Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 27, 2013

Kewajipan Membayar Hutang


Banyak perkara yang sarat di minda bila tidak dicatat maka akan terlupa, itulah saya. Seringkali terdetik sesuatu idea bila tidak dikongsikan maka ia berlalu begitu sahaja. Biarpun belum pasti bernas atau tidak sekurang-kurangnya ia dikongsi bersama. Oleh itu biasakanlah mencatit. Berkongsi tentang mencatit, sememangnya ada dalam Al Quran supaya dicatit perjanjian berkenaaan hutang piutang. Perhatikan kenapa Allah mengingatkan tentang perkara hutang piutang, ini kerana ramainya sekeliling kita susah mahu membayar hutang. Walhal hutang biasanya seseorang inidividu akan ingat. Jarang sekali yang terlupa, jika bimbang terlupa maka catitlah atau pesanlah kepada sesiapa yang hampir. Mana tahu usia hayat kita tidak dijangka maka perlulah berwasiat. 

Tuesday, February 26, 2013

Bantulah Urusan Orang Lain kerana Allah Mempermudahkan Urusan Kita


Sudah seminggu saya sibuk meengurus perpindahan ofis ke premis baru. Banyak perkara yang perlu diselesaikan hingga ada perkara yang terlupa untuk diselesaikan.Kisah petang ini sungguh membawa kesedaran kepada saya bahawa jika kita membantu orang lain maka Allah akan membantu kita. Saya perlu menguruskan sesautu yang penting berkaitan dengan urusan kaunter. Malangnya saat saya sampai dimuka pintu lampu dipadamkan, saya meminta tolong dari dua orang wanita yang berada disebalik pintu minta bantua, tetapi ia tidak diendahkan. 10 minit saya berdiri tetapi sungguh hampa. MasyaAllah masa saya amat suntuk, saya tidak pasti apakah minggu depan saya boleh datang berurusan, dan menyelesaikan semua ini. 

Bila Sedekah dipertikai? Dimana Kewajarannya?


Sedang berjalan bersama anak buah untuk makan tengahari kami didatangi dua orang yang berpakaian baju Melayu dan berkopiah memohon sumbangan untuk mendirikan madrasah di Narathiwat, Thailand. Saperti kebiasaan saya hanya membawa beberapa note yang dirasakan cukup untuk kami makan kerana bimbang dengan di ragut peragut jika membawa handbag. Apabila diminta, saya menghulur sedikit yang ada, lalu diberi resit. Perjalanan kami terhenti di depan sebuah klinik. Pak Cik jaga tersebut meleteri saya sambil berkata, "apa yang bodoh sangat bagi mereka tu duit? Mereka tu sindikit." Katanya dengan nada yang keras. Lalu saya jawab dengan berhemah. "tak mengapa pakcik sebab Allah dan janjikan pahala, apa yang mereka buat bukan lagi urusan saya, itu mereka dengan Allah". 

Wednesday, February 20, 2013

Menggilap Bakat dan Potensi:Dimana Realti 1Murid 1Sukan

Sekadar memberi ulasan dan cadangan memang mudah berbanding merealisasikan.Ia sama dengan orang yang membuat kritikan buku tetapi diri sendiri tidak pernah menulis. Jadi saya tidak pasti diskusi saya ini di mana kewajarannya bagi pembaca, tetapi bagi seorang yang berperanan sebagai ibu bapa memang rasanya wajar untuk saya memperkatakan isu ini.Ia terbuku sudah bertahun tetapi baru hari ini tercetus idea untuk menulis

Kaunseling: Kerjaya Dan Cabaran

Adakalanya bila berfikir tentang kerjaya segelintir individu tidak tahu apa yang mereka ingin jadi. Apabila memhon sesuatu pekerjaan mereka hanya berfikir untuk mendapatkan gaji. Cara kerja mereka dan pencapai juga biasa-biasa. Ada ketikanya minat untuk bekerja menurun dan seringkali bertukar kerjaya.Alasan akan diberi namun tiada satu alasan berkait dengan diri sendiri kerana puncanya adalah luaran.

Tuesday, February 19, 2013

Menanti Saat Kejayaan


Membilang hari... menghitung masa.. mengira saat...  itulah bait-bait kata yang mengambarkan betapa diri ini teruja. Teruja untuk memulakan langkah dan membuat satu perubahan yang besar. Sungguh semuanya menuntut satu keberanian dan satu keyakinan. Tetapi sekali melangkah maka sudah pasti semua halangan akan diredah. Bila mahu berubah maka semuanya perlu dilihat mudah. Berbekal doa dan juga tawakkal dalam setiap langkah perjalanan maka hati tidak akan gundah kerana tahu DIA ada bersama-sama.

