Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, July 29, 2012

Hadiah Hari jadi




Detik yang berlalu pejam celik-pejam celik bertambah usia. Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk berkongsi. Setiap kali tibanya tarikh kelahiran maka sudah pasti kita ternanti-nanti apa hadiah yang bakal diberi oleh orang tersayang. Pada saya hampir semua orang seronok mendapat hadiah. Tetapi perlu diingatkan bahawa menyambut hari kelahiran itu haram di sisi Islam.
Berkongsi sedikit cerita dengan anda pembaca, sebenarnya dari semalam suami saya sibuk unutuk singgah di kedai gadjet.. (kedai telefon).. Katanya telefon saya ni tidak berapa berfungsi dengan baik keynotenya.. Saya pula dari dulu tidak berminat dengan gadget2 sprt telefon.. pada saya memadai ia boleh berfungsi untuk menghantar dan menerima maklumat atau panggilan.
Jika orang sudah lama memakai BB saya baru tak smapai setahun.. jika orang sekarang sibuk dengan samsung galaxy.. iphone yang terkini (bla..bla... apa sahaja gadjet yang ada) hati saya tidak tergila-gilakan smeua itu. Semalam suami saya mencadangkan/offer kepada saya untuk belikan.. tapi saya kata saya tidak mahu.. Agaknya pasti ramai yang mengatakan ruginya saya menolak tuah.. Pada saya, itu semua tidak penting.. ada banyak perkata yang lebih penting.. Pada saya dalam hidup kita pelru ada prioriti.. daripada asyik menukar handphone (yang sudah pastinya sering berubah dengan pantas) lebih membeli sesuatu yang manfaat contohnya buku-buku.
Jauh disudut hati.. saya menantikan satu hadiah buat diri sendiri... ia bukan bersempena tarikh kelahiran saya mengikut kalendar masehi.namun hadiah dari sebuah perjuangan... sungguh datangnya Ramadhan  kali ini memberi satu harapan yang amat bermakna buat saya bukan sebagai HADIAH HARIJADI tapi hadiah untuk satu PENGORBANAN....

Masa dan Kesempurnaan Tanggungjawab


Banyak yang mahu saya kongikan kepada pembaca, tetapi waktu di bulan Ramadhan ini amat suntuk sekali. Setiap orang saya percaya sama seperti diri saya..mengejar waktu baik sewaktu pergi kerja mahupun balik kerja . Jalan raya bila menjelang lima petang akan mula berlakunya kesesakan. Kita sentiasa terpaksa mengejar waktu.

Anda yang menjadi ibu bekerja seperti saya pastinya menempuh perjalanan ramadhan yang sama, iaitu ingin menyempurnakan segala tugasa rumahtangga dan juga di temapt kerja. Dalam masa yang sama kita ingin mengambil masa yang ada di bulan Ramadhan ini untuk sebanyak mungkin melakukan ibadat. Harapan dan sandaran agar Ramadhan kali ini lebih sempurna ibadatnya dibanding Ramadhan yang lalu pasti ada di sudutu hati.

Sungguh kita dihimpit masa yang amat pantas berlalu. semakin kita kejar semakin pantas ia pergi... mengingat hal ini saya memetik kata-kata saidina Ali.. bahawa masa itu ibarat pedang, jika kita tidak menggunakannya ia akan membunuh tuannya sendiri... Samalah dengan masa, jika tidka digunakan sebaik mungkin maka masa itu akan membunuh kita.. jika kita leka dengan keadaan maka kita akan gagal dalam perlaksanaan matlamat.

Ya Allah moga Dia mempermudahkan kita dalam segala hal, memberi kita peluang untuk memanfaatkan masa yang ada ini dengan sebaik-baik pengisian.
Wallahuaalam.

Travelog Ramadhan : Mencari Lailatulqadar


Kita digalakkan mencari malam lailatulqadar.  Sesiapa yang mencari malam lailatulqadar itu maka carilah pada malam yang ganjil pada 10 malam akhir Ramadhan.
Rahsia mendapat malam Lailatulqadar adalah konsisten dalam ibadat dari awal Ramadhan. Istiqamah.
Bagaimana mahu konsisten/istiqamah/berterusan dalam Ibadah. Imam Nawawi dala Riyadhus Salihain : “ Katakanlah aku beriman dengan Allah dan istiqamah”. Istiqamah ini seperti bangun malam, tadarrus,
Caranya adalah mencari orang yang istiqamah dalam ibadat supaya kita juga istiqamah.
Sebagaimana mafhum hadith “Manusia di atas agama rakannya”. Selain itu kita melihat kepada janji Allah. Ia mendorong kita untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Contohnya anugerah yang ada dalam bulan Ramadhan, caranya adalah buat cek list atau senarai semak apa ibadat yang boleh kita gandakan pada bulan Ramadhan.

Tazkirah Ramadhan

Wednesday, July 25, 2012

Travelog Ramadhan : Berpesan ke arah Kebaikan

Memetik pesanan dari seorang sahabat
Salam Ramadhan; cek ourselves: al-Quran dah berapa juzuk, tarawih setakat ni full ke... b4 sahur smpat ke solat tahajjud at least 2 rakaat, mulut berpuasa jugok ke dri mengeluarkan prktaan yang tak sepatutnya, mata, telinga bla bla...alamak banyaknya check list! YA Allah bantulah kami untuk merebut peluang pahala kebajikan yang Engkau tawarkan ini...

