Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 25, 2013

Masa dan amalan

Masa cepat berlalu, adakala ia beredar tidak kita sedari lantaran banyak perkara mahu dilakukan. Ia sering menghambat diri hingga lelah datang menjengah, pun urusan masih jua tidak selesai. Sesekali termenung sejenak lalu terbit rasa kebimbangan dan kerisauan adakah masa utk menghirup udara di bumi ini masih lama buat diri atau ia tinggal beberapa detik lagi? Terdetik pertanyaan adakah cukup sempurna amalan yang dibuat atau masih banyak yang perlu dilaksana.. Segala persoalan bila dia ajukan, membawa rasa diri amat kerdil mahu menyemuprnakan segala..terasa diri amat bersalah sering alpa dengan dunia yang tidak menjanjikan apa-apa.. Dia memberikan segala, tetapi kita makhluk sering lupa melaksana janji dan tuntutan. Ampunkan kami Ya Allah atas segala kelalaian.. beri kami kekuatan untuk melaksanakan, masukkan kami dalam golongan orang yang soleh.Amen.

No comments:

Post a Comment