Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, April 1, 2013

Meraikan Perbezaan Dengan Berhemah (PRU 2013)


Salam ukhuwwah,

Memperkatakan tentang PERBEZAAN PANDANGAN/PENDAPAT baik antara adik beradik, suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, pekerja dan majikan, sahabat dan sebaginya adalah perkara yang sering berlaku. Jika ia tidak ditangani dengan baik maka akan terjadilah sengketa, bermasam muka, kata mengata, caci mencaci, dendam dan sebagainya.

Dalam konteks meraikan perbezaan baik pandangan, pendapat, pemahaman terhadap sesuatu perkara maka kita tidak boleh terlalu emosi dan dipengaruhi oleh persepsi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak baik maka kita juga tidak boleh terlalu jumud dengan pendirian sendiri. Kita juga perlu lebih terbuka terhadap fakta yang ada. Ketepikan rasa ego yang ada dalam diri serta jangan merasakan kita betul dalam semua perkara. Perbezaan yang ada perlu dilihat secara positif. perlu dipertimbang sewajarnya pro & cons.. 
Setiap perbezaan jika dilihat dengan positif akan mendatangkan perkara yang baik kerana ia dapat menjana idea baru, ia dapat memperkukuhkan hubungan yang kian terlerai jika dapat ditangani. Oleh itu jika ada perbezaan dengan insan yang ada sekeliling kita maka lihat dan nilai dengan mata hati bukan dengan emosi... Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment