Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 21, 2011

Alahai Kenapa Jodohku Dengan Dia



Ramai dikalangan kita hari ini merasakan mereka melakukan kesilapan dalam memilih jodoh.Persoalannya mengapa ini terjadi? Bagaimana penyelesaiannya? Berkahwin tidak semudah mengungkap lafaz cerai. Membina begitu susah, meruntuhkannya boleh sekelip mata. Tidak cukup dengan menyalahkan diri sendiri, orang lain juga terkena percikannya, baik ibu bapa mahupun rakan taulan.  Kehidupan adalah perancangan yang kita seringkali akan menemui sesuatu yang kita sukai dan tidak kita sukai. Biar apa pun terimalah ia dengan seadanya kerana berkemungkinan apa yang kita sukai sekarang mungkin boleh bertukar menjadi sesuatu yang kita benci, begitulah sebaliknya. Pepatah melayu sering kita dengari "tak kenal maka tak cinta, dah cinta hingga tergila-gila".Alam perkahwinan sekiranya tidak dirancang dengan betul akan menimbulkan pelbagai bentuk kesukaran dan masalah. Jangan tergesa-gesa menerima atau memilih pasangan hidup semata-mata kerana tekanan daripada persekitaran. Berkahwin biar bersebab dan sebabnya sudah semestinya kerana agama.Perkahwinan merupakan pelengkapkan kepada agama lantaran sunnah Rasulullah. Justeru, kita harus memilih individu yang betul untuk melengkapkan apa yang disarankan oleh agama kita. Jika tergesa-gesa, mungkin tersalah pilih.Apabila tersalah pilih, bukan sahaja agama tidak dapat dilengkapi, malah mungkin menambah kesukaran. Sebelum berkahwin, kita mungkin mengidamkan seorang suami yang boleh mengimamkan solat berjemaah. dengan kata lain, suami yang beragama, yang soleh, yang boleh membimbing.Oleh kerana tergesa-gesa berkahwin tanpa diselidiki terlebih dahulu, ditambah pula diri sendiri selama ini tidak mahu mendalami dan mengenali ilmu-ilmu agama.Maka kitalah yang menanggung risikonya dikemudia hari.
Selain itu ada juga yang lama bercinta, mengambil masa bertahun-tahun menyulam kasih, namun bila berkahwin mula timbul segala yang tidak kena. Iktibarnya, masa berkasih dan bercinta, biarlah cinta itu kerana Allah bukan kerana mahkluk. Percintaa yang didasari kerana Allah Taala akan menemukan sesuatu yang luhur. Sudah pasti kita akan mendapati pilihan itu amat tepat kerana berlandaskan kehendak agama serta kita sendiri mematuhi segala suruhan dan larangan agama. Andai berlaku kesilapan dalam membuat pilihan mungkin juga kerana kita sebelum ini hanya melihat pada luaran tanpa menitik beratkan sifat-sifat dalaman yang sebenarnya amat penting.Cantik dimata tetapi jika budi pekerti tiada apalah gunanya.Oleh itu untuk tidak tersalah pilih, ikutlah laluan yang telah diajar dan diatur oleh syariat.Semoga pilihan kita itu dari Allah dan kerana Allah.
Dipetik dari nukilan penulis dari buku yang bakal diterbitkan oleh PTS Milinea  "JODOH DAN PERSOALAN PERKAHWIANAN"

No comments:

Post a Comment