Maka jawab seorang sahabat lagi…
Mungkin boleh tambah matlamat terpenting drp checklist ni, setakat mana semua yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini makin menjadikan kita lebih dekat kepadaNya & makin sayang kita kpdNYA sebab TAQWA (aqidah) hadaf puasa, bukan ibadah semata2 kerana ia hanya wasilah. Ini kerana dengan rasa sayang inilah, kita akan mampu istiqamah untuk 11 bulan yang lain selepas Ramadhan, sekiranya masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dunia

Alhamdulillah.. kita semua berpesan-pesan kearah kebaikan dan bakal diberikan ganjaran atas segala keikhlasan.

Kita Tidak Mampu Melawan Takdir


Banyak perkara dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan adakalanya kita perlu menyedari bahawa semua itu adalah ketetapan. Pelbagai usaha kita lakukan tetapi akhirnya keputusan yang sama kita peroleh. Pelbagai rencana kita penuhi namun hasilnya tetap sama. Dipenghujung semua itu hakikatnya adalah ketetapan dari Allah,

Maka diri perlu menyedari dan pasrah dengan hakikat bahawa kita ini insan yang lemah. Kita sekadar mampu berimpian ,dan berusaha menjadikannya satu kenyataan. Disebalik segalanya ada Kuasa yang Maha hebat yang menjadi penentu. Jawapan yang ada..Dialah yang akan menjawab segala persoalan..Dialah yang mampu menggagalkan kita setelah kita berusaha, berikhitar dan berdoa.

Sedari itu, kepada Dia sebaik-baik tempat kita meletakkan harapan. Hanya DIA... Ya Musowwir
"Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (memperelokkan) dan dia telah memulakan kejadian manusia berasal dari tanah;" (as-Sajdah [32] : 7)

Sunday, July 22, 2012

Tips Mendidik Anak Khatam Al Quran Seminggu Sekali



Menerapkan input positif kepada anak-anak sebenarnya bukanlah susah. ia tidak perlu dengan cara verleter atau bercakap perkara yang sama berulang kali. Ada masa anak-anak akan merasa rimas dan bosan mendengar perkara yang sama. Ia seperti iklan komersial di radio/tv yang adakalanya membingitkan telinga dan menyakitkan mata bila tidak kena dengan gaya dan kehendak.


Belajar menyatakan pandangan atau berkongsi impian bersama anak-anak pada saya adalah cara yang paling berkesan setakat ini. Sebelum ini saya ada berkongsi dengan pembaca alangkah bagus jika boleh khatam Al Quran setiap minggu sebagaimana kisah Ustaz Hashim. lalu apa yang boleh orang lain buat saya jadikan azam pada diri sendiri. Cerita yang samaj uga saya berkongsi dengan anak-anak.  


Azam saya itu buka setakat omongan, sudah masuk tiga hari berpuasa saya cuba sedaya upaya meningkatkan pembacaan.Ruap-rupanya anak-anak memerhati, bahawa kita bukan setakat menyatakan kehendak atau cia-cita, tetapi dengan membuktikan caranya sama. Semalam sewaktu sedang saya membaca, Ieman datang kepada saya melihat saya sudah baca juzuk yang ke berapa... Alhamdulillah, Ieman masih mendahului Ummi

Sebenarnya saya agak terkejut mendengar kata-kata Ieman, lalu saya tanya, bila masa Ieman baca? (kerana balik dari surau saya tidak nampak dia membaca, kecuali waktu berbuka) Jawab Ieman dia membaca sewaktu hendak tidur, waktu di sekolah, selepas balik KAFA. 

Subhanallah, sungguh hati saya menyatakan tidak sangka impian saya ini moga menjadi impian anak saya juga, Ieman menyatakan bahawa dia bercita-cita mahu khatam Quran sebagaimana ummi cita-citakan. Apa yang saya kisahkan bukan untuk dibanggakan, Allah yang menilai segala apa yang kita lakukan. Kalian pembaca pasti lebih baik dari saya, saya amat kerdil dibanding orang lain dalam hal ibadat. Apa yang ingin saya nyatakan..kongsilah/tirulah mana yang baik..Binalah impian ,jadikan ia realtiti. apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita boleh dicapai dengan berani BERANI BERIMPIAN, SANGGUP MELAKUKAN DAN BERTINDAK ATAS KAPASITI DIRI SENDIRI.. 
Bagi yang punya impian seperti saya untuk khatam Quran seminggu sekali, saya terbaca satu tips di dalam FB, iaitu baca sekurang-kurangnya empat m/s sebelum dan selepas solat fardhu. InsyaAllah jika anda mencuba pasti berjaya. Apa yang penting bukan semata-mata baca, tapi perlu menghayati makna dan faham isi kandungan Al Quran. Biar ia meresap dalam diri agar membaca Al Quran boleh mentarbiyyah diri kita menjadi lebih baik dari semalam. 

Wallahuaalam.
ummu ieman ihsan

TRAVELOG RAMADHAN : MENINGKATKAN AMALAN IBADAT


Bagaimana menjadikan ibadat puasa meningkat dari puasa yang dulu? 
Hampir apa sahaja yang Allah perintahkan akan dimaklumkan ganjarannya untuk mendorong manusia
Ilmu syarat dan ilmu khasiat akan mendorong manusia beribadat bila mereka mengetahuinya. Semua perkara akan dihitung oleh Allah. Firman surah Luqman:
Setiap amalan anak  Adam untuk hari Qiamat melainkan puasa untuk Allah. Sebaik-baik balasan adalah :
1)Setiap puasa ada dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan keduanya kegembiraan ketika menyambut Aidil Fitri.
2)Tidur orang yang berpuasa adalah satu ibadat.
3)Amalan orang berpuasa akan diberikan syafiat oleh Allah di akhirat kelak, dan dijauhkan dari api neraka.

Saturday, July 21, 2012

TRAVELOG RAMADHAN : PERSIAPAN ILMU



TRAVELOG RAMADHAN : PERSIAPAN ILMU
Persiapan ilmu untuk menyambut Ramadhan. Al Ghazali dan ulama yang setiap amalan tanpa ilmu tidak akan diterima. Apabila ada ilmu maka adanya satu kefahaman ilmu. “Ahli kalam tiada ilmu tapi tiada kefahaman” . Ilmu bukan semata dalil tetapi kefahaman disebalik dalil tersebut
Ibnu Rajab Al Hambali membahagikan Ramadhan kepada 3 fasa. Setiap fasa itu saling berkait dan makin meningkat. Imam Shafie khatam Al Quran 60 kali pada bulan Ramadhan. Menurut  Dr Yusuf Al Qardawi Orang yang fasih membaca al Quran maka hanya akan mengambil masa lapan jam untuk khatam Al Quran.
Orang yan tidak meninggalkan keburukan dan kejahatan tidak akan mendapat apa-apa dari pahala puasa melainkan lapar dan dahaga. Oleh itu perlu ditigkatkan ibadat seperti mengaji/tadarrus Al Quran.

Thursday, July 19, 2012

10 Sikap Mazmumah Yang Dicela Allah



SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.



Dipetik dari www.ustazhar.net

TRAVELOG RAMADHAN : PERSIAPAN HATI




TRAVELOG RAMADHAN : PERSIAPAN HATI
Anggaplah sambut Ramadhan seperti menunggu sang kekasih, dan manfaatkan masa bersama yang mana ia hanya sebulan sahaja. Tempoh sebulan itu kita mengukir kenangan indah dengan ibadat.
Imam Al Ghazali mengatakan hati adalah raja kerana hatilah yang mengerakkan selurug anggota badan untuk melakukan kebaikan. Jika hati itu seronok melakukan ibadat maka baiklah keseluruhan pancaindera. Rasulullah bersabda barang siapa yang seronok menunggu kedatangan Ramadhan maka Allah akan mengharamkan api neraka ke atas dirinya.

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Di Perantauan

Ramadhan datang lagi untuk kesekian kalinya.Bila tibanya Ramadhan, insan yang berjauhan dari tanah air pastinya merindukan suasana menjalani ibadah puasa yang pastinya berbeza.

Setiap kali Ramadhan tiba maka penuh bazar Ramadhan di mana-mana ceruk tumbuh bagai cendawan.Semua jenis makanan dan juadah berbuka boleh dirasa.Bagi yang berduit akan berbelanja mengikut selera mereka.Bagi yang mengikat budget sekadar menjenguk menjamu mata. Namun ada ketika nafsu goyah juga dek nafsu yang ada,melihat semua sedap belaka.

Mengingatkan kenangan Ramadhan di tanah air pasti tidak sama dengan bumi Mesir ini.Kemeriahan tetap ada walau tiada keluarga di sisi.Bertemankan sahabat-sahabat yang sama pengajian pastinya menambah ceria serta menghilangkan sementara kerinduan yang ada.Memasak juadah berbuka secara sederhana dan ala kadar itu lebih baik sebenarnya. Mempraktikkan kesederhanaan dalam bab makan minum itu ajaran Rasulullah. Berbuka dengan "ruthob" sudah cukup memberikan tenaga.

Menyambut Ramadhan di kejauhan sudah pasti memberi pengalaman bermakna. Ramadhan mengajar untuk mentarbiyyah jiwa agar lebih dekat kepadaNya, mendidik fizikal agar tahan dan lasak dengan dahaga dan lapar serta mengenal diri agar lebih mengerti makna sebuah kehidupan.

Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Tuesday, July 17, 2012





Allah Berfirman dalam Surah Al Faatir ayat 2 maksudnya " Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tiada siapa yang dapat melepaskannya sesudah itu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Andai kita berputus asa dan kecewa dengan sikap segelintir individu kepada kita maka jika kita menghayati ayat di atas, sesungguhnya apa yang berlaku itu adalah atas kehendaknya. Jika kita dizalimi maka setiap kezaliman itu tidak akan berlaku ke atas kita melainkan atas kehendak dan takdir Allah.
Sama juga ada orang yang mengadu ditindas, dibuli, serta dinafikan haknya... Keadaan ini sama juga. Kita mahu dididik oleh Allah agar menerima segala ketentuan dengan sabar dan meletakkan sepenuh keyakinan kepadaNya. Selain itu kita di suruh bersabar dengan sepenuh hati serta meletakkan segala harapan kepada Allah semata.