Itulah madah yang tersusun saat mahu memulakan sesuatu yang baru dalam hidup. Membuat perubahan perlu dengan tindakan yang pantas, tersusun dan berstrategi. Walau berbalam keputusan yang bakal diperoleh, tetapi dengan langkah demi langkah dihayun pasti akan sampai ke destinasi. Keterujaan dalam meulakan sesuatu perkara demi membina semangat dan perasaan seronok serta membuang rasa was was. Keterujaan ini perlu diletakkan sedikit harapan, biarpun tidak seratus peratus untuk memberi rasa positif pada diri. 

Semoga hasilnya akan memberi manfaat buat semua. Semoga usaha dakwah ini akan menjadi bekal di dunia sana. Ya Allah permudahkann kami... Jadikan cita-cita kami menjadi satu realiti dan bukan hanya ilusi minda. Biarlah langkah kami ini berterusan hingga sampai ke destinasi. beri kami kekuatan saat kami teruji, beri kami harapan saat kami telah hampir berputus harap.. Ya Allah ampunkan segala dosa kami.. andai secara tidak disedari kami terleka dalam gembira, kami lupa dalam kesedihan,  untuk mengucap syukur kepada Mu kerana biar apa jua keadaan kami masih diberi iman.. diberi rahmat dan kasih sayang untuk sentiasa hampir kepada Mu..  Berkati perjalanan hijrah ini Ya Rabb.. Ya Zaljajali wal Ikram.
Ameen.

Berusaha Untuk berjaya, berdoa untuk Kekal Berjaya



Bila Allah menguji, DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa yang penting berdoa agar kita diberi kekuatan unutk menghadapinya. Jika kita diberi kesabaran untuk berdepan dengannya maka bersyukurlah.Moga dengan segala ujian itu dapat menghapus segala dosa yang ada, dapat melembut jiwa yang kusut, dapat menenangkan emosi yang serabut. Moga Barakah dan RahmatNya melimpahi kita, biar apa jua rintangan dan halangan.


Monday, February 18, 2013

Menongkah Arus Cabaran




Aku sendirian
Menongkah arus cabaran
Berlari merentas halangan
Moga ada harapan
Esok menjelma sinaran
Jauh dari kesuraman  
Moga rezeki yang dijanjikan
berada dalam gengaman
Syukur pada Mu Tuhan
Atas segala keperitan
Mengenalkan aku erti kehidupan
Dan hakikat satu perjalanan


Ibtighaa Mardhatillah
Ummu Ieman Ihsan
8 RabiulAkhir 1434 H | 19 Februari 2013

* selesainya satu lagi misi penulisan


Sunday, February 17, 2013

Smart Learning : Bijak Sifir

AL IHSAN TRAINING AND MOTIVATlON
NO 21, JALAN BIDARA 10,
SAUJANA UTAMA,
47000, SUNGAI BULOH, SELANGOR
  

Program Smart Learning : Teknik Bijak Sifir
Tarikh : 17hb. Mac 2013
Masa ; 8.30- 13.00 pm
Tempat : Dewan Raudhah, Al Ihsan Training Centre.
Khas Untuk Pelajar :  6 tahun - 12 tahun
Bayaran : RM25.00 (Harga Promosi)
Maklumat lanjut sila hubungi 0361413372 / No Tel : 0194457172
Tarikh akhir pendaftaran pada 13hb Mac.2013

Friday, February 15, 2013

Permintaan Rezeki

Waktu dalam solat iaitu semasa duduk antara 2 sujud dan doa kita seiiap kali selepas solat pastinya tidak akan ketinggalan memohon agat kita dan keluarga dimurahkan rezeki oleh Allah.

Kita boleh meminta apa sahaja asal ianya baik untuk semua.Dalam konteks rezeki pula.mintalah REZEKI yang HALAL dan yang BERKAT.Dua perkataan ini merupakan perkara yang paling penting bila membuat permintaan rezeki kepada ALLAH. Ada ketika kita mohon rezeki yang banyak dan melimpah ruah tanpa memikirkan soal halal dan berkat.

