Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 29, 2011

Kebahagiaan Adalah Kejayaan

Allah berfirman maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari pada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 153)

Kejayaan hakiki dan abadi adalah apabila kita menjadi muslim yang sejati yang memahami bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan untuk kita bercucuk tanam. Sampai masa tuhan akan mengambil segala yang ada. Untuk kita fahami konsep kejayaan maka perlu kita lihat kejayaan itu ada beberapa bahagian iaitu
Kejayaan Dunia:
§  Kejayaan Ilmu ( Memiliki ilmu dan berkongsi ilmu serta memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan ummah)
§  Kejayaan Harta ( Mempunyai harta dan memanfaatkanya ke jalan Allah)
§  Kejayaan Pangkat ( Memiliki pangkat dan menggunakannya untuk kebaikan semua)
§  Kejayaan Rumahtangga ( Mempunyai rumahtangga bahagia, sejahtera dan menjadi contoh kepada oarang lain )
Kejayaan Akhirat 
§  Terlepas Azab Seksa Kubur
§  Mendapat Syafaat Rasululuah
§  Melepasi Titian Sirat
§  Dipilih Sebagai Penghuni Syurga

No comments:

Post a Comment