Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, November 30, 2012

Ibu bapa merintis jalan ke Syurga


Tanggungjawab ibu bapa adalah satu tugas berat. Ibu bapa menggalas semua itu perlu tahu dan faham apa tanggungjawab mereka. Pertamanya apabila memperkatakan tentang tanggungjawab, paling utama adalah mendidik anak solat, ia bukan setakat didik dan mengajar anak solat tetapi memngajar mereka menjaga solat. Sebolehnya solat itu perlu di awal waktu. 

Ada segelintir ibu bapa sekadar menunaikan tanggungjawab diri sendiri, conoth mudah solat subuh. Ada yang sekadar solat diri sendiri dan tidak mengambil peduli ahli keluarga yang lain. Tidak ada rasa dalam diri untuk mengejutkan ahli keluarga untuk bangun dan solat berjemaah bersama-sama. Ia seolah kita seorang yang mahu masuk syurga, ahli yang lain itu bukan urusan kita. 

Inilah yang membawa kepincangan dalam rumahtangga. Solat berjemaah perlu diterapkan setiap waktu. ibu bapa yang prihatin tentang hal begini akan dapat menjaga solat mereka disamping memantau solat anak-anak. bagi yang lelaki perlu soalt berjemaah di masjid, oleh itu ibu perlu memimpin anak-anak perempuan yang lain untuk solat berjemaah di rumah. Seandainya ibu dalam keadaan uzur syarie, maka asuhlah anak yang lebih tua untuk menjadi imam kepada adik-adik yang lain. Jika mahu berjaya konsep sistem perlu diterapkan, maka samalah juga jika mahu berjaya mengejar kejayaan akhirat. Solat berjemaah adalah sistem yang melengkapkan kejayaan dunia akhirat. Moga ini daapt diterapkan dan menjadi budaya dalam semua keluarga. InsyaAllah.

Thursday, November 29, 2012

Motivasi 3i : Berniaga Cara Islam


Selama tiga hari berseminar tentang membangun Kompentensi Modal Insan Koperasi, mereka yang hadir terdiri dari pelbagai latarbelakang ahli dan jenis perniagaan. Appapun bentuk perniagaan pastikan ianya 'syariah compliance'. Perniagaan yang mengikuti syariat Islam maka sudah pasti jaminannya adalah mendapat keberkatan dan ganjaran di dunia dan di akhirat. 

Persoalannya bagaimana mahu memahami bagaimana dan apa itu perniagaan syariah compliance. Maka sudah pasti perniagaan tersebut halal. Tetapi halal juga bukan semata dari segi produk kerana cara mengendalikan dan menguruskan perniagaan itu juga perlulah mengikut syariat Islam. Untuk mengetahui dengan lanjut insyaAllah saya mengupas secara terperinci dalam buku yang sedang dalam proses untuk disiapkan iaitu Motivasi 3i: Formula Kejayaan Perniagaan.

Wednesday, November 28, 2012

Formula Kejayaan Luar Biasa Hebat


5 Formula Kejayaan Luar Biasa Hebat
1.Transformasi Minda
2.Konsep Minda
3.Kepimpinan Luarbiasa/Makna Kepimpinan
4.Pasukan Cemerlang (bisnes strategi & bisnes team, bisnes sistem)
4.Komunikasi berkesan cth guna teknik maakrifat /law of attraction/cara aura positif

Monday, November 26, 2012

Membangun Kompetensi Modal Insan Koperasi Melalui Kreativiti Dan Inovasi

Memberi perkhidmatan berimpak tinggi dalam mencapai kecemerlangan prestasi melalui inovasi untuk memperbaiki taraf hidup.
Inovasi bermula dengan idea yang mugah. Ia merupakan perlaksanaan cetusan idea-idea dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan aspek produktiviti organisasi. Idea ini merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur,kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi

Antara jenis-jenis inovasi adalah:
PRODUK
PROSES
PEMASARAN
HUMAN RELATION
PERKHIDMATAN
ORGANISASI

Ciri-ciri Orang yang Inovatif
Sentiasa mengeksplorasi kemungkinan baru (curious)
Self-motivated
Miliki imaginasi tnggi
Idea yang unik
Tertarik pada sesuatu yang aneh dan mengagumkan
Mampu pertahan idea
Berani mencuba dan menanggung risiko
Bersikap terbuka terhadap perubahan dan penyesuaian
Bina hubungan
Reflek terhadap halangan dan membuat keputusan bijak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Sunday, November 25, 2012

Kesan Sikap Negatif Kesan kepada Perhubungan dan Komunikasi

Ramai yang tidak menyedari bahawa berlakunya hubungan yang tidak mesra atau renggang adalah disebabkan sikap negatif yan wujud dalam diri. Contohnya adalah sikap acuh tak acuh, mudah panas baran,moody, pemarah dan juga sensitif. Sikap ini menyebabkan perhubungan dan komunikasi yang mesra akan terhalang.

Jika seorang bapa contohnya mempunyai sikap panas baran atau pemarah yang tanpa sebab maka anak-anak secara tidak langsung kurang mahu mendekati atau bersembang.Sama juga sekiranya seorang pekerja yang moody maka rakan-rakan lebih suka untuk tidak menegur kerana takut sekiranya menjadi sasaran. Begitu juga sekiranya pasangan suami atau isteri yang bila diberitahu sesuatu atau mahu berkongsi sesuatu tetapi bersikap acuh tidak acuh maka masing masing akal mengambil sikap untuk senyap dan berdiam diri.


Apa yang diperkatakan diatas adalah impak kepada perhubungan atau komunikasi hasil dari sikap-sikap negatif. Jika ini berlaku maka sudah pasti ia menjejaskan perhubungan. Semua ini menjadi seperti bom jangka, biar dilihat remeh pada segelintir tapi ia boleh memberi kesan jangka panjang. Umpama seorang anak yang menyimpan dendam kepada ibu bapa kerana tidak dapat menyampaikan hasrat akan memberontak dan melakukan perkara yang tidak baik.