Thursday, February 14, 2013

Pengalaman Universiti Terbaik



Saya suka dengan kata-kata ini, bersetuju 100% bahawa pengalaman adalah university terbaik dunia.. 
ia dari pengalaman kita belajar erti sebenar kehidupan, dari pengalaman kita dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Dari pengalaman juga mengubah kita yang dulu menjadi kita hari ini...
Maka 
Syukur dengan ujian 
Pasrah dengan cabaran
Redha dengan  halangan
itulah yang memberi kita 
kental semangat berhati waja
mendidik kita jadi lebih dewasa
mentarbiyyah kita dekat kepadaNya
mengajak kita tawaduk denganNya


http://www.myorbitcafe.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=574

http://www.myorbitcafe.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=574

Tawadhuk

Tawadhuk is the highest Level of ubudiyyah.Orang yang paling tawadhuk adalah Rasulullah s.a.w. Sebelum israk Mikraj Rasulullah diuji terlebih dahulu. "Man tawaddaa rafaullah" sesiapa yang tawaduk akan diangkat oleh Allah.
Bagi menjadi tawadduk maka banyakkan membaca Al Quran untuk mengambil iktibar dari kisah-kisah terdahulu.Firman Allah "Kami kisahkan nabi-nabi terdahulu untuk menguatkan hati kamu".
Hidup ini penuh ujian ada hikmahnya. Dengan adanya sifat tawadduk kita akan redha dengan segalanya.
Wallahuaalam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

SUAMI SOLEH

Siapa tak kenal dengan Ustaz Kazim. Dari you tube ke persada media TV dan sudah bergelar ustaz selebriti.Saya sendiri seronok mendengar ceramah beliau. Semalam saya sempat menonton di TV ceramah bertajuk SUAMI SOLEH. Sebut suami soleh siapa tak nakkan? Bila tanya wanita yang jadi GRO,bohsia sekalipun akan menyatakan mahu suami yang Soleh, dengan kata lain suami yang baik,prihatin,bertanggungjawab,beradab dan sebagainya. Mudahkah mendapat suami yang soleh? Tiada yang mustahil kerana Allah menjanjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Menurut Ustaz Kazim, suami yang soleh adalah lebih kepada bagaimana suami melayani isteri. Ada suami yang bersikap panas baran dari muda hingga ke tua, ada yang tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada keluarga dan paling penting bagaimana suami melayani isteri. Ada yang mengambil endah tak endah atau bersikap tidak acuh dengan keluarga.Ada suami yang begitu payah mahu memberikan senyuman walhal bila bersama rakan boleh pula ketawa dan mengilai. Itu belum lagi bercerita tentang suami yang usia sudah lanjut tapi masih gian bermain cinta.Akhirnya rumahtangga berantakan dihujung usia.

Suami soleh ibarat permata bersinar buat isteri. Maka jika anda tidak bernasib baik dan dianugerah Allah suami sebagaimana kategori di atas,maka banyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah agar suami berubah. Dalam pada itu jangan terlalu mengharap dan mahu suami kita menjadi terbaik dan membuat perbandingan dengan suami orang lain.Kehidupan ini sementara, terimalah suami itu seadanya. Ingat pahala dan dosa dikira berasingan.Jangan fikirkan orang lain hingga mengabaikan diri sendiri. Tingkatkan amalan diri agar kita dirahmati Allah.
Wallahuaalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Perlukah Berkasar Bahasa?

Seringkali kita melihat anak-anak bercakap kasar dengan ibu bapa bila berkomunikasi.Jika diperhati apakah sebabnya? Jawapan dari saya mudah,kesilapan ini berjumpa dari ibu bapa. Merekalah contoh terdekat anak-anak.Apabila ibu bapa bercakap kasar,sering bergaduh di depan anak-anak maka anak-anak belajar dan meniru semua ini dari pemerhatian mereka.

Jangan menyalahkan orang lain jika ibu bapa ibarat ketam mengajar anak.Oleh itu ibu bapa perlu mencermin cara mereka bercakap,berbual,berkomunikasi atau memberi refleksi dari percakapan. Jika sebelum ini suka mencarut,menaikkan suara bila marah, menggunakan ayat yang sinis maka sampai masanya ibu bapa mengubah tingkahlaku mereka. Ibu bapa mem'portray' sikap serta tingkahlaku yang baik maka sudah pasti anak anak akan mengikut.
Memang tidak mudah bila diusia dewasa mahu berubah. Namun sedikit sedikit lama kelamaan kita akan sebati dengan perkara baru tersebut.Doalah kepada Allah agar kita dan keluarga dilindungi serta diberkati dengan sifat-sifat mahmudah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Wednesday, February 13, 2013

