Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, April 27, 2013

Tanggungjawab dalam kehidupan

Hidup ini datang bersamanya tanggungjawab yang perlu dilaksana, baik tanggungawab kepada Allah dan juga kepada sesama makhluk. Jika diperhatikan kenapa dunia sering berdepan dengan pelbagai masalah, ini berlaku kerana segelintir tidak menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya mereka penuhi, Seorang bapa bertanggungjawab menyara keluarga namun tidak dipenuhi, ibubapa bertanggunjawab mendidik dan mentarbiyyah anak-anak namun ia diabaikan, pemimpin bertanggunjawab membawa kedamaian namun tidak melaksanakan, pekerja bertanggungjawab bekerja dengan amanah, tetapi tidak dipenuhi serta pelbagai lagi bentuk tanggnugjawab yang mana ia tidak dilaksanakan, bahkan ada yang langsung tidak mengambil peduli. 


Paling malang apabila seorang anak yang bertanggungjawab menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua dan tidak bermaya tetapi tidak dipenuhi, apalagi hamba yang tidak melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Rabbnya.. Lalu mereka inilah yang membawa musibah dan masalah. Jika mereka ini sedar dengan amanah yang perlu dipikul maka dunia akan pastinya aman.Kehidupan akan menjadi lebih harmoni. Oleh itu mari sama-sama kita muhasabah adakah kita tahu tanggnugjawab yag perlu kita galas? Cuba perhatikan adakah masih banyak yang perlu kita laksanakan? Adakah kita telah melaksanakanya dengan sebaik mungkin? Adakah kita peduli dengan tanggnugjawab ke atas diri kita atau kita mengelak dari melaksanakannya? Tahukah kita dosa dan balasan bila tidak melaksanakan tanggnugjawab?

Persoalan-persoalan yang dilontarkan adalah satu cara untuk kita mengenalpasti adakah kita telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Ingat kita akan dipersoal di akhirat nanti. Di dunia ,ungkin kita boleh terlepas tetapi di akhirat kita akan menerima seksaan dan balasan yang hebat. Pemimpin, suami, ibu bapa, anak-amak, warga negara, masyarakat, jiran tetangga, sahabat handai.. selagi namanya makhluk yang bernafas dan diberi akal maka selagi itulah kita punya TANGGUNGJAWAB DALAM KEHIDUPAN.
Wallhuaalam  

No comments:

Post a Comment