Sama juga dengan pasangan atau rakan sekerja,jiran tetangga dan saudara mara, perhubungan yang sepatutnya mesra, penuh kasih sayang serta saling menghargai dan memerlukan menjadi gersang gara-gara sikap negatif tersebut. Dek kerana itu mari sama-sama menilai diri yang memungkinkan kita mampu mengubah dan melakukan transformasi hijrah diri. Hidup pasti lebih bahagia dan ceria.
Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Friday, November 23, 2012

Transformasi Hijrah Diri IIUM


InsyaAllah malam ini bakal berlangsung program transformasi hijrah diri atau THD yang bakal berlangsung di UIA. Antara para jemputan yang bakal menceriakan majlis adalah Nasyid Rabbani dan juga Ustaz Akhil Hayy. Peneraju utama ada Dr Mir Hazil. Program ini adalah kerjasama Koperasi Khalifah Jiwa dan juga Kelab Taha Tabung Haji.


Semoga ramai yang hadir untuk menambah ilum dan kesedaran. Biarpun program percuma adakala ramai yang memilih mencari hiburan lain terutama di malam minggu. Apapun hari ini bersempena dengan 10 Muharram, 1434H ,moga ia memberi warna baru buat diri dalam kehidupan ke arah menjadi Muslim yang lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Jom Hijrah!  

Thursday, November 22, 2012

Muhasabah Diri


Salam Jumaat,
Hari ini cuaca yang amat tenang menambah seri datangnya Jumaat yang penuh barakah. Sebagai memberkati hari Jumaat penghulu segala hari ini mari sama-sama kita muhasabah diri dengan beberapa lontaran persoalan?Moga dengan pertanyaan-pertanyaan ini ia membantu kita untuk Muhasabah diri... 

  1. Sudahkah pagi ini kita bersyahadah?
  2. Berapa banyak kita mahu bersedekah hari ini dengan sekecil-kecil sedekah iaitu memberikan salam dan senyum?
  3. Adakah kita telah berdoa untuk kesejahteraan hari ini... setidaknya mengucapkan.. "Ya Allah, aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima'
  4. Bagaimanakah kita mahu hari ini berakhir? 
  5. Sebanyak mana amalan yamg mahu kita lakukan bagi memenuhi hari yang mulia ini?
  6. Berapa banyak ayat Al-Quran yang telah kita baca?
  7. Berapa banyak zikir dan istghfar yang mahu kita lakukan?
  8. Sudahkah kita meminta maaf andai kita ada melakukan kesilapan terhadap orang sekeliling kita?
  9. Adakah ibu bapa kita menunggu perkhabaran dari kita dan telah kita lunaskan?
  10. Sudahkah kita memaafkan orang-orang yang bersalah dengan kita?
Menurut Hassan Al-Basri: "orang yang mendapat kesukaran di hari kiamat adalah orang yang kurang bermuhasabah"
Wallahuaalam
Ingatan buat diriku yang lalai..ibtighaa mardhatillah.

Ummu ieman ihsan

Transformasi Diri



Melakukan perubahan atau transformasi diri adalah satu tuntutan buat diri yang mahu menjadi lebih baik dari semalam. Namun ia merupakan proses yang memakan masa serta memerlukan usaha. Dengan erti kata lain, ia bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat untuk dilakukan. Perubahan juga seeloknya dilakukan secara bersepadu agar persekitaran kita boleh menjadi penggerak kepada konsistensi perubahan kita. Rangka tindakan bersepadu adalah seperti berikut:-

a)      Perubahan di rumah
b)      Perubahan di tempat kerja
c)      Perubahan dalam masyarakat

Perubahan secara bersepadu itu penting yang membolehkan usaha kita dalam mencapai status insan terbilang menjadi lebih konsisten. Apabila kita berubah di rumah; sebagai contoh mula solat tepat pada waktu dan berjemaah, menjaga percakapan antara keluarga, rajin cuci pinggan atau cuci tandas, suami rajin menolong isteri buat kerja rumah dan isteri pula rajin melayan suami dengan mesra, perubahan di tempat kerja serta antara masyarakat setempat juga harus dilakukan. Dengan itu, keharmonian yang kita capai adalah holistik dan lebih konsisten.

Transformasi Diri menuntut kita untuk sentiasa konsisten. Ia bukan bermusin saat tiba tahun baru. Ia adalah proses secara berterusan dalam semua aspek kehidupan. 

Tuesday, November 20, 2012

Diairi Seorang Penulis 4


Bukan semua orang mahu berkongsi kisah kejayaan mereka. Jika ada pun mereka memberi pelbagai syarat untuk dipenuhi. Namun ada juga yang tidak berkira bahkan sanggup berkongsi apa sahaja yang boleh ditiru oleh orang lain. Sungguh menyeronokkan mencari insan-insan yang mahu berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan. Dalam masa yang sama ia amat memberi manfaat serta pengalaman yang indah kepada penulis sendiri mempelajari kisah jatuh bangun insan-insan yang berjaya dalam perniagaan. 

Setiap kali menulis karya yang berbeza, maka cabarannya juga berbeza. ini memberi dimensi baru kepada pespektif kehidupan terutama dalam menilai sesuatu kejayaan. ia tidak semestinya tentang perniagaan, tetapi kisah kehidupan yang dilalui itu ternyata setiap dari mereka yang ditemuramah mempunyai keunikan dan sejarah kehidupan yang tersendiri. Semoga Allah memberi kemudahan dalam menyiapkan buku ini dan ia menjadi manfaat kepada semua pembaca  

Monday, November 19, 2012

Berkorban Apa Sahaja Untuk Berjaya


Setiap kali mahu memberi motivasi kepada anak-anak, saya suka mengingatkan tentang pengorbanan. Untuk berjaya sudah pasti pengorbanan adalah kriteria yang penting. Jika mahu berjaya dalam rumahtangga maka pasangan perlu buat pengorbanan salah satunya adalah berkorban apa yang suka dengan menerima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Jika mahu berjaya dalam kerjaya, maka perlu berkorban masa dan tenaga demi mencapai apa yang dinginkan. Begitu juga mahu berjaya dalam pelajaran. 

