Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, November 19, 2011

MENCARI AL-BALKHI….

Menggapai Cita-cita
Sudah empat tahun setengah aku bernaung di bawah gedung mercu kejayaan ini. Rasa lelah, penat, kecewa dan pelbagai perasaan menghantui ku. Sehingga ada rasa aku ingin menamatkan sahaja perjalananan ini. Jika tidak ku fikir pengorbanan suami, anak-anak, serta bonda yang sering memberi ku semangat sudah pasti, aku tidak lagi menyusur laluan kemboja, melihat pekat aliran air sungai yang berliku melalui tepian bangunannya dan sudah pasti aku tidak dapat merasa bagaimana nyaman udara tepi bukitnya yang begitu segar dan mendamaikan jiwa. Dan apa yang paling aku rindu adalah tawa dan bicara saat bersama teman-teman yang mejadikan wacana ilmu satu bahan perkongsian. Nostalgia ini payah untuk aku tinggalkan.
Mengimbas kenangan empat tahun yang lalu membawa aku ke gedung ini . Keinginan dan cita-cita yang terpendam sekian lama membawa aku untuk menambahkan ilmu, memahamkan minda membawa aku bertemu dengan Sifu 1. Ingatan ku terpanggil  mengingatkan pertanyaan ku padanya, “Maaf Sifu, boleh saya Tanya, adakah Sifu tahu tentang Islamic Counseling?” Nada suara ku penuh dengan rasa ingin tahu. “Maaf saya tidak tahu” Sifu 1 menjawab sambil lewa, tanpa memandang anak mata ku. Sifu 1 meninggalkan aku termanggu-manggu penuh tanda tanya. Sejak hari itu aku tidak bertanya lagi, tapi memulakan tekad untuk belajar memahami perkara biasa yang dituntut oleh ku. Menimba ilum perlu banyak membaca dan memerhati, itu pesan guru-guru. Realitinya, saat dan waktu itu amat cemburu dengan ku, kini aku sudah di ambang masa, aku perlu habis dan tamatkan segera segala apa yang telah aku mulakan. Masa berlalu pantas. Pengetahuan dan keinginan untuk pencarian ku msih tidak terpenuh. Namun apakan daya, rasa dan emosi itu berlalu dalam keadaan aku sendiri hampir hilang punca. Ramai yang aku tanya,banyak jawapan telah diberi tapi segalanya seperti tidak menepati. Segala yang aku buat di tolak dengan alasan belum melengkapi...

Ranjau Menuju Saat Pertemuan
saat mengajukan pertanyaan “Maaf apa yang di buat ini semua tidak menepati, saya rasa awak perlu melihat penulisan Al Balkhi untuk memperkuatkan teori ini” kata Sifu 3..  “Siapa Al-Balkhi Sifu 3? Tidak pernah saya dengar namanya” Ujarku bertanya ingin kepastian.  “Ya betul, tidak banyak yang anda boleh tahu tentang dia, hanya ada article yang memperihalkan dirinya, ada secara detail, tapi dalam bahasa Arab” . Jelas Sifu 3. “Maklumat tidak banyak tapi bagaimana saya boleh mengetahui tentang Kaunseling Islam melaluinya”. Tanya ku dengan nada risau. “Ya boleh saja. Mengapa tidak! “ Sifu 3 menetapkan arahannya. Sifu-sifu yang lain juga terkesima kerana baru pertama kali mereka mendengar nama tersebut, ada kalangan Sifu yang mula mencatit maklumat yang baru diberi.
Alahai, rasa kekesalan di hati berombak-ombak mahu ku lepaskan dengan kata-kata, kenapa Sifu 3 tidak menyatakan padaku dua tahun yang lalu saat aku beberapa kali bertemunya. Juga terfikir dibenakku mengapa pertemuan enam bulan dahulu sewaktu Sifu 3 mengatakan kajian ku tidak bagus dan perlu diperkemaskan lagi dengan Al Balkhi. Padahal jika aku diberitahu lebih awal sudah pasti akan ku cari gelaran si Al-Balkhi ini. Kata sepakat dicapai dan hujjah penutupan dibuat dengan semua Sifu menyatakan aku perlu mendapatkan Al Balkhi demi menyempurnakan kajian ini.
Usai pertemuan bersama semua Sifu aku terus mengkhabrkan khabar kepada sahabatku Kak Nik. Bukan apa, aku sebenarnya terfikir kenapa Maqasid Shariah yang ku sertakan dikatakan tidak begitu mendalam untuk menjadi asas kepada teori Kaunseling Islam? Malamnya ku khabarkan kepada Kak Nik sahabat ku yang banyak berdiskusi bersamaku tentang pembinaan teknik Kaunseling secara Islam.  “Kin, akak dah jumpa Al-Balkih”katanya penuh teruja.  Aku seakan ingin melompat saat mendengar khabar itu “Ye mana kak?.  "Okay, esok awak datang akak temukan” Kak Nik penuh gembira tanpa sabar juga ingin menemukan Al Balkhi yang aku sendiri baru beberapa jam mengethuinya tentang dirinya.


Hari 1
"Kak banyak juga ya jurnal yang bercerita tentang Al-Balkhi, tapi semua tak dijelaskan secara terperinci” Kesalku bersarang saat bertemu kak Nik. “ Hmm, nampak gaya saya kena cari juga la buku tu kak”. Kataku pada kak Nik dengan hati gundah “Ok takpa, Kin balik baca dulu la mana yang ada tu”Kak Nik memberi semangat pada ku. “Susah juga kak, yang lain yang disuruh baiki saya dah buat, tinggal ini je, kalau tak dapat susah kak saya”Aku menjawab dengan kebimbangan. Petangnya selepas bertemu Kak Nik aku melangkah ke Maktabah Kubra mencari Al-Balkhi. Jenuh mencari namanya namun tidak aku dapati. Jam telah hampir ke pukul 6.30 petang. Hati berdetik kencang mengingatkan diri yang aku tidak boleh lama di sini, Ieman mungkin sedang menanti untuk makan malam, aku bergegas pulang. Tak mengapa desis hatiku memujuk diri sendiri, esok ada lagi peluang, aku boleh datang. Aku berjalan ke kereta dengan perasaan yang penuh kecewa mengalas sesuatu yang belum selesai.


Hari 2
Aku berazam hari ini apa jadi pun pasti akan menemukan aku dengan Al-Balkhi. Rancak jariku memetik komputer mencari-cari maklumat Al-Balkhi, tapi usaha itu ternyata sia-sia. Lantas aku teringat untuk menanyakan Sifu 3. Lalu aku menghantar makluman nelalui khidmat pesanan ringkas bertanya Sifu 3 apa tajuk buku, balasan Sifu 3 melalui telefon bimbit tertera pada skrin "Masalihal Abdan Wal Anfus”. Aku dengan bersegera mendapatkan kaunter untuk menyemak dengan petugas kaunter dan bertanya dengannya bagaimana aku boleh mendapatkan Al Balkhi. Saat nombor diberi oleh petugas, seakan berlari aku ke tingkat empat mendapatkan Al-Balkhi. Ternyata hampa, yang ku cari tidak juga kutemukan. Maka sekali lagi aku mendapatkan petugas kaunter. “ Maaf bole saya buat tempahan?”Pinta ku dengan penuh harapan.“ Maaf Puan, mana-mana buku yang tiada di rak, tidak boleh di buat tempahan malainkan buku itu telah dipinjam oleh sesiapa, mengikut maklumat si sini, buku itu masih di rak” Tegas petugas kaunter dengan memandang ku yang masih terkebil-kebil menunggu sesuatu darinya, seakan kakiku tidak mahu berganjak. Tiada kata boleh aku  suarakan bahawa buku ini amat penting unutk menamatkan perjalanan ini. “Maaf Puan, kena datang besok, masa tu kita dah kemas buku, mungkin buku tu ada di mana-mana dibaca oleh pelajar” tambah wanita itu yang melihat aku masih lagi terpacak di depan kaunternya. Aku berjalan longlai melangkah dari situ. Sekembali ke bilik beradu ku di tingkat empat Kulliyyah at-Tarbiyyah , suami menelefon mengatakan Ieman demam panas. Aku perlu segera pulang. Tiga hari penuh dengan perasaan terbuku kerana aku terpaksa bercuti dan menjaga Ieman. Beginilah beban wanita seperti diriku yang belajar sambil menguruskan keluarha. Memang kalau dikira aku merasa gundah bila tidak dapat sesuatu yang ku inginkan tidak kudapatkan. Ternayta rindu ku bertemu Al-Balkhi sarat dengan serba rasa hati.


