Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 18, 2013

Gagal bermakna belum berjaya, bukan bererti gagal selamanya


Ramai terkecewa dan berduka saat kehendak tidak tercapai, maksud tidak tersurat, cita-cita terkandas, impian terlerai, harapan berkecai... kenapa demikian? 
Bila mengimpikan sesuatu perkara yang ingin benar kita capai maka berpadalah dalam memberi harapan. Kita boleh berdoa tetapi jangan lupa diselitkan bersamanya apa yang kita hajati itu diperkenankan seandainya ia " baik untuk DUNIA DAN AKHIRAT kita disisi Allah Taala". Kita sering melihat sesuatu dengan mata kasar bukan mata hati, kita juga sering menilai berdasarkan nafsu dan bukannya iman, kita juga mentafsir menggunakan akal semata-mata tanpa berdasarkan ilmu yang hakiki. 
Maka bila berimpian dan meletakkan harapan, sandarkan pada Allah. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita, DIA Maha Mengetahui disebalik setiap kegagalan, dan dia juga Maha Mengetahui disebalik setiap kejayaan. Kejayaan atau kegagalan dalam mencapai sesuatu perkara ada hikmah yang besar jika dihayati dan difahami.    
Mari mengisi harapan dengan memanjatkan kesyukuran dengan apa jua pemberian Allah kepada kita. Jika kita redha pasti ada hikmah besar yang menanti. Berkata itu mudah tetapi memenuhinya itu susah. Jatuh mahu bangkit itu susah bagi yang tidak merasa. Percayalah setiap orang ada cerita tersendiri. Namun mereka tidak menunggu lama supaya orang lain menarik tangan untuk berdiri kerana sedar dan tahu bahawa hidup ini pentas ujian. Ia mengajar diri untuk menerima setiap sesuatu   Hidup sesungguhnya hanya sementara. Tidak perlu diratap apa yang tidak mampu dicapai. Bahkan perlu mencuba sedaya upaya dengan penuh keyakinan serta percaya Allah tidak akan menggagalkan hambaNya. Ameen


No comments:

Post a Comment