2013 dua orang anak saya bakal berdepan dengan cabaran peperiksaan SPM dan PMR. Sudah pasti sebagai ibu saya perlu banyak berkorban masa unutk mereka. Hari ini seawal pagi sudah bertugas menghantar anak ke rumah sahabat saya untuk study group. Dalam masa yang sama mencari program unutk anak-anak sesuai masa cuti sekolah. Pada saya program masa cuti bukan semata untuk akademik tetapi lebih penting juga untuk kesedaran diri. Jika waktu di sekolah, guru yang sering memastikan program yang sesuai untuk pelajar, maka waktu cuti ibubapa perlu mencari pengisian yang sesuai untuk anak-anak. 

Perhatikan ramai yang menghantar anak-anak tusyen dan juga kelas intensif, namun pelru juga ibu bapa pastikan tarbiyyah sewaktu di rumah. Contohnya masa cuti sekolah anak-anak berada di rumah, cubalah mempraktikkan solat jemaah, jika sudah biasa dengan solat jemaah maka adakan pula tadarrus atau usrah. Anak-anak bukan semata perlu disogokkan dengan keperluan tusyen akademik tetapi pastikan tusyen untuk rohani/spiritual juga tersedia. Saya percaya jika ibadat diutamakn pasti akademik atau apa sahaja kejayaan yang diinginkan akan datang dengan mudah. 

Pokoknya kita perlu berkorban apa sahaja untuk berjaya tetapi jangan sampai ibadat pun kita korbankan.... Fikir-fikirkan

Sunday, November 18, 2012

Ulangtahun Pertama Travelogempayarjiwa.blogspot


Pejam celik pejam celik... seperti baru sekejap masa yang pergi.. Hari ini genap setahun Travelog Ruhiyyah As-Sakinah melakar tinta berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman. Ada pahit dan manis ada ceria dan duka yang saling bertamu. Apa jua lipatan kisah dan sulaman cerita itu, ambilah ia menjadi pengajaran jika ia memberi manfaat, namun jika sebaliknya jadikanlah ia sebagai sempadan. Sebagai insan yang tidak akan sempurna pastinya saya tidak terlepas dari kesilapan. Moga yang baik dari Allah dapat sama-sama kita laksanakan, yang buruk itu kita jadikan sebagai iktibar di masa depan. Apa yang tertulis adalah lebih kepada mengingatkan diri sendiri. Moga Allah memberi barakah dan rahmatnya disepanjang kehidupan ini. Harapan agar segala dosa diampunkan dan diberi ganjaran syurga. Ameen

Keberanian dalam membuat keputusan


Hujan renyai pagi in menambah kesejukan.Namun ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perjuangan menyelesaikan misi hari ini. Sejak semalam tidak lena tidur berfikir untuk membuat keputusan. Otak seperti tidak mahu rehat dari memikirkan apa yang perlu dilakukan hari ini. Keputusan yang diambil bakal mengundang banyak perkara. Demi mengharapkan yang terbaik, saya beristikharah dan solat taubat agar Dia meredhai keputusan ini. 

Adakala apabila mahu membuat keputusan yang besar dan boleh memberi impak yang pelbagai, hati kita waswas, bimbang dan takut. Kerana itu kita dipesan untuk setiap hari melakukan istihkarah bila mahu membuat keputusan, walaupun dilihat benda atau perkara tersebut seperti kecil sahaja. Alhmadulillah, apabila kita menyerahkan segala tugasan dan misi yang mahu diselesaikan dengan berserah pada Allah, maka hati menjadi tenang. Apabila adanya cabaran selepas keputusan ini dibuat, maka hati akan berlapang dada dengan ketentuannya. Ya Allah. mudahkanlah untuk merealisasikan semua ini.... 

Ketakutan dengan risiko yang mendatang bukan alasan unutk menarik diri dari membuat keputusan. Kerana itulah perlu ada keyakinan kepada Allah yang menjadi sandaran apa sahaja....


Friday, November 16, 2012

Anugerah yang Dinanti



Ku ketuk pintu itu 
Tapi tiada jawapan 
Ku bersuara dalam diam
Biar tiada sahutan 
Ku percaya Dia mendengar 
Lalu berapa lama masa penantian 

Ia hanya tuntutan kesabaran
Agar iman ku kental
biar harapanku kian pudar
dek gersang penantian ini
namun pasrah dan redhaku
bernafas dalam sendu, bersatu dalam doa
Moga pintu hikmahMu
Menjadi anugerah untuk ku...








Nukilan: 


Ummu Ieman Ihsan

Thursday, November 15, 2012

Dilemma Permintaan Bekas Kekasih


Salam Jumaat,

Hari ini seorang sahabat bertanya permasalahan seorang rakan yang berada dalam dilema kerana beliau dihubung saudara kekasih lamanya yang sekian lama mencari beliau. Permintaan dari bekas kekasih dipanjangkan untuk bertemu dengan beliau sebelum menutup mata. Bekas kekasih pula sekarang ini berdepan dengan pelbagai penyakit yang kritikal. Sebelum menutup mata permintaannya adalah untuk bertemu bekas kekasih. walau sekian lama terputus hubungan dan masing-masing sudah membawa diri serta berumahtangga namun rupanya bekas kekasih masih ada ingatan terhadap insan yang dikasihinya. 

