Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, April 28, 2013

Trauma dan cara mengatasinya


Bila hilang seseorang yang disayangi dalam sekelip mata ia satu perkara yang boleh memberi kesan kepada emosi individu. Salah satunya membawa kepada trauma pada diri seseorang. Ini juga menjadikan mereka murung dan sentiasa dalam kesedihan. Seorang hamba Allah yang  kehilangan saudara terdekat kerana mati lemas sampai sekarang takut untuk berada berhampiran pantai, bahkan ada yang kehilangan anak yang mandi manda di air terjun lalu lemas di bawa arus juga serik mahu ke tempat berkenaan. Inilah kesan trauma kepada individu yang terlibat. 



Bagi memastikan mereka yang berada dalam keadaan trauma, seseorang perlu belajar menerima hakikat kehidupan. Mungkin ia seperti ayat yang mudah bagi yang tidak mengalami, tetapi itulah perkara yang perlu kita terima sabagai seorang yang bergelar Muslim, iaitu hakikat kamatian itu mudah. Allah boleh mengambil nyawa makhluknya dengan pelbagai cara. Bila kita boleh menerima hakikat kematian orang tersayang maka secara beransur kesedihan itu akan hilang. Memang tidak dinafikan memori akan tetap terpahat kukuh diingata kepada si mati ,namun individu tidak boleh membiarkan diri dibuai kepada kenangan semata. 

Hidup perlu diteruskan, itulah kata-kata azimat yang sering kita dengar. Sememangnya itula perkara yang perlu kita fikir, keghidupan orang yang masih hidup masih panjang, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Jika masih ada kesan trauma pada diri ia boleh dihilangkan dengan pelbagai cara. Banyak cara yang dianjurkan oleh pakar-pakar teraphy barat namun salah satu cara yang dianjurkan Islam adalah setiap kali ingatan kepada perkara yang menghantui itu datang maka elakkan dengan cara beristighfar. Zikir amat membantu menenangkan perasaan. Selain itu individu perlu menceriakan diri dengan bergaul dengan orang-orang yang positif serta boleh memberi motivasi. 

No comments:

Post a Comment