Hari  3
Isnin hari yang penuh makna untuk pencarian ku. Aku melangkah ke gedung maktabah Kubra. Tapak kaki ku berkayuh laju ke tingkat empat lantai maktabah. Tenryata larian sekali lagi sia-sia juga. Al Balkhi yang ingin ku temu tidak juga aku dapatkan. Terus sekali lagi aku ke kaunter petugas, kali ini orang yang berbeza ada disitu menawarkan khidmat. “Cik, maaf saya inginkan buku ini, boleh saya tempah?”Pinta ku pada petugas tersebut sambil menunjukkan tulisan di atas kertas yang aku pengang. "Akak ada no pendaftaran nama dia?” Tanya petugas.“ Maaf saya lupa, tapi saya tahu mana duduknya, tajuknya juga saya ada” terang aku penuh kegusaran. “Puan, maaf ya buku ni tak boleh di buat tempahan sebab ada di maktabah, mungkin tidak ditempatnya. Puan datang lagi  esok ya, biasa waktu pagi kami kemas buku dirak.” Tersengih si petugas melihat muka ku yang sebenarnya sudah berubah, hampir aku menangis. Aku lantas melangkah sekali lagi keluar dari maktabah Kubra dengan rasa terbuku dihati, geram dengan keadaan yang sentiasa tidak berpihak kepada aku.


Hari 4
“Sifu 2, saya dah hantar apa yang sifu perlukan unutk menyiapkan kajian saya, tapi saya belum jumpaAl-Balkhi’. Aku mnnyatakan kekesalan kepada Sifu 2 yang memang banyak mengambil berat tentang perihal aku sejak dulu. “ Cuba awak dapatkan petugas maktabah, mungkin mereka boleh tolong”. Sifu 2 memberikan cadangan. “Sifu saya dah minta dengan mereka, tapi tak boleh sebab tidak dipinjam oleh sesiapa.Tapi tak apa saya cuba lagi.”Jawabku pada Sifu 2 serta dalam masa yang sama memujuk diriku sendiri. "Apakata awak tanya Sifu 3, jika dia ada salinan” Cadang Sifu 2 lagi. Hemm y tak ya juga fikir ku. " Baik Sifu 2, terima kasih bagi saya cadangan itu" Jawabku ceria sambil tanganku segera aku mendail nombor telefon Sifu3. “ Sifu, boleh saya tanya, Sifu # ada tak Al-Balkhi?” tanyaku penuh harapan. “ Maaf saya ada, tapi dipinjam oleh pelajar lain, nanti saya akan tanyakan dia dan minta dia pulangkan. Saya bagi awak pinjam dua jam untuk di salinkan. Tapi ambik masa dua tiga hari juga tu.” Jelas Sifu 3. “Baik Sifu 3, tak mengapa, terima kasih Sifu 3, tapi boleh Sifu cadangkan saya yang lain dari Al Balhi?”Tanya ku. “Okay, cuba awak dapatkan tulisan Al Miskawayh atau Al Ghazali.” Arah Sifu 3 padaku. “ Ya Sifu 3, saya akan dapatkan tulisan mereka, tapi saya dah jumpa kedua-dua itu sebelum ini, dah ada dalam kajian saya. Tapi tidak mengapa saya akan dapatkan mereka semula" Jawabku menutup perbualan dengan Sifu 3.