Berada dalam dilemma, diri merasa bimbang untuk bertemu semula. Walaupun permintaan bekas kekasih sudah mendapat restu dari pasangan. Tapi hati merasa bimbang.. Saat persoalan ini dilontarkan, pada saya ia mudah sahaja.. Semua perkara letak pada hati dan diri kita sendiri. Pada saya antara diri dengan bekas kekasih sekiranya tiada perkara yang menjadi isu, tiada salahnya melawat beliau  sekadar menziarahi. Bahkan boleh bersama pasangan melawat si bekas kekasih, dan datang sekadar menunjukkan keprihatinan seorang sahabat dan memberi semangat dan kekuatan untuk pulih. 

Ada juga yang kes yang apabila bertemu semula cinta lama, maka cinta berputik semula, rindu pun membara lalu tercetuslah pertemuan-pertermuan rahsia dan berbalas-balas utusan hingga lupa bahawa diri masing2 sudah berpunya. Sempadan yang ada menjadi terlerai dek nafsu bukan dipandu iman. Bagi yang merasa bimbang hati masih ada sedikit perasan kasih dan sayang maka eloklah pertemuan itu dijauhkan. 

Semenangnya kenangan itu sukar dihapus, namu perasaan itu boleh dipupuk dari sayang kepada kekasih menjadi sayang kepada sahabat. Bila segalanaya dipandu iman pasti kebaikan dan silaturrhaim yang berteras syariat akan tercipta. Maka yang lepas jadikan panduan, memori silam biar tersimpan sebagai kenangan , masa yang mendatang renungi bersama agar kita tidak melakukan kesilapan yang disengajakan.

Wednesday, November 14, 2012

Mengabadikan Satu Persahabatan


Ada masa teringat dia...
apa khabarnya sekarang ini
lama tidak bersua, apalagi berbicara
biar jauh di mata, namun diri mu
ku kenang jua..
sekali sekala memori itu mengamit tiba..
namun seperti antara kita
ada sahaja pemisahnya

sahabat..
antara dirimu dan diriku
kasih murni yang tercipta
tidak akan tergugat
bila terpasak keikhlasan antara kita..
biar dihambat masa dan suasana
yang menjadikan kita berbeza..

sahabat...
ku mencari erti persahabatan 
dengan misi ukhuwwah fillah
yang menemukan kita kembali..
bakal mengukuhkan segala yang terlerai
Salam Maal Hijrah 
dariku untuk mu....

Nukilan: 
Ummu Ieman Ihsan 
1Muharam 1434H

Hijrah: Satu Perjalanan Kehidupan (1434H)



Kehidupan adalah satu perjalanan yang menjadikan dunia sebagai pentasnya. Hakikat kehidupan tidak boleh lari dari pelbagai warna warni pelangi yang Allah datangkan untuk kita. Ibaratkan rasa yang ada, masam, manis,pahit, masin dan sebagainya adalah gambaran kehidupan yang kita lalui. Jika tiada itu semua maka tiadalah kemanisan pengalaman yang pelbagai yang mewarnai kehidupan. 

Setiap inidividu punya liku kehidupan yang berbeza, ia banyak dipengaruhi oleh faktor sekeliling. Pun begitu kita tidak boleh seratus peratus meletakkan semuanya pada keadaan sekeliling yang mempengaruhi kerana sebahagiannya adalah daripada diri kita sendiri. hebat mana kita mahu menahan sesuatu itu berlaku namun ia tetap akabn berlaku. Sekuat mana kita berusaha bagi mencapai apa yang diiniginkan, namun kadangkala ia tidak sebagaimana yang kita sangka. Indah manapun kehidupan dengan warna pelangi yang mewarnai namun dihujungnya kita tetap bertemu malam yang kelam.Itulah resmi kehidupan. Biar hebat manapun kita hebat lagi kuasa Allah yang maha mengetahui apa yang berlaku, sedang berlaku dan apa yang bakal berlaku. 

Ya Allah, berikan diri kami semua apa yang terbaik untuk dunia dan akhirat kami disisiMu.  

Selamat Menyambut Muharram 1434H


Sunday, November 11, 2012

10 Ciri Tasawwuf

1. Mengurangkan perkara-perkara duniawi dan tidak memperbanyakkannya.
2. Berserah diri kepada Allah
3. Cinta kepada ketaatan dengan mengerjakan segala perkara sunnah.
4. Sabar dengan kehilangan dunia dengan tidak mengeluh dan meminta-minta.
5. Memilih sesuatu sewaktu mahu mengambil atau mengerjakannya.
6. Menyibukkan diri dengan Allah daripada segala hal
7. Banyakkan zikir khafy
8. Ikhlas dalam segala amalan
9. Keyakinan yang kuat kepada Allah
10.Tenang dengan inayah Allah saat kegelisahan dan keterasingan.

Dipetik dari : Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Thursday, November 8, 2012

Hakikat Satu Kehilangan


Salam Jumaat,
Moga Jumaat kali ini memberikan keberkatan yang berlipat ganda buat kita semua... Hari ini saya ingin membicarakan tentag kehilangan. Saya pasti setiap dari kita pernah mengalami kehilangan. Ada yang kehilangan nyawa seperti kematian orang tersayang, ada yang kehilangan harta benda, ada yang kehilangan kasih sayang, ada pelbagai bentuk kehilangan yang pernah dialami, pastinya memberi tamparan berbeza kepada emosi diri.

Memperkatakan tentang kehilangan ini, pastinya tidak mudah kita menerima kehilangan terutama jika yang kita hilang itu sesuatu yang sukar dicari ganti dan tiada nilainya. Sepintas lalu kita pasti terfikir kenapa kita perlu mengalami keadaan dan situasi begini? Mengapa kita yang terpilih untuk merasa kehilangan itu? Ada kalangan kita bukan setakat kehilangan orang yang tersayang tetapi hilang juga harta benda.. Ada yang kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata bukan seorang tetapi 2,3 orang.. MasyaAllah derita dan sengsara jiwa pastinya hanya Dia yang merasa bersama...Ada juga yang kehilangan kasih sayang orang yang tersayang seperti pasangan dek kerana ternoktah sudah perhubungan, ada yang terpisah persahabatan yang terjalin dek kerana keadaan yang memaksa...

