Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Sunday, June 30, 2013
Rumahtangga: Suami sebagai role model
Thursday, June 27, 2013
Elakkan berhutang untuk kesejahteraan rumahtangga
Bismillah, Jumaat datang lagi.. dan Ramadhan makin dekat terasa.. lama saya tidak berkesempatan menjengah di sini walau ada banyak isu yang mahu diperkata. Hari ini saya ingin memperkatakan tentang isu hutang piutang yang memberi impak pada rumahtangga.
Bercerita tentang hutang, dari mana ia datang? Adakah kita boros berbelanja atau kita sebenarnya memang tiada punca lalu terpaksa berhutang, atau mungkin juga kita mahu dilihat hebat dan bergaya lalu sanggup berhutang? Ada juga yang seawal mendirikan rumahtangga sudah berhutang. Mahu menempah pelami hebat, hantaran serba satu, catering yang sedap, jemputan beribu dijemput maka kerana itu ada segelintir yang mebuat personal loan dan sebagainya.
Monday, June 24, 2013
Hakikat Cinta dan Jodoh siri 1.
Sunday, June 23, 2013
Amalan Nisfu Syaaban
Saturday, June 22, 2013
Erti merdeka
Hamba dlm ertikata tidak boleh sebebasnya. Istilah sufi bila kita berkehendak pada sesuatu maka dia merdeka.
Contoh orang miskin yang boleh letak kepaka di mana2. Ada juga yang miliki tapi tidak mampu tidur lena walau bertilam empuk.
Maka orang yang merdeka tidak mengharap pada dunia, mereka ini bersifat 'Qanaah'.
Maka betsyukurlah dengan apa yang dimiliki.ertinya orang merdeka tidak kisah dengan kehilangan. Hati yang ikhlas adalah petanda jiwa yang merdeka. Seseorang yang menjadi hamba bila dia tamak.Bila keinginan mencapai dunia hingga sanggup berbuat apa sahaja hatta berbuat perkara syubhah.
Ikan yang hebat jika terumpan maka dia menjadi habuan makanan. Helang yang terbang tinggi terbang hebat jika terjerat maka dia menjadi tawanan manusia.
Kita aman merdeka jika kita tidak tamak. Realitinya pentas dunia ini membuat kita lupa halal haram. Walhal kita akan dihitung satu persatu salah satunya adalah rezeki yang diperoleh.
Kenapa seorang putus asa mendapat kerugian?
Putus asa yang baik jika dia memilih berusaha, ia tidak baik kerana kita akan terputus rahmat Allah maka syaitan akan menghasut. Putus asa yang membawa kepada perbuatang mungkar mengundang kerugian. Ia tidak patut ada dalam diri kerana mengurangkan keimanan.
Ibarat neraka azabnya pedih umpama hujung puntung rokok yang jatuh di atas kulit amat menyakitkan.
Seorang anak yang hidup dalam kaya raya memilih untuk membunuh ibubapa demi mempercepatkan harta pusaka. Lalu dia tidak mendapat hak.
Kisah seorang yang mashk ke hutan yang mendapat harta , bila lapar mereka meminta salah seorang membeli makanan. Dua yang tinggal berpakat untuk membunuh sahabat mereka. Bila sahabat itu dalam perjalanan dia terfikir mHu meracun sahabatnya. Lalu dia bila sampai di bunuh oleh dua sahabatnya, setelab itu sahabat tersebut memakan makanan yang mengandungi racun maka kesemuanya mati . Maka yang tamak selalu rugi.
Bagi menjadi merdeka kita perlu memohon ampun kepada Allah dan mengharap hanya padaNya .Teladan terbaik adalah rasulullah dan para sahabat. Selain itu para ulama adalah juga merupakan pewaris nabi.
Sent from my iPhone
Friday, June 21, 2013
Rumahtangga; Hikmah disebalik perceraian
Bismillah
Kisah kehidupan keluarga... seorang bekas pelajar bertanyakan persoalan bagaimana mahu berpisah dengan suami yang menagih dadah kerana suami merayu untuk mahu bersama dan keluarganya pula memujuk... Hakikatnya tiada siapa mahukan perpisahan. Perceraian adalah amat menyakitkan apatah lagi buat isteri yang sudah mempunyai anak-anak. Namun perit itu juga berganda-ganda jika suami tidak mahu insaf dan silih berganti keluar pusat serenti.
Wanita dan Kerjaya : Bila terpaksa buat apa yang kita tidak suka
Tuesday, June 18, 2013
Resepi Nasi Mandy Chef Sabri
Bismillah, moga dalam barakah Allah..
"To be a good chef you must cook a thousand times...." Chef Sabri.