Hari 5
Hari ini sekali lagi dengan penuh tekad aku ke maktabah Kubra semula. Jenuh mencari Al-Miskawyah dan Al Ghazali. Tanpa aku sedari hari semakin senja dek tenggelam dengan pencarian dan pembacaan. Sudah hampir sepuluh buku berjaya aku dapatkan, bukan semata-mata Al-Ghazali tapi aku dapatkan juga Maulana Syed Jalaludi Umri. Dengan tangan penuh muatan aku menuju ke kaunter. “Boleh bantu saya pinjam semua ni?” Aku bertanya kepada petugas kaunter. “ Boleh Puan"jawab petugas. Hati aku mengatakan ada baiknya aku nyatakan pada petugas ini tentang masalah ku bertemu A; Balkhi. “ Maaf encik,boleh saya tanya? Dah berkali saya ingin dapatkan Al Balkhi tapi tiada di tempatnya.” Pertanyaanku disambut senyuman si petugas.  “Boleh puan bagi nombor daftarnya?” Maaf saya tiada disini.Ada dicatit, tapi buku catitan tertinggal.” Tak mengapa Puan, bagi saya tajuknya” Tanganku menghulur keratan maklumat yang aku tulis di atasnya Al-Balkhi. "Puan buku ni belum dipinjam, mungkin Puan boleh cuba dapatkan dengan maktabah cawangan lain. Terdapat satu di maktabah Sughra. “Saya tak pernah ke Maktabah Sugra. Macammana ya" Tanyaku dengan perasaan risau. " Jangan risau Puan, kami ke sana tiap hari Rabu, kami akan dapatkan untuk Puan, tapi Puan kena isi borang terlebih dahulu” Jelas petugas lelaki tersebut. Sebelum itu saya minta Puan dapatkan borang dan serahkan pada petugas di sana" Kata petugas sambil tangannya mengarahkan kepada petugas wanita yang berada ditengah-tengah balai Makatabah. Aku menginjak membawa borang ke tempat yang dimaklumkan petugas. Saat borang di hulur, “ Maaf puan, buku ni tak boleh dipinjam dari makatabah lain, sebab status maklumat di sini manunjukkan buku ini tidak dipinjam oleh sesiapa” Saat mendengar jawapan petugas wanita itu aku hamper mengalirkan air mata, namnu ku tahan. Maaf puan. Kami kena buat carian dulu.”Katanya penuh ketegasan. “Tapi saya sendiri sudah berkali datang tapi tiada.” Aku menerangkan padanya denga suara bergetar kerana menahan rasa marah. "Tolonglah, penting buku ini untuk saya menyiapkan kajian” Ujar ku merayu si petugas tersebut. Melihat aku seperti keresahan menerangkan kepada petugas wanita itu, petugas lelaki itu rupanya aedang memerhatikan aku dari jauh, maka  segera dia mendapatkan aku. “Puan, datang ke tempat saya sekejap”Katanya bersuara lembut. Aku mengarah langkah kearah petugas lelaki tadi yang begitu perihatin dengan kesusahanku. “ Tak apa Puan, isi dulu borang nanti saya akan dapatkan dari Maktabah Sughra untuk puan.” Janjinya padaku. Malam itu aku pulang dengan begitu hampa sekali. Air mata mengalir deras sederas hujan yang merembas tingkap keretaku. Saat aku sampai di rumah kepulangan ku disambut suami ku yang memang menjangkan kepulanga ku dengan tangan kosong. Saat aku ingin melelapkan mata, aku melihat telefonku, rupanya ada pesanan. “Puan, saya dah jumpa buku tu, salah nombor pendaftaran rupanya. Buku ini termasuk dalam senarai buku perubatan. Nanti esok Puan datang jumpa saya ya, Nama saya Muhammad.” Itulah pesanan ringkas yang tertera yang membuat hatiku berbunga ceria. Saat aku hampir putus asa ada juga yang sanggup membantuku. Inilah hikmah kesabaran.