Kehilangan nyatanya suatu yang tidak mahu kita alami, tapi tetap Allah mendatangkan kepada kita dengan pelbagai cara, hingga adakala kita tidak lagi mampu menampung bebannya. Maka bagi yang sama merasa kehilangan dalam hidup, percayalah ada erti yang mahu kita fahami, ada makna yang tersirat disebaliknya, ada ilmu yang kita pelajari... Saya sendiri mengalami pelbagai bentuk kehilangan... seusia kecil hilangnya kasih ayah, sejak mengalami erti kehilangan itu, saya banyak belajar erti disebaliknya. Sungguh setiap kali kita kehilangan sesuatu yang kita sayang, kita mencapai satu kematangan, kita memahami erti kesabaran.

Bagi yang bersedih kerana kehilangan, yakinilah bahawa, ada gantinya yang lebih hebat dari apa yang kita miliki sebelumnya. Jika kita mampu mentafsirkan erti kehilangan itu secara positif, banyak manfaatnya yang kita dapat. ambil darinya. Saat kita redha dan pasrah dengan kehilangan itu adakala sekelip mata Allah menggantikannya dengan yang lebih baik dari sebelumnya. Begitu juga dengan kehilangan kasih sayang, ia mengajar kita untuk meletakkan kasih sayanh kepada Rabb itu mengatasi segalanya. Moga kita terus tabah menerima hakikat satu kehilangan.

Kebenaran akan terserlah jua....


Berdiam diri itu lebih baik jika bila kita bersuara ia boleh menimbulkan fitnah. itu prinsip saya dalam apa jua. Menjauh itu adalah yang terbaik jika dengan adanya kita menimbulkan rasa tidak senang dan cemburu. Bersikap menjauhkan diri dan berdiam diri bila kita rasa perlu menjawab segala tuduhan itu adakala keputusan terbaik, walaupun kita merasakan berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan yang sebenar. Percayalah, jika manusia yang ada disekeliling kita itu mempunyai sikap negatif yang tidak mapu kita ubah maka beratus kali kita mengatakan diri kita betul pun, ia tetap tidak akan berjaya mempertahankan apa yang betul. 

Jadi bagaimana cara mahu memperbetulkan dan menyatakan oandangan yang benar? Mudah sahaja, apa yang benar itu dari Allah, dia tahu apa yang benar, apa yang tidak. Jangan merasa risau kerana seringkali ktia katakan "kebenaran akan terbukti, walaupun ia mengambil masa". Memang benar, kebenaran akan terserlah jua, maka bersabar dan berdoalah... Walauapa sahaja situasi anda ketika ini, percayalah bahawa Allah bersama-sama dengan orang yang jujur dan amanh, Jagalah ketelusan dan ketulusan itu.Biar manusai memandang kita dengan sebelah mata saat ini... Biar kita dihina keranap erkara yang tidak benar.. biar kita terpaksa menahan rasa..biarlah apa sahaja..asal diri mampu bersabar.. berdoalah...mohonlah taubat kepada Allah agar kita terlindung dar maksiat dan segakla fitnah. Mohonlah pada Allah agar..segala apa yang terjadi ini, Allah membeirkan yang tebaik untuk kita.. Jika tidak di dunia, pasti di syurga nan Abadi..bersbarlah diri..Tuham bersamamu sentiasa selagi dirimu mangingati dan berserah hanya kepadanya.
Wallahuaalam

Wednesday, November 7, 2012

Kisah Iman dan jawatan pengawas


Sakit kepala sejak semalam seakan tidak mahu hilang denyutnya, ini gara-gara berfikir bagaimana mahu menyelesaikan permasalahan walaupun otak sudah kepenentan. Hujan yang tidak berhenti sekrang ini juga mungkin menyumbang kepada sakit kepala apabila terkena gerimisnya. Sunnguh ujian itu seringkali kita tidak sangka, sama juga sesuatu keadaan yang tidak kita duga, dan adakalanya kita melihat perkara yang mudah tapi kesannya tidak mudah. 

Semalam selesia memasak makan malam saya menerima mesej dari kawan anak saya Iman. Mesejnya berbunyi :" Ieman engkau tidak jadi pengawas tahun hadapan, tapi sekelas dengan kami..... ". Begitulah bunyi sms anak sahabat saya yang juga anaknya merupakan kawan Iman. Mesej itu memang membuatkan saya juga terkejut kerana biasanya sepanjang pengalaman, tidak pernah ada masalah untuk Iman. Lalu saya tanyakan apa masalahnya hingga dia di lucutkan dari badan pengawas. Patutlah Iman tidak mahu makan, bahkan dia seperti dalam keadaan bersedih dan murung. Bertanya kepada Iman sudah pasti tiada jawapannya. Sekadar alasan dia tidak sempat untuk diinterview kerana tidak cukup masa. 

Sebagai ibu apa yang paling mengherankan saya adalah apa kesalahan Iman sehingga di pecat dari badan Pengawas sekolah kerana beliau adalah Ketua Pengawas untuk sebelah petang bagi tahun 2012. Atau apa kriteria yang menyebabkan dia tidak terpilih oleh guru menjadi pengawas kerana minggu lepas Iman baru sahaja dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak 2012, SKSU. Sebagai ibu sudah pasti saya amat memahami, dia dalam keadaan 'down' dan merasakan dirinya ada melakukan kesalahan yang besar hingga bukan setakat tidak dilantik bahkan interview juga tidak dipanggil. 