Ramai kalangan kita apabila diuji dengan keadaan-keadan tertentu yang mana penyelesaian dicari dengan makhluk. Walhal realitinya makhluk itu sekadar memberi sebab musabbab. Penentu sebenar adalah dari Allah. Memhon pertolongan kepada manusia hanya satu ikhtiar, tetapi pertlongan sebenar hanya KEPADA ALLAH. Andai Allah belum memberikan kita balasan yang setimpal maka yakinlah pasti balasan itu akan diperoleh. Kebiasaannya apabila jiwa sudah berten uredha, hati sudah menjadi pasrah, emosi sudah boleh menerima ketentuan. Maka saat itu kitalah yang paling bahagia....

Monday, July 16, 2012

How To Build Your Self Confidence?





Building confidence and self-esteem is a process that needs a lot of effort, courage and patience. Confidence and Self-esteem is defined as the absolute faith in our self and our abilities. Confidence includes self-esteem and dignity and the belief that we are able to carry out and meet any challenge or dilemma in our life. Self-confidence is the way we talk to ourselves for ourselves!
The existence of self confidence and self esteem predisposes two interrelated concepts: the concept of internal competence and the sense of personal value i.e. Self-confidence and self-esteem, which together have resulted in the conviction that we live the life we deserve and if we do not live it, is in our hands to pursue it.
 People with confidence and high self-esteem have the following characteristics:
  • They believe in their abilities.
  • They solve their problems, and not just rest with worry for them.
  • They Face and eliminate their fears.
  • They have the ability to take calculated risks.
  • They Love and respect themselves.
The psychologists often indicate that almost all sectors of our lives - our happiness, our success, our relations with others, creativity, sexual life - is based on our level of confidence and self esteem. The more confidence we have, the more we achieve our objectives.
The confidence and high self-esteem is really valuable for those who have managed to acquire it. These people feel beautiful and they show it, they are effective and productive and react against themselves and to others with healthy, positive and evolutionary ways. They do not have insecurities and they operate knowing that they are capable of being loved and respected. They do not try to improve their self-esteem by reducing other people around them or humiliating them.
Build Self Confidence
To feel good about our lives and the way it evolves we need to change two basic things: how we see ourselves and our personal responsibility over our lives! If we face ourselves with denial and if we have too high expectations then the more likely we will believe that we are unsuccessful, unhappy, ineffective, unfortunate, etc. If we do not take responsibility for our actions and if we do not fight to make our wishes, then we are bound to believe that we have no control over our lives and our achievements, that we are at the mercy of fate and that we will never be happy! So we are doomed - doomed to live a life, which we do not appreciate, we do not respect, do not feel proud about it, and of course ... we do not want!

How can we see ourselves with other eyes and to take responsibility for our lives? How can we feel good about our lives and our achievements? How we can improve our confidence and self esteem? Starting from this moment you can follow these techniques that although seem simple can have tremendous impact on our psychology and the evolution of our lives:
Find the cause of the problem!
If something goes wrong in your life then ask yourself who is to blame, what you are doing wrong, what you can change, how can you learn more information to get a better picture, etc. Do not take anything for granted, and above all, do not take your life for granted! Question your behaviour, the methods you have learned to use, the way you think and operate, even question your values. Review your behaviour when you feel is appropriate and do not site back and hide behind the security of the current situation. The current situation is not necessarily the right thing for you. There are thousands of people who feel so much security in the current situation who do not dare to look the «unknown» happiness! Do not become one of them. You need to have courage to learn the truth and acknowledge your mistakes. You need courage to accept the imperfections and win the life that you would like!
Do not give up and do not give up your life!
Even if this time your life is not as you want, do not be discouraged. Fight for the life you want. There are always opportunities for you. There are always alternatives and other routes that can lead you right where you want to reach. Do not compromise using expressions of the type «so is life and I can not do anything». This is defeatism. You can do everything!Start managing your life now ....
Be honest with yourself!
Nothing is more valuable to your life than when you can accept your weaknesses and evolve your qualities. You are not the only one in the world who has difficulties and problems! We all have. Rather than grumble about your weaknesses you need to reconcile with them, face them and you win the first battle against them! The refusal and arrogance never helped anyone. You need to see yourself objectively.
Do not ever stop to learn!
You never know enough. No information is useless. You should learn as much as you can and never think that you know everything. The only thing certain is that if you spend all our life reading you will still have little awareness in front of the infinite knowledge that exists around us. So, you should not be dogmatic, do not reject other ideas and do not always think you are right. There is no surer way to destroy your life!
Do not expect anything, but always expect the best!
If you are constantly thinking of the future and you always wait for something to happen you lose the moment, which you may already have all these things that you are waiting for ... and simply you do not see them! Live the moment. Be creative now. Try something new now. Do not leave for the future what you can do from now. And be sure to have large reserves of optimism. Life always smiles back to those who deal with it with a smile. If you wait for the better ... you will get the best!
Care and protect what you love!
The people you love, your pets, your flowers, your friends and what makes you feel beautiful in life is precious. Make sure that you love, love and Protect and fill your life with more love. A life full of love is of great value...
Overcome your past!
A wonderful saying state: «The pass was yesterday, forget it! The present is here ... live and make the moment timeless! »The past cannot change, and in any case the past does not specify your future. Do not be discouraged by the past. Use today to make one more step closer to your happiness...
 

