Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 21, 2011

Barang yang lepas jangan dikenang

Pernahkah anda melakukan kesilapan? Dan kesilapan itu menghantui anda sepanjang masa..Berkatalah kepada diri “ yang lepas biarkan berlalu menjadi pedoman, masa yang akan datang kita direnungi bersama”. Inilah yang perlu kita lakukan, kerana untuk mengubah masa lampau itu adalah perkara yang diluar kemampuan kita. Sebab itu orang-orang tua sering berpesan supaya kita pandai dan sentiasa menjaga diri. Kerana apa? Kerana apabila nasi sudah menjadi bubur kita tidak boleh menjadikan ia sebagai nasi semula. Perumpamaan ini menjadi pedoman dalam hidup kita. Sentiasalah berfikir perkara baik dan buruk apabila kita ingin bertindak atau melakukan sesuatu perkara. Sebab cara mengelakkan diri dari melakukan kesilapan adalah memohon petunjuk Allah, selain itu jagalah solat. Dengan menjaga solat maka kita juga boleh menjaga diri kita dari melakukan perkara yang mungkar. 

No comments:

Post a Comment