Sebagai ibu saya pastinya mengharap anak saya akan meneruskan khidmat sebagai pengawas sekolah, tetapi sebagai ibu juga saya lebih risau apa kesalahan yang dibuatnya yang tidak saya ketahui. Saya pasti kanak-kanak yang walaupun di rumah berkelakuan baik, namun di sekolah kita tidak pasti, apakah mereka berkelakuan yang sama atau sebaliknya. ini berlaku kepada ramai pelajar. Dirumah mereka dilihat amat bersopan santun, tetapi di sekolah rupanya suka membuli kawan. Untuk tidak melakakuna kesilapan, saya merujuk kepada ibu kawan baik anak saya Iman. ustazah Huda adalah rakan saya waktu sekolah dan sewaktu di universiti. Hubungan kami akrab lebih-lebih lagi tinggal berjiran dan anak-anak kami pula rapat antara satu sama lain. Menurut beliau walaupun tiada interview sepatutnya sebgai tokoh kanak-kanak sudah pasti Iman layak untuk jawatan pengawas apa lagi Iman merupakan ketua pengawas sesi petang untk 2012. 

Maka atas sarana beliau untuk saya ke sekolah merujuk kes Iman kepada guru yang bertugas. Saya meminta suami untuk hadir ke sekolah bertanyakan masalah tersebut. Kepala saya sakit berfikir, apa yang Iman buat salah di belakang saya. Sungguh sebagai ibu, pasti ada gundah gulana di sudut rasa. Apalagi boleh dikatakan Iman merupakan pembaca doa untuk setiapkali asemmbly di sekolah, dia juga wakil hafazan, juara tilawah untuk peringkat sekolah. Tidak terfikir oleh pemikiran seorang ibu yang anaknya berkelakuan tidak baik hingga tidak lagi dicalonkan sebagai pengawas. Jika dikatakan masalah akademik menurun, Iman masih lagi antara pelajar top twenty yang bakal menerima anugerah Sabtu ini. Tidur saya seperti tidak lena. Ieman pula menangis, saya melihat anak matanya kemerahan dek kesdihan itu.

Pagi ini Iman ke raptai hari anugerah tanpa mahu makan dan minum. Saya tidak tahu apa yang ada dalam pemikirannya. Namun saya katakan babanya akan kesekolah untuk bertanya guru perihal dia di sekolah. Sudah pasti Iman dalam kecamuk, tidak pasti apa kesilapan dan tidak tahu apa yang bakal diberitahu guru tentang dirinya. Sebagai pelajar yang menjadi pengawas sejak darjah dua, hingga darjah empat, menjadi wakil sekolah untuk beberapa pertandingan dan terpilih menjadi Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum  2012, dan mendapat pula tokoh Kanak-Kanak 2012, disudut pemikiran mengatakan, dia sudah punya cukup kriteria, namun siapa kita untuk menentukan iaitu semua.Saya tertanya di mana silap anak saya yang tidak sampai ke telinga saya. Saya tidak mahu anak yang saya snagka baik di depan mata berkelakuan sebaliknya di belakang saya.

Saat memasak di dapur saya menerima panggilan dari ipar yang mengajar di sekolah yang sama, "Kak, tak payah datang la sekolah hari ini, saya dah telefon Cikgu yang bertugas bertanyakan kenapa Iman tidak terpilih dan tidak dipanggil interview. Katanya nama Iman tercicir dari interview.. nanti dia masukkan nama tu... ". Alahai.. penat otak dari malam sampai ke pagi, Iman sampai tidak mahu makan dan minum memikirkan nasib diri.. Saya tidak kisah jika tercicir, tapi amat kisah jika anak saya ada berbuat silap yang saya tidak tahu. Untuk mengambil menjadi pengawas atau tidak itu budi bicara Cikgu yang bertugas, saya tidak ralat kerana apa yang penting anak saya Iman Ihsan masih menjaga kelakuan dan tatasusuila sebagai pelajar. Sebagai ibu saya tidak suka ke sekolah mengkritik itu ini. Cemerlang Akhlak lebih utama dari cemerlang akademik,sebolehnya kita mahu kedua-duanya cemerlang. Biarlah nasib yang menentukan, yang  penting ia juga pengajaran buat Iman.. bahawa apa yang kita rasa mampu dicapai tidak semestinya boleh dicapai.... Allah itu Maha Mengatahui apa yang terbaik buat diri.. 


Wallhuaalam
Ummu Ieman Ihsan

Tuesday, November 6, 2012

Doa untuk hari ini

Pesanan sesama kita, 
mari sama-sama berdoa, 
moga dikabulkan semuanya.

Kecundang Bukan Bererti Gagal, Ia Bermakna Kita Belum Berjaya


Kehidupan tidak boleh lari dari sejarah. Sejarah itu jugalah yang menjadikan kita sebagaimana kita hari ini. Dan setiap orang punya sejarah kehidupan yang tersendiri. Ramai yang mengatakan tidak boleh berjaya dalam hidup kerana warna-warna sejarah silam. Bahkan ada ramia yang memberi alasan kerana sejarah semalamlah yang menjadikan diri mereka gagal. 

Secara jujurnya, memang adakala sekeliling kita boleh memberi pengaruh kepada diri kita, kerana itu kita sering dingatkan agar memilih rakan serta memilih dengan siapa mahu bergaul. Namun perlu diingat, seseorang yang dirinya kental tidak akan mudah untuk dipengaruhi oleh keadaan sekelilng. Sejarah yang suram di masa silam juga tidak akan menghantui diri hingga menlenyapkan cita-cita untuk terus berjaya. 