Sunday, July 15, 2012

Berbekalkan TEKAD


Hari ini sama seperti hari-hari semalam. Kesibukan belajar adakala menyebabkan Sarah terlupa segala kisah yang berlaku antara Sarah dan Khairul Hafizi. Mentelaah pelajaran dan menghadiri kuliah membuatkan Sarah terubat rasa rindu kepada kampun halaman. Sebenarnya sudah hampir dua bulan Sarah tidak bertanyakan khabar berita di kampung.

Memandang ke luar tingkap bas, angin yang sejuk menyapa pipi, melihat orang-orang menaiki basikal, ada yang berjalan kaki di tepi basement. Cuaca panas yang sudah hampir ke penghujung menyebabkan ramai orang memilih untuk berada di dalam rumah. Sara teringat, di musim panas begini Tok Wan akan mengambil upah membersih sawah orang kampung. Padi yang masak menguning apabila dituai oleh tuaian moden perlu di bersihkan jerami yang berbaki. Sewaktu ini banyak anak-anak puyu dan haruan akan senang ditangkap kerana air telah mengering.
Selalunya Tok Wan akan membawa pulang beberapa ekor dan di masak lemak cili api campur dengan daun kesom oleh Nek Peah, sungguh menyelerakan. Sarah pastinya akan bertambah nasi. Oh, alangkah indah jika diri ini berada di kampung. Getus hati Sarah. Kenangan dan kerinduan kepada kampung halaman mengamit rasa untuk pulang, namun kerana mahu menimba ilmu, maka diri ini perlu menanam tekad dan azam. Kesabaran perlu dipertingkatkan agar boleh bertahan dengan segala ujian.
Saat bas berhenti di bahu jalan di depan Universiti, kenangan Sarah terhenti di situ. Sarah turun dari bas sambil menggalas beg berisi buku-buku. Jalan Sarah dipercepat saat melihat jam sudah hampir ke pukul 10 pagi. Sarah perlu segera berada di bilik kuliah kerana hari ini ada kuiz yang akan diberikan oleh pensyarah.

Saat tombol pintu di buka, tiba-tiba terpacul hamba Allah yang dia tidak mahu melihatnya. Dada Sarah berombak kencang saat mata bertentangan. " Astaghfirullahalazim" Hati dan lisan terlafaz sebutan itu oleh Sarah. Senyuman berlesung pipit dari si jejaka seperti tidak terkejut dengan Sarah. " Assalamualakum Sarah! Jangan panik, silam asuk, kelas kita belum bermula lagi". Sapa Hafizi.

Dipetik dari Novel Embun Menitis

Pertemuan Keluarga

Sehari bersama sahabat sungguh menambah seri kehidupan.
Berukuwah sesama kita mengukuhkan silaturrahim
Berbual mesra dan berkongsi cerita menambah pengalaman
Kemesraan terjalin amat bernilai
Kehadiran anak-anak dan pasangan menambah keceriaan
Menjamu juadah pelbagai rasa tanda kita tidak berkira
Di lain masa kita bersama, kenangan di Kemensah terpahat kemas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Friday, July 13, 2012

Konsep Menuntut Ilmu


Ilmu memerlukan maklumat yang benar yang membawa makna kepada pemilikNya. Kerana itulah kita juga perlu sentiasa belajar dan mendapatkan ilmu sebanyak mungkin dari orang yang betul-betul berilmu dan bukannya menyamar atau mempergunakan ilmu untuk kepentingan peribadi. Rasullulah saw berpesan supaya berkenaan niat dan tujuan mencari serta menuntut ilum ini dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menuntut ilmu kerana empat perkara, maka masuklah dia ke dalam neraka: sesiapa yang menuntutnya untuk berbahas (berdebat) dengan orang yang berilmu, dan untuk memperlekehkan orang bodoh, dan supaya manusia memandang mulia kepadanya, dan untuk mendapatkan harta dengan ilmu tersebut." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari buku Kompas Kehidupan Terbitan Koperasi Khalifah Jiwa

Insan Kaya

Siapakah insan yang memiliki kekayaan? Iaitu mereka yang:
Hatinya memberikan pakaian khyusuk, wajah yang berwibawa,bercahaya dan memancarkan keindahan,
Lisan diber pakaian kejujuran, ucapan yang benar, berhikmah dan bermanfaat,
Mata diberi pengetahuan dan pengajaran dari apa yang dilihat, dan berpaling dari melihat kemungkaran,
Telinga diberikan pakaian mendengar nasihat dan ucapab bermanfaat
Kaki dan tangan diberi kekuatan mendokong ketaatan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Thursday, July 12, 2012

Coretan Si Miskin



Cerita tentang Si Miskin


Keperitan membina kehidupan



Tetap jua meneruskan walau dengan seribu kepayahan



Cerita Di sebalik Kisah duka



Banyak tersirat luka..


