Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 18, 2013

Apa ertinya berjiwa besar



Sewaktu kecil kita di dodoi dan di tatang oleh ibu bapa. Mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Diberi pelajaran agar menjadi orang terbilang. Harapan tidak pernah putus agar kita bakal muncul menjadi orang yang berjaya. Lalu kita manggapai apa yang mahi dicapai. Lalu tidakkah terasa diri mahu berbakti kepada insan yang telah berkorban jiwa dan raga kepada kejayaan kita hari ini?



Anak-anak sekarang leka dengan hiburan sekeliling. Hingga mereka tidak rasa mahu berbakti kepada ibubapa. Kepentingan diri lebih diutamakan apalagi mahu membalas jasa sebelum ibubapa mentup mata. Kenapa demikian kerana kita TIDAK BERJIWA BESAR. Impian kita untuk memberi kepada orang yang kita sayang sederhana sahaja. Kita lebih memikirkan apa yang kita suka, dari memikirkan apa yang terbaik boleh kita beri kepada kedua ibubapa yang tidak pernah menghampakan kita.
Sepanjang saya menuju kedewasaan, saya melihat bagaimana ibu saya gigih berusaham bekerja tanpa ada cuti semata-mata mahu meamstikan saya berjaya. Apabila berjaya ke universiti saya seringkali berimpian agar dapat membalas jasa ibu biarpun tahu ia tidak akan terbalas segala curahan kasih sayang dan pengorbanan. Jauh disudut hati saya tahu beliau sangat mengimpikan untuk menunaikan haji. Dan saya sendiri mengumpul duit biasiswa JPA untuk memastikan saya dapat menyumbang kepada ibu, walaupun tidak seberapa. Sewakti di universiti saya bekerja part-time untuk mendapat lebihan duit. Setiap kali memperoleh duit pada awal semester saya akan pastikan kiraan mencukupi untuk membeli buku serta keperluan makan minum. Baki yang ada saya akan simpan. Sepanjang belajar saya tidak pernah meminta duit belanja dari ibu. 

Sewaktu zaman saya belajar setiap orang ada walkman, itu satu bentuk hiburan pada waktu itu. Namun saya haramkan kepada diri saya untuk membeli perkara yang membazirkan duit kerana saya tahu setiap apa yang saya lakukan ia mengingatkan saya kepada keringat ibu yang tidak putus mengalir bekerja demi menyara anak-anak. Allah mendengar segala doa, dia memakbulkan.. akhirnya ibu dapat menunaikan haji bersama saudara mara pada tahun ke dua saya di univerisiti. Dengan sedikit duit biasiswa yang disimpan duit itu saya hulur sebagai duit saku kepada ibu walaupun beliau tidak mahu menerima...  Mengenang jasa ibu yang balu diusia yamg masih muda dan membanting tulang membesarkan anak-anak menyebabkan saya terpanggil untuk berazam agar satu masa tugas saya bila dewasa adalah membahagiakan ibu..

Apa yang saya katakan bukan mendabik dada mengatakan bahawa saya anak yang baik... ya saya masih banyak kekurangan dalam melayani ibu, apa yang saya lakukan agar anak-anak bakal menghargai dan mentaati ibu bapa mereka. Saya amat percaya kita adalah apa yang kita beri. Kerana itu saya merasa amat ralat melihat anak-anak zaman sekarang kurang jati diri, kurang rasa mahu membalas jasa, tidak berjiwa besar. Seronok mengejar material dan hiburan lalu pengorbanan ibu bapa dilupakan, walhal sewaktu kecil hingga dewasa ibubabap menatang bagai minyak yang penuh. Imgatlah, hidup hanya sementara, waktu yang ada perlu diambil peluang, kita tidak pasti sama ada ibu bapa kita atau kita yang pergi terlebih dahulu.Oleh itu jika mahu membalas jasa bersegeralah jika ada waktu dan peluang.
Wallahuaalam  




No comments:

Post a Comment