Perhatikan ada ramai orang yang dulunya hidup miskin, tetapi sekarang ini mampu berjaya. Ada yang tidak mendapat pendidikan secara formal, tapi masih mampu mencari ilmu dengan cara tersendiri dan akhirnya menjadi orang tersohor. Ada juga yang sewaktu dibangku sekolah mereka bukan sesiapa, bahkan ibu bapa juga bukan dari orang terpelajar, pun begitu akhirnya mereka lahir menjadi manusia terbilang. 

Semua ini mampu terjadi kerana inidividu itu tidak menjadikan sejarah sebagai alasan untuk tidak berjaya. Tetapi sejarah yang lalu itu menjadi pemangkin semangat serta motivasi untuk mengatur strategi kejayaan. Maka belum terlambat untuk anda berjuang mengatur langkah untuk berjaya sebagaimana orang lain sebelum. Jika anda pernah kecundang mereka juga pernah mengalami. Cuma mereka melihat kecundang dari sudut yang positif. Mahu memajukan diri serta terus gigih berusaha tanpa rasa jemu. 

Percayalah, anda belum gagal, cuma anda belum memulakan langkah kejayaan. Oleh itu untuk berjaya langkah pertama adalah permulaan kepada langkah yang beribu-ribu. Yakin dan percaya pada diri sendiri serta tawakkal kepada Allah setelah berusaha adalah azimat. Ingat tiada jalan mudah untuk cemerlang, melainkan perlu berkorban apa sahaja, kerana kejayaan tidak datang bergolek. Selamat maju Jaya.

Monday, November 5, 2012

Pesanan Buat Anak-Anak




Kalaupun benci,
biar tersimpan sebagai rasa, 
jangan diukir dengan kata-kata, 
sama juga bila bercinta, 
jangan diserah segala-gala,
kerana manusia tidak semua sama, 
ada yang berpura bermanis kata, 
Makanya benci dan sayang biarlah seadanya....

Nukilan:
Ummu Ieman Ihsan 

Sunday, November 4, 2012

Separuh Hati Ku Pergi







Dah dua hari kucing kesayangan Chico demam, tidak mahu minum dan juga makan. Bila Si Comel mengajak bermain dia tidak mahu melayan. Tidur dari pagi sampai petang. Malamnya bali ku minta suami melihatkan badannya yang panas... Hmmm bila diurut-urut di bacakan selawat... ooh..Chico rupanya ada masalah dengan kakinya. Entah bila dia jatuh tapi terasa seperti patah, sepanjang masa dia bering di sofa. Apabila di angkat pun badannya layu sahaja. 
Herannya walaupun tangannya tidak mampu bertapak, tapi tengok-tengok dia sudah ada depan pintu bilik tidur ku. Setianya Chico dia setiap malam akan tidur di depan pintu bilik. Bila pagi pukul 5 jdia dan Comel akan mula mengetuk pintu dengan menggaru-garu pintu. Namun pagi ini, jenuh mencari di mana Chico kerana dia tiada di temapt pembaringan yang biasa. Hari ini Chico perlu di bawa ke klinik untuk pemeriksaan tangannya itu. Namun sampai tengah hari baru terjumpa address klinik. Nampak gayanya esok baru boleh membawa Chico ke klinik menjalani pemeriksaan. Badannya pun tidak sepanas kelmarin. Hari ni Chico sudah boleh minum air dan makan daging ayam goreng. Cuma moodnya masih bersedih. Tidak mahu diganggu. 
Tiap kali kucing sakit..memang seprauh hati ku pergi... mengingat kenangan bila kucing mati dek virus dulu..empat ekor sekaligus.. memang rasaya tidak mahu lagi mengalami keadaan itu... Bagi yang tidka minat binatang pasti sukar memahami. kata sahabat ku..itu baru binatang yang namanya kucing.. belum lagi kehilangan orang... Kucing adakala lebih ada rasa kasih di banding manusia... tapi biar manusai atau binatang tanggungjawab kita tetap perlu menjaga kebajikan baik terhadap manusia mahupun alam... Tugas seorang khalifah. 

Sajak Untuk Aku

Tersurat dan tersirat,
tidak sukar dimengerti,
kenal diri tahu potensi,
pasti terbina kekentalan diri,
Buat azimat keteguhan hati,
dengan limpah rahmatMu Ilahi,

Friday, November 2, 2012

Wanita dan Pekerjaan : Dilemma Menjadi Surirumahtangga



Ramai kalangan surirumah merungut apabila ada yang mengatakan mereka tidak bekerja, antaranya berkata “Kami kerja di rumah sahaja... Menjaga anak, sediakan makanan, membasuh pakaian dan siapkan segala keperluan utk keluarga... adakah ianya bukan satu PEKERJAAN...?

Ada lagi surirumah yang menjawab menmberikan pendapat beliau “bukan senang nak uruskan semua benda bagi wanita….kerjaya,suami,anak dan urusan rumahtangga ext.. Jangan pandang rendah pada wanita yang tak bekerja.. Jasa mereka sangat tinggi.dan juga skrng ramai wanita berani sahut cabaran membuat partime bisnes online untuk membantu pendapatan isi rumah disamping anak anak terjaga dan urusan rumahtangga lebih teratur..