Ahad lepas saya berkesemptan hadir pada program demo masakan oleh Chef Sabri yang dianjurkan oleh Maidah Cuisine sempena pelancarannya dan pembukaan pasaraya Ansor Mart. Mungkin rezeki saya kerana program bersama pelajar terpaksa dibatalkan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka saya berpeluang belajar beberapa resepi dengan Chef Sabri, paling seronok sebab belajar masak masakan Arab iaitu Nasi Mandy kegemaran suami. Paling best ia tidak berbayar bahkan dijamu lagi dengan pelbagai masakan yang enak oleh penganjur (pemiliknya adala Puan Ramlah sahabat saya yang merupakan salah seorang tokoh Usahawan Muslimah buku terbaru saya).
Menurut Chef Sabri masak perlu happy. Saya setuju 100% memasak jangan rasa itu satu bebanan, Jika tak pandai boleh belajar, jika tak minat buat-buat minat lama-lama seronok kerana kita memasak untuk keluarga. Air tangan isteri pastinya akan memberi bahagia buat suami.
Bagi anda yang berminat dengan nasi Mandy boleh mendapatkan resepi di bawah:
1. Bahan-bahan untuk Nasi Mandy :
- 3 cawan beras basmati
- 21/2 cawan air
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan garam
- 1/2 sudu makan chicken stok
- Daun pandan
- Bawan putih dua labu dihiris nipis
- Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
- 2 sudu serbuk ketumbar
- 2 sudu serbuk jintan manis
- 2 sudu serbuk jintan putih
- bawang putih- 3 cubit
- halia-1 cubit
- stok ayam
- garam
- gula
- air limau nipis (sebiji)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- 1/2 timun (potong dadu)
- Daun pastry, daun sup, daun ketumbar, daun bawang dihirsis.
Monday, June 17, 2013
Wanita dan Kerjaya
Sunday, June 16, 2013
Maka nikmat Allah manakah yang kamu didustakan
Thursday, June 13, 2013
Amalan Sunat Bulan Syaaban
Alhamdulillah bertemu lagi dengan penghulu hari yang barakah, terasa Ramadhan semakin hampir bila Syaaban tiba. hari ini sudah 5 Syaabaan, bulan yang digalakkan untuk menambah amalan ibadat baik solat, puasa dan apa sahaja amalan yang baik maka kita disuruh untuk menggandakannya.
Memperkatakan tentang amalan sunat kita juga perlu prihatin kerana ada banyak amalan - amalan yang digalakkan untuk dilakukan tetapi ia bersandarkan kepada hadith yang tidak sahih. Sebagai contoh amalan puasa, ada yang berpuasa selama tiga bulan berturut-turut iaitu sejak dari Rejab, Syaaban hingga Ramadhan walhal ia bukan dari sunnah Rasulullah. Puasa yang sebaiknya adalah melakukan secara istiqmah isnin dan khamis serta boleh juga jika mahu mengikut amalan puasa Nabi Daud, ia amatlah digalakkan. Selebihnya janganlah kita terlepas amalan puasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa.
Sebenarnya bukan mudah menjadikan amalan puasa sebagai amalan, sama seperti bangun malam mendirikan tahajud. Ia menjadi alah bisa tegal biasa jika permulaanya dilakukan secara berterusan. Mata dengan sendiri akan jaga bila tiba waktu. Selebihnya mohonlah kepada Allah agar kita mampu beramal dengan sempurna baik yang wajib mahupun yang sunat. Kita tidak tahu adakah amalan itu diterima atau tida kerana itu kita tidak perlu rasa riak dengan apa yang telah diperbuat. Moga-moga Allah memasukkan kita dalam golongan para solihin.
Wallahuaalam.
Monday, June 10, 2013
Sebaik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain
Keibubapaan : Peranan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak
Sunday, June 9, 2013
Hidup menanti mati siri 11
Baru sahaja sampai dari rumah setelah sehari pulang ke kampung dan menghantar anak-anak ke asrama tiba-tiba telefon berdering lalu di hujung suara kakak sulong saya memaklumkan suami sahabat baik yang juga kakak kepada isteri anak buah saya meninggal dunia secara mengejut. Apa yang lebih menyedihkan isterinya iaitu sahabat itu sendiri berada di Mekah menunaikan umrah.
Friday, June 7, 2013
Islam Menggamit Hati Apa Peranan Dai'e?
Thursday, June 6, 2013
Hidup Menanti Mati Siri 1
Bismillah....