Wanita Muslimah dan Perniagaan


Lama saya tidak berkesempatan menulis di sini dek kerana bercuti dan melayan keluraga, dalam masa sama saya sibuk menyiapkan dan mengedit buku Tokoh usahawan Muslimah yang sudah pun lelepasi masa yang perlu saya submit. Namun di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman saya bertemu wanita-wanita yang hebat mencipta kejayaan dalam perniagaan serta bersemangat dalam mengejar impian. Salah seorangnya sahabat saya yang sama bersekolah menengah MM dan sama belajar di Universiti dan sekarang ini kami sama aktif dalam satu Yayasan Kebajikan. Bila bercerita tentang perniagaan, beliau seorang yang percaya pada apa yang mahu diusahakan dan penuh dengan strategi. Orangnya sangat simple dan ringkas walaupun bergelar CEO kepada syarikat yang gah. Beliau juga sangat menitik beratkan agama dalam apa jua hal. Biarpun sudah gah dengan pelabagi jenis perniagaan tidak lama lagi beliau bakal membuka sebuah cafe dan juga pasaraya. Kegigihan beliau dalam melaksanakan misi perniagan serta dalam masa sama menjadi ibu kepada lima orang anak sudah pasti boleh dicontohi oleh ramai wanita di luar sana. 

Kesimpulannya menulis buku tentang perniagaan, berkenalan dengan orang-orang yang berjaya dalam pelbagai jenis perniagaan dan pelbagai latar belakang banyak memberikan pengalalam dan pengajaran pada diri sendiri. Sungguh berniaga itu perlukan kesabaran, serta teguh dengan prinsip. Saya mendoakan agar mereka yang semua dilimpahi rahmat dan memperoleh rezeki yang berkat. kepada  sahabat saya Ramlah, moga maju jaya dalam perniagaan yang baru diceburi. Saya berbangga mepunyai rakan yang ada semangat berniaga. Seomga boleh mencipta kejayaan sebagaimana Saidatina Khadijah. 
Ameen.  
  

Thursday, February 7, 2013

Diari Seorang Penulis : "A Silent Income"


Salam ukhuwwah, semoga datangnya Jumaat penghulu segala hari memberi barakah dan rahmat buat kita semua. 

Saya terpanggil untuk menulis tentang tajuk di atas kerana semalam saya terbaca dalam post FB penulis sejarah terkenal iaitu Pak Latip di FB beliau. Menurut beliau ada satu novel yang dikarang oleh beliau mendapat anugerah sayembara pada 2009, dam pada 2010 terjula sebanyak 24 naskah. Royalti yang diperoleh adalah pada 2013 berjumlah sebanyak RM60 +++ )saya lupa angka sebenar tetapi tidak samapi pun RM70.00. 

Wednesday, February 6, 2013

Pergi Tak Kembali

Teringat saya pada nasyid yang dialunkan bertajuk "Pergi Tak Kembali" saat mendapat berita suami sahabat saya yang tinggal setaman, sama belajar di universiti dulu meinggal dunia. Melihat dia menghantar pesanan kepada rakan-rakan FB saya dapat merasakan kuatnya semangat beliau. Sungguh maut tidak mengenal sesiapa, bila orang yang kita sayang di ambil pergi seperti tidak mahu percaya, seperti tidak boleh menerima. Itulah hakikat kematian. Kita yang tinggal ini perlu menerussan perjuangan. 

Sememangnya perit bergelar ibu tunggal. Saya melihat semua itu dari pengalaman ibu sendiri. Mungkin ada yang memilih untuk mencari pengganti, Tapi tidak semua mahu bebruat demikian . ramai ibu tunggal yang memilih untuk hidup sendiri hingga hujung usia. Mereka sanggup memikul segala tugas sendirian. Cekal dan tabah dengan segala ujian.

Ramai ibu tunggal yang ditemu bual dan ditemui rata-rata mereka ternyata ada kekuatab tersendiri dala mengharung kehidupan. Salah satunya mereka amat kuat berpegang kepada agama. Itulah yang membantu mereka berjaya meneruskan hidup walau dilanda badai ujian. Mereka berdiri dalam senyum walau hati sarat dengan kesedihan. Moga sahabat saya, diberi kekuatan olehNya meneraju hidup sendirian tanpa suami. Saya percaya beliau mampu membesarkan anak-anak, sementelah anak-anaknya anak yang baik dna patuh pada ibu bapa. Moga Allah mencucuri ruh suami beliau dan diampuni segala dosa serta ditempatkan di syurga.Ameen.




Story for the kids


A young man, a student in one of the universities, was one day taking a walk with a Professor, who was commonly called the student's friend, from his kindness to those who waited on his instructions.

As they went along, they saw lying in the path a pair of old shoes, which they supposed to belong to a poor man who was employed in a field close by, and who had nearly finished his day's work.