Kata seorang surirumah “ saya berhenti kerja untuk menjaga anak kerana tujuan kita bekerja membesarkan anak menjadi aset kita suatu masa nanti. Tapi aset bagaimanakah yang kita nak mereka menjadi? Kerana anak-anak itu amanah Allah untuk kita.. Kadang=kadang ada ibu bapa yg tidak sedar sebenarnya matlamat bekerja untuk apa”

Apabila isu memilih suami yang berpendapatan tinggi seorang surirumah member pendapat “ Dapat suami kaya itu rezeki dari Allah.. Tugas isteri mengurus segala urusan rumahtangga.. Kalau dah suami sibuk siang malam mencarir nafkah siapa pulak nak bagi tumpuan kepada anakanak..Maka jangan pandang rendah tugas surirumah.. Mereka bekerja 24 jam sehari boleh dikatakan! Tapi sekarang ramai housewife buat busnes online or kerja sendiri selagi semuanya tidak mengabaikan tanggungjwb sebenar

Itu antara segelintir surirumah yang memberikan pandangan mereka apabila dikatakan perlu bekerja atau perlu sekadar menjadi suri di rumah. Ada ramai surirumah sekarang ini biarpun berpendidikan tinggi namun memilih untuk berhenti kerja. Mereka berkorban untuk memelihara aset besar dalam keluarga iaitu anak-anak. Ilmu yang ada dapat digunakan untuk mendidik dan mengajar serta membesarkan anak-anak agar menjadi anak yang berguna pada masa hadapan. Itula pelaburan seorang ibu yang jarang dilihat oleh segelintir inidividu. Bahkan mereka sanggup memilih kerjaya yang hebat walaupun rumahtangga tungganglanggan.

Jika diperhatikan scenario di barat atau di Timur seperti jepun umpamanya, ramai yang berpendidikan tinggi tetapi mereka lebih suka bergelar surirumah dan memilih menjaga dan mendidik anak-anak walaupun terpaksa melepaskan ijazah yang dimiliki dan mengabaikan impian mempunyai kerjaya yang hebat. Adakah pilihan mereka tepat? Sudah pasti jawapannya ya, ini kerana anak adalah aset paling berharga dunia dan akhirat. Jika kita salah didik maka kita merana seumur hidup. Mungkin ada juga yang bergelar surirumah tetapi anak-anak masih tidak terurus. Pun begitu pilihan untuk tidak bekerja dan menguruskan rumahrangga demi anak-anak adalah satu pengorbanan dan sumbangan yang besar seorang ibu untuk masa depan anak-anak mereka agar menjadi insane berguna yang dapat menjadi penuymbang kepada Negara bangsa.

Wallahuaalam

Thursday, November 1, 2012

Mana satu diri anda? Penarik tenaga atau pemberi tenaga

Pantas masa berlalu, kita kembali bertemu dengan hari Jumaat yang barakah ini.. Hari ini saya mahu memperkatakan tentang diri kita masing-masing. Cuba anda secara sepintas lalu melihat dan muhasabah diri masing-masing setiap waktu yang kita jalani baik dari segi perkataan atau dari segi perbuatan adakah kita mempamerkan dan memberikan sesuaut yang manfaat untuk orang-orang sekeliling kita atau sebaliknya. Mudah kata.. adakah kita ini memberi tenaga atau penarik tenaga (energy sucker or energy giver).

Bagi memahamkan anda, adakah kita ini suka memberikan kata-kata negatif bila bercakap, atau suka melakukan perbuatan yang buruk hingga timbul meluar oranglain terhadap kita. Atau kita dalam situasi bagaimanapun mahu memberi sesuatu yang positif, baik saat berkata-kata atau berkelakuan. Adakah diri kita ini menjadi tempat untuk mendapatkan dorongan motivasi atau kekuatan? Atau mungkin juga kita suka menarik tenaga orang lain hingga dengan kerenah atau akhlak kita yang tidak baik?
Fikir-fikirkan... moga kita tergolong dalam energy giver atau pemberi tenaga. Penamat cacatan saya untuk hari ini saya tatapkan anda dengan doa ini   moga sama-sama kita mendapat barakah darinya...

Ya Allah...
Ampunkan dosa kami...
Maafkan segala kesilapan kami..
sama ada yang kami sedari dan tidak kami sedari..
Limpahkan hidayah Mu Ya Allah
Berikanlah kekuatan bagi kami meneruskan perjuangan ini
Rahmatilah kami dengan kekuatan Iman..
Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah dan berkat
Untuk kami manfaatkan kepada agama-MU..
Radhalah dengan setiap apa yang kami lakukan.
Terimalah segala amalan kami...
Moga tahun yang mendatang ini
memberikan beribu kebaikan buat kami...
Ya Allah..
Berilah kebaikan dunia dan kebaikan akhirat untuk kami..
Ameen.. Ya Rabbal Alameen.


Ada Hikmah Disebaliknya....


Apa yang kita tidak suka seringkali mendatangi kita... apa yang kita suka pula seperti menjauh dari kita.. suka atau tidak suka, pasti apa yang diperoleh itu ada hikmahnya... kerana Dia lebih tahu apa terbaik buat kita.

Memetik kata-kata yang saya paparkan di page Kenali Diri Bina Identiti tersebut secara realitinya iutlah yang sering kita hadapi. ia membuatkan hidup kita terkejar-kejar kerana mahu mendapatkan apa yangk ita suka hingga kita terlepas pandang apa yang kita tidak suka yang telah kita miliki. Walhal jika diperhalusi apa yang kita suka itu sebenarnya ada banyak manfaat untuk kita. Namun mata hati kita kabur untuk meleihat dan memperhalusi perkara tersebut. Contohnya ada ramai yang mengadu tidak suka dengan tempat kerja yang ada sekarang, tidak bahagia dengan pasangan yang dijodohkan, tidak minat dengan pilihan yang telah tersedia lalu kita mengejar apa yang kita suka... Kita bairkan yang kita tidak suka itu, kita tidak menghargainya..hingga satu masa Allah memberikan apa yabg kita katakan kita suka itu kepada kita. Allah mengkabulkan doa kita untuk meraih apa yang kita suka itu.. tetapi hakikatnya kita kecewa dan tidak merasa bahagia dengan apa yang kita suka itu... Waktu itu baru kita sedari alangkah berharga apa yang sebelum ini kita rasa kita tidak suka, tetapi itulah yang memberi nafas untuk kita, itulah sebenarnya yang memberikan kita bahagia.. baru kita sedar bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita walau sebenarnya kita tidak suka namun ada hikmah yang besar disebaliknya tanap kita duga... 
Wallhuaalam.