Semalam ada pelbagai agenda yang mahu diselesaikan kerana cuti sekolah makin hampir, waktu berurusan di bank saya mendapat panggilan menyatakan Pak Cik meninggal dunia. Bertahun kami tidak berjumpa. Dia juga bertahun-tahun tidak pernah datang ke rumah kami... setelah sekian lama tidak berjumpa akhirnya perkhabaran terakhir adalah meninggal dunia... Itulah dunia..bila kita sibuk dengannya maka adakala kita tidak sempat untuk saling berhubung lebih-lebih lagi bila duduk berjauhan... Maka petang semalam saya mengajak suami untuk ziarah MakCik. Semua anak-anak dibawa bersama.... setidaknya mereka mengenali saudara mara yang masih ada..
Wednesday, June 5, 2013
Nilai Diri Seorang Mukmin
Monday, June 3, 2013
Ibu derhaka atau Anak yang derhaka Iktibar buat diri
Nota l: IBU DERHAKA?
24 Rejab 1434Wahai Ibuku,Maafkan daku jika apa yang terbuku di hati terluah jua. Daku mahu nyatakan seorang ibu yang solehah perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik. Ibu tidak sepatutnya berbicara mengikut nafsu.Berfikirlah sebelum memarahi dan memaki hamun anakmu ini. Daku sedih dan sayu. Malah daku terasa cemburu dengan rakan yang mempunyai ibu penyayang, membelai mesra dan memberi kasih sayang serta sanggup berkorban apa saja untuk anaknya.Daku terasa-rasa ibu sememangnya tidak menyayangi daku. Ibu hanya mahu menggunakan kudrat ku menguruskan kerja-kerja rumah. Jika tidak kerana $ku agaknya sudah lama aku terusir. Aku yang penat berkerja siang malam mencari rezeki dan menguruskan rumahtangga tetapi ibu tidak pernah mengambil tahu perasaanku.Kenapa mulut mu terlalu jahat? Ibu terlalu suka menyakitkan hati ini. Kenapa aku dituduh anak sial? Apakah kerana kelahiranku ibu dan ayah bercerai? Kenapa ada pilih kasih di antara daku dengan abang-abangku?Banyak kisah lalu ku melekat di benak minda. Kenapa begitu mudah dikau mengherdikku semata-mata mahu aku menyusun barangan belian. Aku tidak dapat memahami kenapa dikau hanya membeli tiga keping cokelat kandos dan memberikannya kepada along, angah dan alang.Di mana daku di sisimu?Mataku terkelip-kelip melihat gelagat ibu yang kedekut dan kegembiran abang-abangku. Masih aku ingat bila Abang ngah bertanya, "manaa cokelat chik?". Lalu ibu menjawap dengan kasar, "dia tidak payah!".Abang-abangku terdiam. Mereka menikmatinya dengan aku menelan air liur. Biarlah. Aku tidak mahu menangis. Ibu mengajar aku untuk mempunyai hati sekeras batu.Namun kasih abang terhadap adiknya masih ada. Ketika ibu tiada di mata, abang segera mengambil sekeping cokelat yang disorok along untuk dijamah oleh aku. Ketika inilah aku menitiskan airmata bersama kunyahan kasih sayang yang diberikan oleh abangku.Mereka memujuk aku agar jangan ambil hati terhadap ibu kerana mereka semuanya sayangkan diriku. Kami sama-sama berpeluk sambil menangis buat seketika. Aku berkata terima kasih along, terima kasih angah, terima kasih alang.Namun di sisi ibu aku terasa seperti sampah.Masa itu telah lama berlalu. Kini ibu di rumah kebajikan orang tua. Sejujurnya aku tidak boleh mempaksa hatiku ini untuk mengasihi dan menyayangi ibuku walaupun aku tahu betapa dengan melihat wajahnya yang masam mencuka membolehkan banyak ganjaran pahala.Perasaanku masih remuk berderai bagaikan jatuhnya kaca di lantai. Aku takut menjadi anak darhaka namun aku tidak mampu memberi kasih sayang.Aku hanya terpaksa memberi belas kasihan kapada ibuku. Aku mohon keampunanMu ya Allah.Nota DZ: Mahukah kita membezakan kasih-sayang terhadap anak-anak? Apakah respons kita sebagai seorang anak? Kisah ini adalah kisah benar yang telah saya temui dalam menjalani kehidupan sementara ini.Kisah di atas menarik untuk diulas.. pada hemat saya biat bagaimana sekalipun sikap dan perangai ibu bapa kita namun mereka tetap ibu kita.. Tidak wajar sebagai anak mahu membalas dendam terhadap ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.... Jika benar ibu bersalah janganlah kita anak yang menjadi hakim kepada kesilapan mereka... Percayalah.. Esok adalah apa yang kita beri hari ini..Wallahuaalam