Siapalah yang mengerti jika sekadar melihat


Bagi Si Miskin seperti AKU..

Mencari Noktah Satu Keputusan

Adakala bukan mudah memberi noktah dalam satu-satu perkara.Kesannya kita terhimpit oleh dilemma.Kita tertekan dengan persekitaran.Saat memuncaknya gundah diminda, resah dijiwa maka ketahuilah diri ia saat untuk mempertingkatkan munajat kepadanya.

Jawapan kepada segala persoalan dan noktah kepada satu keputusan akan kita peroleh saat kita meminta kepadaNya.Bermohon Allah memberikan pencerahan buat diri melalui hidayahnya.Jika ikhlas dalam melaksanakan ibadat, tulus dalam permintaan,yakin dengan ketentuan serta pasrah dengan ujian, maka Allah akan memperlihatkan kita satu persatu apa yang terbaik buat kita. Baik dengan naluri rasa mahupun peristiwa yang memperlihatkan kita untuk memahami yang tersurat,menghayati yang tersirat.

Saat menemukan noktah satu keputusan sungguh hati itu setenang air dikali, jiwa itu damai sebening subuh hari, perasaan tepu dengan kebahagiaan.

Ketika noktah ini ku temukan. Tiada lafaz mampu kuucapkan Ya Rabbi, melainkan tahmid buat Mu.
Ku titip noktah ini dengan ikrar "hasbunallah wa nikmal wakeel, nikmal maula wa nikmal nnasir"
Ameen

Nukilan
Ummu ieman ihsan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Wednesday, July 11, 2012

Renyai Dihati Ku



Peristiwa semalam sungguh memberi sekelumit rasa pedih di hati. Sungguh bahasanya itu mengguris rasa. Namun hati sekadar merasa lidah sekadar membisu. Ungkapan menghina itu bukan membuat diri ini undur ke belakang, namun ia membawa diri untuk melihat ke depan. Kata-kata itu satu loncatan untuk aku membuktikan siapa diri ini. Bukan untuk mendabik dada mengatakan diri hebat kerana tahu diri tidak sempurna. Ia memberi satu semangat untuk terus berjuang memartabatkan diri, mencungkil seluruh potensi yang ada.. Percaya Allah itu tidak akan menzalimi diri.

Renyai dihatiku, menjadi azimat untuk melangkah ke depan memanjat tannga cabaran. Percaya bahawa seribu orang mendoakan kegagalan kita namun tetap ada insan yang masih menyayangi kita dan mahu melihat kita berjaya. Sekelimit hinaan sesungguhnya menyedarkan diri ini bahawa, hina di sisi manusia itu tidak mengapa, tetapi hina di sisi Allah itu memang sesungguhnya HINA. Lontaran kata-kata itu menjana minda untuk berfikir bahawa masih ada harapan dan strategi yang perlu diteliti dan diusahakan. 

Sungguh, siapa aku hari ini bukan lagi perkara yang penting. tapi akan ku bukti siapa aku suatu hari nanti. Sungguh aku kerdil si sisi manusia, tapi aku mahu dilihat hebat di sisi Tuhan.. Tidak mengapa hari ini manusia mempersendakan ku, aku perlu berterima kasih kepada mereka kerana menyedarkan SIAPA AKU..
Renyai di hati membasah di pipi..suatu masa akan ku tukar ia menjadi titisan kebahagiaan.. dan bukan hinaan..
Allah itu mahu menguji..sejauh mana kekentalan jiwa.. Terima kasih atas hinaan..beri aku sedikit masa untuk membuktikan...
  

Monday, July 9, 2012

Kesibukan ini Melekakan


Setiap hari kita mengejar masa...
tetapi
adakah kita sedar
adakah kita tahu
kesibukan itu unutk apa
adakah kita sibuk mengejar duniawaiuntuk mencapai hasrat ukhrawi
atau
kesibukan kita melekakan diri
sekadar mencari kebahagiaan dunia semata
tanpa berfikir ke mana kita
sungguh
kita sering terleka
dalam kesibukan...

nukilan
ummu ieman ihsan

Syurga Ada Di Hati

Perjalanan pulang kerja diwaktu hujan selalu bertemu dengan kesesakan jalan raya.Kesempatan itu elok dimanfaatkan untuk mendengar halwa telinga. Sudah pasti ceramah Ustaz Zahazan di chanel ikim.fm menjadi plihan.

Ustaz membicarakan tentang keikhlasan diri. Sungguh benar kata-kata Ustaz, adakala seseorang individu itu dinilai di mata zahir amat bagus dan sempurna, ada juga yang dinilai sebaliknya contoh personaliti itu baik tetapi di sisi Allah berbeza. Kenapa demikian? Kerana hati.

Apa yang ada dihati hanya Allah yang mampu menilai. Manusia tidak mampu meneka. Sebab itu kata seorang ulama "syurga itu di hati". Maknanya hati memainkan peranan dalam semua hal.Hati menjadi kompas kepada segalanya.Jika hati ikhlas maka baiklah sesuatu perkara tersebut. Jika hati tidak ikhlas kerana riak atau ujud maka rosaklah seluruh amalan dan kebaikan.

