah compliance.. Bila ibadat solat, zakat dijaga maka bila berniaga ia seperti menanti rezeki... jika kita lalai maka biar rezeki hasil perniagaan mencurah-curah tetapi ia pergi seperti air lalu..kerana tiadanya keberkatan. Pengalaman sendiri bergaul dengan ahli bisnes yang telah berada ditahap jutawan sewaktu usia muda memberi banyak pengajaran kepada diri... Ia juga banyak membantu saya menulis buku 10 Tokoh Usahawan Muslimah. Ia memberi saya nilai yang besar dalam hidup bahawa berniaga itu boleh membawa kita ke pintu syurga dan juga boleh membawa kita ke jurang neraka... Maka mari kita sama-sama muhasabah agar kita sentiasa dilindungi Allah dari perkara mungkar. 
No comments:
Post a Comment