Hari 6.
Hari ini aku tidak pasti pukul berapa aku boleh ke Gedung Mercu. Suamiku masih tidak sihat, Ieman juga sedang bergelut dengan peperiksan. Aku mengatur strategi untuk sampai ke Maktabh Kubra sedikit lewat dari janji, sementelah aku ada janjitemu dengan Sifu 5 untuk menghantarkan serahan. Ternyata hanpir lima petang baru aku berkesemapatan ke Gedung Mercu. Saat tiba di sana aku berkesempatan bertemu dengan sahabatku Roshada. “Sebenarnya akak rasa nak berhenti setakat ini jelah, penatlah buiat benda yang tak sudah2.” Keluhku pada Ros. “Jangan kak. Sayang kalau akak tak teruskan”Pujuk Roshada. Pertemuan ku berlangsung sehingga senja. Saat aku melangkah keluar dari tempat Ros aku mendapat panggilan dari Sifu 5, “ "Mana awak? Saya boleh jumpa dekat maghrib untuk menyemak tulisan awak”Kata Sifu 5. Sifu 5 baru aku kenali diperkenal oleh sahabat ku dari India yang mendapat kepujian untuk kajiannya sebelum ini. kata sahabatku, Sifu 5 banyak membantunya sebelum ini walaupun beliau bukan pelajarnya. Aku sendiri seperti bulan jatuh ke riba apabila mendapat tawaran dari Sifu 5 untuk membaca kajianku dan menyemak secara percuma.  “Baiklah. Sifu 5, saya tunggu di café”Janjiku. Sifu 5 datang bersama isterinya yang sama-sama bertugas di Kulliyyah Wahyu. Selesai berdiskusi dengan Sifu 5, hujan begitu lebat mencurahkan isi. Aku berlari menuju ke Maktabah, saat itu azan hamper di kemundang. Sampai di kaunter petugas,” Maaf boleh saya jumpa Encik Muhammad? Ada buku yang beliau simpankan untuk saya. “ Sekejap ya".Kata petugas itu. Lima minit kemudian Encik Muhammad keluar dari biliknya.menyerah buku tersebut kepada petugas kaunter. Buku bertuka tangan dan petugas kaunter menekan butang kompute.“Maaf Puan, puan dah terlebih pinjam buku. Kena hantar buku yang lain baru Puan boleh buat pinjaman"Jelas petugas lelaki dengan pelat negeri Kelantan “Ya ke?” Tanya ku seperti tidak percaya sambil menambah “Hujan lebat buku tu ada dalam kereta, dah hujan lebat begini, macam mana saya nak ambik? Macamana saya nak ke kereta? Jauh pulak tu saya parking.” jelasku memberi alasan dan memohon simpati. “Tdak mengapa,saya akan simpan untuk Puan.” Janji petugas tersebut. Aku keluar sekali lagi dengan hati yang cukup sebak. Alahai susahnya ingin bertemu Al Balkhi. Kaki ku menghala lesu ke masjid untuk solat maghrib. Hati ku mendesis sendiri, "tak mengapa ,aku perlu kembali ke kereta biarpun hujan, kalau tak makin lambat untuk aku dapatkannya. Limitasi kesabaranku sudah dipenghujung. Usai solat berjalan aku ke keretea, kali ini aku betul-betul meletakkan kerata di depan makatabah. Aku segera mengambil dua buku untuk dipulangkan iaitu buku Al Attas dan the alchemy of haappines (Al-Ghazali) untuk dipulangkan bagi mendapatkan Al-Balkhi.. Saat sampai di depan kaunter tanganku menghulur buku tersebut kepada petugas sebelumnya. ternyata Allah masih mengujiku saat si petugas bersuara “Maaf kak buku ini tidak termasuk dalam senaria pinjamanlah". Aku pantas menjawab “Mana boleh, sebelum ini ada petugas yang memperbaharui pinjaman buku itu” Aku menyangkal dakwaan petugas dengan penuh kepastian. “Tak Puan, mungkin ada masalah dengan sistem komputer, okay Puan datang besok saya simpan"Ujarnya dengan kelat kerana tidak mahu permintaan dan peneranganku.  Sekali lagi aku seperti terhukum oleh keadaan. Aku bermonolog sendiri, Allah ternyata mahu menguji ku sehabis-habisnya. Tidak mengapa, aku perlu kuat, aku sudah hampir dengan kejayaan. Perjalananku pulang dengan satu perasaan yang hanya aku dan Dia yang mengetahui sengsara jiwaku.

