Satu dalam seribu?
Akukah itu?
Bagaimana mahu itu?
Apakah layak bagiku?
Belum tentu...
jika sekadar berguru
tapi kedekut ilmu
Belum tentu
jika sekadar menunggu
bulan jatuh ke ribamu..
Belum tentu
jika sekadar mahu
tapi tiada usaha dari mu
Satu dalam seribu
digenggam dalam kalbu
dikejar tanpa jemu
dipasang niat yang satu
aku mahu
menjadi terbaik dikalangan beribu
terpilih dikalangan kamu
pasti menjadi nyata
penentu dari DIA.
Nukilan; ummu ieman ihsan
No comments:
Post a Comment