Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 30, 2011

KENAPA PERLU CURANG?

Seringkali bila berdepan masalah rumahtangga, apa yang menjadi  punca utama kepada keruntuhan tersebut adalah pasangan yang berlaku curang samaada suami atau isteri. Sebagai kaunselor yang banyak menerima aduan tentang permaslahan rumahtangga ini saya melihat kepada beberapa sudut pandang, ini berkait tentang soal kesetiaan, keperluan dan tentunya juga isu poligami. Kes kecurangan pasangan ini boleh dikatakan hamper 50 peratus dari masalah yang dikongsikan, dan rata-ratanya dari pihak isteri kerana suami jarang mendapatkan khidmat kaunseling dari penulis.
Umpamanya seseorang bergelar suami sememangnya berhak berkahwin lebih dari satu jika mampu. Namun ada yang tidak mampu tetapi memilih untuk berlaku curang, hingga sanggup mengaku diri bujang. Isu kecurangan kepada pasangan ini dapat dibendung sekiranya seseorang itu mempunyai iman dan taqwa dalam diri.Peranan iman dan taqwa dalam diri amat besar dalam membendung gejala dan perlakuan serta perkara yang tidak baik dalam rumahtangga seperti bermian cinta atau mempunyai kekasih gelap. Jika kita menjadi seorang yang benar-benar beriman serta bertaqwa maka sudah pasti kita tidak sanggup melakukan sesuatu yang dilarang dan membelakangkan agama.
Bagi yang bersikap curang mereka perlu insaf, jika sekiranya sudah tiada jalan keluar kerana kemaruk cinta tiga segi maka selesaikanlah denga cara yang berhemah. Jika anda seorang suami atau isteri, cubalah berada dikedudukan orang yang menjadi mangsa kecurangan itu. Jika anda seorang suami, jalinlah hubungan halal untuk mengelakan penzinaan iaitu dengan berkahwin (itu jika anda mampu). Bagi isteri pula, anda berdosa besar dan nusyuz kepada suami, bertaubatlah. Cinta tidak kemana sebenarnya. Ia hanya mainan perasaan dek godaan syaitan. Didik diri untuk setia dan saling menyanyangi dengan cara bertoleransi atas segala kelemahan dan kekurangan pasangan. Kehidupan ini tidaklah lama, hubungan yang sedia ada ini perlu dibaja dan disemai. Belum tentu cinta yang baru itu boleh membahagiakan kita kerana proses yang sama kita akan tempuhi. Teringat penulis tentang seorang sahabat yang sanggup meninggalkan keluarga dan anak-anak kerana memburu cinta pertamanya dengan rakan sekolah lama, namun apa yang malang bagi dirinya...YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN...oleh itu ..SETIALAH PADA YANG SATU..

No comments:

Post a Comment