Hari 7
Hari ini aku sebenarnya telah hilang kekuatan diri. Hebat benar ujian berkali-kali ke Maktabah Kubra, tapi saat bertemu Al-Balhi amat payah, penuh liku dan cabaran. Hati aku sering bersarang duka saat diuji, tetapi akhirnya saat itu ketemu jua. Al Balkhi sudah ditangan ku. Hari itu biar pun hampir senja aku masih berada di Makatbah gedung mercu, meraikan Al-Balkhi. Aku akhirnya berjaya memeluk buku yang bakal memberi seribu kefahaman dan makna kepada diri ku kepada pencari penyelesian masalah secara Islam. Saat aku memandang pada kulitnya, membelek barisan tintanya ternyata aku tercari-cari akan makna tulisan itu. Susahnya untuk aku fahami baris ayat yang tertera. Sudah sekian lama ku tinggalkan bahasa Al-Quran. Ada yang tidak ku fahami perkataannya dan tidak jelas mafhumnya. Namun tidak mengapa pasti ada yang boleh aku rujuk. Sahabatku pasti ramai yang dapat membantu. 

Hari 8
Pertemuan ku dengan sahabatku yang menjadi Sifu di Fakulti Bahsa Arab aku kunjungi, sekadar untuk medapat kata-kata semangat darinya. “Boleh Naha ajarkan saya apa-apa yang tidak saya fahami?” Pintaku. “ Siap pengarangnya?” Tanya Naha. Aku yang sebelum ini hanya melihat kepada tajuk tidak terperasan kepada pengarangnya.” Eh! Kin, ini Prof. Humble yang mengarang"Naha berkata penuh kejutan. “Eh biar betul, professor Humble yang mengarang?” Tanyaku pula pada Naha. "Ya tengok ni” Jari Naha menunjukkan pada nama yang tertera dikulit buku. “Kenapa tak jumpa dia lansung" Cadang Naha "Sifu 3  tak beritahu yang buku ini ditulis oleh Prof. Humble” Aku menjawab sambil dalam hati rasa mencuka, hati ku bertanya sendiri kenapa Sifu 3 tak bagitahu yang pengarangnya adalah insan yang pernah menjadi Sifu hebat ku. "Takpe Kin nanti saya dapatkan nombor telefonnya di pejabat dekan" Naha cuba menghulur bantuan bila melihatku seperti tidak puas hati dengan keadaan. rasa diri seperti di dera oleh situasi. Saat mendapatkan nombor telefon Prof Humble terus aku menghantar pesanan ringkas. Tidak mendapat jawapan aku mendail nombornya berkali. ,masih juga tidak di angkat. Aku berdoa semoga aku dapat bertemu Prof Humble yang hebat ketinggian ilmunya ini. Lama tidak aku berdiskusi secara ilmiah dengan Prof Humble. Cetek sungguh pengetahuan ku yang Prof humble ini rupanya pengarang kepada buku tentang tokoh hebat Al balkhi.Masalihul Abdan wal Anfus. Saat kepala ku melayang mengira-gira perancangan untuk betemu Sifu yan hebat, aku terpacak di depan ofis pelajar lanjutan. Pintu dikuak, aku terkjeut melihatSsifu 3. Tanpa sempat berfikir aku memberi perkhabaran,” Oh, Sifu, saya dah daaptkan Al-Balkhi, guees what, the author is Prof Humble“. “ Oh bagus” katanya mengiyakan. “ Tapi Sifu, saya rasa bahasa Arabnya banyak yang saya tak faham” Kataku. “ Oh betul, itu orang Arab pun belum tentu boleh faham,kerana bahasa filosof.” Jelasnya sambil berdiri memerhatikan ku. “Kalau begitu boleh saya berdiskusi dengan Sifu 3 saya tentang buku ini?”Pintaku “Oh maaf saya sibuk, anda boleh rujuk dengan Prof Himble, saya di fahamkan, dia ada menterjemah buku itu ke dalam bahasa Inggeris”Jawabnya tanpa menghiraukan permintaanku. “Iitu pun kalau dia sudi’ tabbah Sifu 3. " Terimakasih Sifu 3" suaraku antara keluar dengan tidak saat aku keluar dari bilik itu dengan mindaku sarat dengan sejuta rasa dan seribu pertanyaan. Akup ulang ke ofis dengan badan yang lemah minda yang kusut. 