Bagi menempah jalan ke syurga, mari muhasabah dan menilai hati kita. Menjana keluhuran jiwa dan tawaduk memerlukan setiap indivdu menyedari bahawa kita ini begitu kerdil disisi Allah walau dilihat hebat di mata manusia.

Menjadi insan sempurna memerlukan kepada 3i islam iman ihsan.

Allahu A'alam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Sunday, July 8, 2012

Hidup Sesudah Mati

Salam Ukhuwwah
Ayat 28-29 dari Surah Al Baqarah menerangkan kehidupan manusia. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa menjadikan sesuatu yang tiada dan mematikannya.
Dua jenis mati iaitu mat kecil seperti tidur, namun ada satu lagi kematian iaitu mati dan berada di alam barzah iaitu alam kubur.
Bagaimana kita hidup sesudah mati? Adakah kita menyakini? Jika kita tidak beriman dengan hidup sesudah mati maka manusia sewenangnya berbuat kerosakan di atas bumi.
Ayat 80 Surah Mukminin membuktikan betapa manusia ingkar dengan hari akhirat. Satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia, oleh itu bayangkan kehidupan kita di akhirat nanti.
Memadailah kematian mengingatkan kita untuk kembali kepada syariat.Mencukupi buat kita andai kematian membawa kita insaf akan segala perlakuan. Menghayati satu kematian yang pasti mendidik jiwa agar tunduk dan patuh kepada suruhanNya.
Moga kematian kita menjadi satu tempat istirehat yang indah.Ameen
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Saturday, July 7, 2012

Pesanan Buat Diri



Kalau meminum segelas air yang dingin ketika kehausan yang amat sangat boleh menjatuhkan maruahku nescaya aku tidak akan meminumnya" (Sayyidina Umar Ibn Khatab, dipetik dari Pahrol Mohd Juoi, Mukmin Professional)

Kata Hukama; "Kuasai diri kamu, nescaya kamu akan dapat menguasai dunia ini".

Pepatah lain menyebut "Jangan kamu marah jika orang lain tidak berubah sepertimana yang kamu kehendaki jika kamu sendiri tidak berubah seperti yang kamu kehendaki."

Wanita Perlu Berdikari

t
Ramai wanita yang tidak mahu dan tidak bersedia untik berdikari... ada yang beralasan segalanya suami yang sediakan. Alhamdulillah kerana memiliki suami yang bertanggungjawab. Namun begitu juga pula memberi alasan begitu supaya kita boleh untuk tidak mengambil indah banyak perkara atau dengan kata lain BERDIKARI.

Maksud saya berdikari ini adalah wanita perlu tahu dan boleh melakukan walaupun segalanya diurus oleh suami. Ada ramai wanita yang ditinggalkan suami sedangkan pada peringkat awal semuanya diuruskan suami memang perlu melalui kesukaran. Conothnya tidak tahu membawa kereta. Pada saya ia suatu kemestian sekiranya ada masa emergency suami sakit dan perlu dibawa ke klinik, tidakkah susah jika isteri tidak tahu membawa kereta. Ada juga yang ada lesen tetapi takut unutk memandu...

Memang betul banyak perkara tanggungjawab suami, tetapi tidak salah jika isteri menambahkan nilai dengan mempunyai kemahiran tersendiri. Membantu suami itu tidak ada masalah, cuma jangan sampai suami mengambil kesempatan atau "take for granted". Ada seorang ibu tunggal pernah berkongsi peristiwa dia ditinggalkan suami. Saat itu dia terkapai-kapai, segala benda tidak tahu buat kerana segalanya diurus suami. Apabila suami meninggal accident dia perlu memulakan segalanya dari awal. Beliau terpaksa belajar berdikari demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

bagi wanita yang mungkin merasakan miliki segalanya hingga mendabik dada dan berkata.. "segala-galannya suami".. Ingatlah suami kita hanya pinjaman semata-mata. Oleh itu jawablah sekadar Alhamdulilah..Allah menganugerahi saya dengan suami yang bertanggungjawab, tetapi saya ingin belajr dan menggilap potensi diri serta menilai kemampuan diri... " Rasa saya itu lebih baik dan berhikmah..

Wallahuaalam.

WANITA DAN KERJAYA




10 TOKOH IDOLA MUSLIMAHInsyaAllah Ahad esok di masjid Shah Alam saya akan berkongsi pandangan tentang tajuk WANITA DAN KERJAYA. 
Moga perkongsian ini dapat mencerahkan pandangan kita terhadap wanita yang memiliki kerjaya serta bagaimana merngimbangi kerjaya dan juga keluarga bagi wanita yang telah berumahtangga dan bekeluarga. Saya juga ada mengupas sedikit sebanyak isu kerjaya dalam buku 10 Tokoh Idola Muslimah. InsyaAllah jika diizinkan olehNya saya akan menyambung kupasan ini dalam buku yang seterusnya iaitu 10 Tokoh Jutawan Muslimah.