The student turned to the professor, saying: "Let us play the man a trick: we will hide his shoes, and conceal ourselves behind those bushes, and wait to see his perplexity when he cannot find them."

"My young friend," answered the professor, "we should never amuse ourselves at the expense of the poor. But you are rich, and may give yourself a much greater pleasure by means of this poor man. Put a coin in each shoe, and then we will hide ourselves and watch how this affects him."

The student did so and they both placed themselves behind the bushes close by. The poor man soon finished his work, and came across the field to the path where he had left his coat and shoes.

While putting on his coat he slipped his foot into one of his shoes, but feeling something hard, he stooped down to feel what it was, and found the coin. Astonishment and wonder were seen upon his countenance. He gazed upon the coin, turned it around, and looked at it again and again.

He then looked around him on all sides, but no person was to be seen. He now put the money into his pocket, and proceeded to put on the other shoe; but his surprise was doubled on finding the other coin.

His feelings overcame him; he fell upon his knees, looked up to the heavens and uttered aloud a fervent thanksgiving in which he spoke of his wife who was sick and helpless, and his children without bread, whom this timely bounty, from some unknown hand, would save from perishing.

The student stood there deeply affected, and his eyes filled with tears. "Now," said the professor, are you not much better pleased than if you had played your intended trick?"

The youth replied, "You have taught me a lesson which I will never forget. I feel now the truth of these words, which I never understood before: "It's more blessed to give than to receive."

Abdullah bin Abbas (radi Allahu anhu) reported that the Prophet (sallAllahu alaiyhi wassallam) said that encouraging good, prohibiting evil, lifting the burden of the weak person and removing an offensive thing from a path are all acceptable prayers to Allah

Adapted from FB Page: Islam for Kids

Appreciate Others


When I was a kid, my Mom liked to cook food and every now & then I remember she used to cook for us. One night in particular when she had made dinner after a long hard day at work, Mom placed a plate of bread jam and extremely burned toast in front of my dad. I was waiting to see if anyone noticed the burnt toast. But Dad just ate his toast and asked me how was my day at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember I heard Mom apologizing to dad for burning the toast. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned toast." Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, "Your mom put in a long hard day at work today and she was really tired. And besides, A burnt toast never hurts anyone but harsh words do!" You know, life is full of imperfect things and imperfect people I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years, is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each other’s differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship. Life is too short to wake up with regrets. Love the people who treat you right and have compassion for the ones who don't.

Adapted from FB Page : Islam for kids.

Tuesday, February 5, 2013

Warna Langit

Warna yang memutih
Salju jiwa mendamaikan rasa
Menutupi resah yang berkelana
Merawat gundah hati
Dilangit berlagu kata
Indah ciptaan Dia
Mengamit pergi segala nestapa
Membiru cahaya di dada langit
Mempesonakan minda
Menyuntik bahagi
Seputih awan menari
Menghias langit
Membiaskan keikhlasan
Menyuntik semangat waja
Warna warni yang tercerna
Membawa hambaNya
Meneroka kembara hidup
Mensyukuri apa yang ada.

Ummu ieman ihsan
Balik Pulau

Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Hayati Konsep Memberi

Seringkali kita diseru untuk memberi kerana memberi itu lebih baik dari menerima.Soalnya sanggupkah menghulur, apa yang mahu diberi jika tidak mempunyai apa boleh diberi?Ikhlaskah memberi jika sebetulnya mampu?

Mudah sahaja mengukur keupayaan memberi, iaitu menilai apa yang sudah kita miliki dan melihat pada mereka disekeliling kita yang tidak mempunyai. Memberi pastinya lebih dinilai pada sudut material. Sebenarnya konsep memberi mencakupi banyak perkara seperti memberi masa yang berharga melawat seseorang yang ditimpa musibah,memberi idea pada rakan yang memerlukan, memberikan tenaga pada jiran tetangga, Pendek kata untuk memberi banyak perkara boleh diberi, tetapi mudahkan untuk melaksana?

Monday, February 4, 2013

Belajar dari Pengalaman


Kadang-kadang dalam hidup kita,, ada beberapa perkara yang Allah memberi kita merasa apa yang tidak pernah kita rasa. Mungkin ia satu perkara yang manis atau yang pahit. Hikmahnya adalah untuk kita merasa suasana dan keadaan kerana ia memberikan kita satu inspirasi saat kita mengalaminya. Itu lah juga apa yang saya alami. Bila berdepan dengan perkara sebegitu pada mulanya kita akan tertanya-tanya. Tetapi bila kita mengalami sendiri pengalaman itu ia menjawab segala persoalan...