Pertemuan dengan Profesor Humble
Pukul 11.00 pagi  telefon ku berbunyi, dan aku rasa pemanggilnya adalah Sifu Humble.Lantas aku menerangkan tentang tujuanku. Lalu Prof Humble mengesahkan dengan berkata “Ya, saya menulis tentang itu, jadi bagaimana saya boleh bantu?”. Ku jelaskan pada Sifu Humble. “Nanti boleh jumpa saya minggu depan?” Tawar Prof Humble padaku “Maaf Prof, saya perlu segera bertemu minggu depan saya perlu menghantar manuskrip ini”Jelasku mengharapkan Prof Humble dapat bertemuku “Baik! datang pukul 3.00 petang ini” Jawapan Prof Humble seperti mencairkan gunung resah yang merekah dijiwaku Hatiku sungguh teruja memikirkan pertemuan yang bakal berlangsung. Keceriaan hatiku mula bertandang mesra melenyapkan perasaan putus asaku sebelum ini dek kesusahan bertemu Al-Balkhi.  Petang itu aku sekali lagi ke Gedung Mercu untukbertemu Prof Humble. Alangkah baiknya Prof Humble dengna tangan terketar – ketar menghulur senaskah salinan tulisannya berkaitan Al-Balkhi dalam tulisan Bahasa Inggeris kepadaku. Alahai Prof humble sanggup menyalinkan muskkrip, bersusuh payah mencari dalam tinbunan buku dan kertas di atas meja, diruangan almari kerana dia mempunyai pelbagai buku yang adakala lupa dimana disimpan sebelum ini. Ternyata aku cukup bertuah bertemu insan sehebat Prof Humble yang sesuai dengan ketinggian peribadinya, seorang cendikiawan yang berjasa, penuh ilmu di dada namun tidak bakhil dengan ilmu yang dimiliki


Al Balkhi Sehebat Gelarannya
Al Balkhi ternyata sehebat namanya. Dunia hanya mengenali nama-nama tersohor seperti Freud, Maslow, Frankl, Carl Rogers, Lazarus, Ellis dan ramai lagi. Ternyata Al-balkhi menemukan bagaimana masalah dan penyelesaiannya melalui cara yang telah sedia ada di dalam Islam. Al-Balhki telah menemukan bahawa punca penyakit badan adalah dari masalah jiwa. Penemuan ini lebih dulu telah diutarakan oleh para tersohor Barat. Akhirnya, kajian ku menemukan pengakhiran kepada sebuah jawapan. Al-Ghazali, Al Miskawayh dan Al-Balkhi akhirnya ku rangkaikan menjadi satu teori iaitu Teori Kaunseling Islam.


No comments:

Post a Comment