Ramai wanita sebenarnya dalam dilemma antara mahu meneruskan kerjaya atau tidak lantaran perlu memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga. Dalam masa yang sama perlu juga membantu suami yang ingin memenuhi keperluan keluarga.

Selain itu ada juga wanita yang terpaksa bekerja dan berdikari demi meneruskan kelangsungan hidup apabila suami meninggal atau diceraikan. Realtinya bekerjaya atau tidak wanita itu akan sentiasa unggul apabila dia mengetahui dan menjaga HAKnya sebagai wanita atau isteri.
Ikuti kupasan selanjutnya....

Wallahuaalam

Bangau Oh Bangau



Pernahkah anda mendengar kisah Si Bangau.Waktu kecil seringkali kita dilagukan dengannya.Ada ketikanya ia menjadi gurau senda nak jenaka dikalangan kita.

Bila mengisahkan cerita ini, pernahkan anda terasa Bangau itu adalah diri anda.
Alangkah malang buat si Bangau mengusung pertanyaan demi pertanyaan. Bertalu jawapan diberi namun ia tidak membantu si Bangau.


 Bangau oh Bangau
Tidak perlu lagi menunggu jawapan yang ternyata tidak akan memberi hasil.Sudah masanya si Bangau berhijrah.
Terbanglah wahai Si Bangau. Ada rezeki mu di tempat lain.
Allah tidak akan menghampakan makhluknya.



Thursday, July 5, 2012

DETIK BERSEJARAH




Setiap detik berlalu kita akan menghargai peristiwa yang berlaku.Pahit manis menjadi kenangan berharga. Saya titipkan kisah ini untuk mengenang satu peristiwa yang boleh memberi pedoman buat saya sebagai pendidik.

Kisah semalam membuatkan saya bermuhasabah cara saya mengajar anak didik.Terkadang cara mendidik bergantung kepada pengalaman kita yang sedia ada.Ada ketika apa yang kita fikr baik untuk mereka tetapi tidak semua pelajar boleh mengikut cara tersebut.

Saya merupakan pendidik yang asalnya anak didik juga.Setiap sesuatu perkara yang berlaku pada saya sewaktu saya bergelar pelajar mana yang baik ingin saya aplikasikan.Mana yang tidak bagus sebaik mungkin ingin elakkan.

Sebagai contoh,pembentangan tugasan adalah bagus bagi memupuk rasa yakin diri dan sifat berdikari dikalangan pelajar.Sewaktu pembentangan pula saya suka berdiskusi tentang isu yang dibentangkan pelajar. Selalunya ia berjalan lancar dan tiada masalah.

Semalam hari bersejarah kerana seorang pelajar saya menangis tersedu-sedu saat hampir selesainya pembentangan. Saya pelik dengan situasi tersebut bilamana ramai pelajar juga memberikan pandangan termasuk saya.

Menurut pelajar tersebut dia menangis kerana merasakan apa yang dibentangkan silap.Persoalan yang dilontarkan dari pensyarah serta rakan yang tidak mampu dijawab memberikan tekanan pada dirinya.   
Saya memohon maaf kepada pelajar berkenaan termasuk seluruh kelas  andai approach secara diskusi setiap slide itu tidak bersesuaian.Jauh disudut hati saya merasa sedikit terganggu kerana apa yang kita fikirkan bagus tetapi ada segelintir pelajar tidak boleh menerimanya. Inilah hakikat mengajar dan belajar.

Wallahuaalam 

Tuesday, July 3, 2012

Bagaimana Meningkatkan Kesedaran Belajar untuk Pelajar Kelas Corot

Cabaran besar guru-guru adalah memberi kesedaran kepada pelajar.Banyak program diadakan, namun masalah utama sambutan dari pelajar kelas corot amat kurang.
Apakah masalah mereka untuk hadir program?
Bagaimana mengatasi masalah ini?

Motivasi atau program kecemerlangan pelajar lebih diutamakan kepada mereka yang berada di kelas corot.Namun yang ramai hadir adalah dari kelas yang pandai.Matlamat untuk mensasarkan kecemerlangan akademik kepada semua pelajar tidak akan berjaya sekiranya ada segelintir pelajar tidak mengambil peluang.

Dalam konteks mengatasi permasalahan ini pelajar dan juga ibu bapa pelajar perlu diberi pendedahan.Ibu bapa perlu ada initiatif untuk memastikan anak-anak mereka terlibat dengan program yang diadakan disekolah,Jika tidak hasilnya yang corot tetap dibelakang dan yang di depan akan terus melakar kejayaan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Monday, July 2, 2012

Garis Luka Persahabatan




Dia yang dipanggil sahabat
ada tikanya menikam luka,
membekas pedih dan ngilu
Dek bahasanya yang tajam,
rakusnya tindakan

Mana pergi sahabatku yang dulu,
sering menyapa ketika sendu,
selalu bertanya kala berduka.
Tercari aku sahabat yang dulu
Meneman segala suasana
Penghibur dan penglipur lara
Hilang ia tidak berganti

Kenangan terpahat
Cerita yang tersurat
Menggamit kesedihan
Menggaris luka yang terpendam
Kerana mu sahabat


ummu ieman ihsan